Hudud: Kalau nak berdebat tunggu Parlimen, bukan sekarang - Pemimpin PAS K' - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Hudud: Kalau nak berdebat tunggu Parlimen, bukan sekarang - Pemimpin PAS K'

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pasir Puteh Dr Nik Mazian Nik Mohamad menggesa PKR-DAP berhenti mempolemikkan pelaksanaan hudud secara terbuka kerana ia hanya akan menambah rasa prejudis dan menghakis hormat rakyat kepada Pakatan Rakyat.

Sebaliknya mereka perlu menyuarakan pandangan atau bantah pada sidang Dewan Rakyat akan datang berhubung isu itu.

"Sekarang ini kita dah lulus di Kelantan, 29 Disember ini kita akan luluskan usul di DUN untuk angkat di Parlimen, jadi bila di Parlimen nanti kita bincang dan berdebatlah.

"Masa itulah masa untuk berdebat pun, tak perlu nak komen sekarang ini macam tak rasional untuk debat perkara itu," katanya kepada Antarapos.

Jelas beliau, walaupun terdapat sebilangan kecil pihak dalam komponen PR menolak hudud namun, keputusan penuh berhubung perkara terbabit terletak pada sokongan majoriti wakil rakyat di Parlimen.

"Adalah lebih baik melihat draf itu dulu kemudian komen selepas itu, bincanglah selepas itu macam mana keputusannya dan kemudian kita boleh terus luluskan dan memindanya.

"Itu kerja kita di Parlimen pun," katanya.

Menurutnya, PAS bersedia menerima sebarang keputusan oleh Parlimen berkenaan hukum tersebut.

Untuk rekod, kerajaan Kelantan telah menetapkan 29 Disember untuk memanggil satu sidang khas Dewan Undangan Negeri untuk membentangkan pindaan kepada Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993, sebagai persediaan untuk melaksanakan perundangan Islam itu.

Bagaimanapun DAP yang berulang kali menuntut PAS menangguhkan rancangannya di Kelantan menyatakan undang-undang jenayah Islam itu bukan sebahagian daripada rangka kerja dasar bersama Pakatan Rakyat.

Selain itu, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pihaknya masih tidak jelas dengan pindaan enakmen yang hendak dibuat tetapi PAS katanya telah berjanji untuk memberikan maklumat itu.

Anwar berkata Pakatan akan mengkaji rang undang-undang ini sebelum membuat apa-apa keputusan mengenainya.

Ditanya mengenai bantahan kaum Cina berhubung pelaksanaan hukum hudud di Kelantan, Nik Mazian berkata  pelaksanaannya hanya melibatkan hukuman terhadap umat Islam.

Beliau menambah mana-mana pihak boleh menjalankan kajian di peringkat rakyat sekiranya tidak berkeyakinan dengan tindakan kerajaan negeri PAS Kelantan itu.

"Di Kelantan ini boleh katakan majoritinya orang nak, di DUN 100 peratus tiada
siapa yang bangkang, kemudian di kawasan kampung atau di mana-mana di
Kelantan boleh dikatakan 95 peratus masih positif tentang hudud.


"PAS buatlah referendum atau apa-apa kajian di peringkat rakyat ia akan sama sebab di Kelantan itulah situasinya," katanya.

0 Komentar untuk " Hudud: Kalau nak berdebat tunggu Parlimen, bukan sekarang - Pemimpin PAS K' "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ