Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob semasa sidang akhbar bagi memaklumkan satu Sidang Khas DUN Kelantan akan diadakan pada 29 Disember, 2014 bagi membolehkan satu rang undang-undang persendirian dibawa ke Parlimen. – Gambar Facebook, 14 Disember, 2014.
Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan akan mengadakan satu sidang khas pada 29 Disember ini bagi mengemukakan pindaan Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah II 1993.
Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan melalui Facebook mengumumkan perkara berkenaan selepas satu sidang media yang diadakan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob, hari ini.
“Ia akan diadakan bagi membolehkan satu rang undang-undang persendirian dibawa ke Parlimen,” kata Ahmad dalam satu sidang media yang turut dihadiri Speaker DUN Kelantan Datuk Abdullah Yaakob dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Datuk Abdul Fattah Mahmood.
Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata pada Rabu, Kelantan adalah negeri pertama di dunia yang memperincikan hukuman terhadap pesalah hudud, satu langkah yang dilihat akan mengeruhkan lagi hubungan parti dalam Pakatan Rakyat (PR).
Katanya, negara lain seperti Arab Saudi juga tidak melakukan perincian kaedah dalam pelaksanaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (EKJS)(II) seperti dilakukan negeri itu.
“Daripada segi teknikaliti dan dokumen, Kelantan pertama memilikinya. Di Arab Saudi tidak ada dokumen,” katanya seperti dilaporkan Harakah Daily.
Rancangan melaksanakan hudud di Kelantan mencetuskan kontroversi kerana ia tidak pernah mendapat persetujuan daripada rakan PR iaitu DAP.
Malah, DAP yang lantang membantah pelaksanaan tersebut berkata, tindakan PAS itu seperti melanggar tahaluf siyasi dipersetujui PR.
Bagaimanapun, Kelantan tetap dengan pendiriannya menyatakan akan membentangkan rang undang-undang persendirian di Parlimen tahun depan bagi membolehkan EKJS(II) yang diluluskan pada 1993 dapat dilaksanakan. – 14 Disember, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kelantan-adakan-sidang-dun-khas-bawa-rang-undang-undang-hudud-ke-parlimen#sthash.XbR4cglI.dpuf

0 Komentar untuk " Kelantan adakan sidang DUN khas bawa rang undang-undang hudud ke Parlimen "