TANGGAL 7 Disember lalu, saya membuat laporan polis di IPD Dang Wangi, Kuala Lumpur ekoran reaksi beberapa pihak terhadap sebahagian ucapan saya di Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini.
Saya memberi keterangan kepada pihak polis berhubung kenyataan saya mengenai berlakunya kes membakar helaian al-Quran di Kedah oleh bukan Islam.
Ada yang berkata saya tidak bertanggungjawab, dan cuba melaga-lagakan kaum. Beberapa ahli politik pembangkang juga telah membuat laporan polis, justeru saya mengalu-alukan siasatan dijalankan secara telus dan bebas.
Tokoh pembangkang termasuk Lim Kit Siang menggesa Menteri Dalam Negeri menggunakan Akta Hasutan untuk mendakwa saya. Jawab saya, mudah saja.
Tunggulah siasatan polis selesai dahulu. Anehnya, beliau dan konco-konco nampak pula perlunya Akta Hasutan dalam kes ini.
Padahal, parti pembangkang berkempen mati-matian mahu mansuhkan akta ini. Mereka membantah Akta Hasutan kononnya bertentangan dengan hak asasi, demokrasi dan kebebasan bercakap tetapi menyokong pula bila berasakan ada keuntungan politik.
Mengenai nasihat dan peringatan saya agar umat Melayu-Islam tidak mudah terpengaruh dengan kekeliruan yang timbul ekoran perbezaan tafsiran terutama dalam perkara kecil (furuk), nampaknya ada pihak yang cuba memanipulasikan tujuan dan maksud saya.
Saya menegaskan, manakala Islam menganjurkan kita merai perbezaan pandangan, janganlah sampai umat Islam berbalah. Kekeliruan yang membawa kepada perpecahan akan membinasakan kefahaman umat Islam terhadap agamanya sendiri.
Sebagai reaksi, beberapa pemimpin parti memberi pandangan bahawa saya menghina artis yang mahu berhijrah atau berdakwah. Ulasan mereka, termasuk dalam Harakah 8 Disember 2014, hanya berkisar pada aspek ini sahaja, serta istilah 'ustaz ekspres, ustazah jadian’.
Padahal, dalam kenyataan media saya yang disiar dalam Sinar Harian minggu lalu, menjelaskan saya tiada masalah dengan artis yang mahu berubah, bersemangat Islam atau berkongsi pengalaman hidup sebagai cara dakwah.
Yang saya bangkitkan ialah keadaan di mana mereka mengeluarkan pandangan yang mereka kurang arif sehingga menimbulkan kecelaruan dan kegelisahan dalam masyarakat. Oleh itu, saya mencadangkan agar mereka berhati-hati, malah lebih elok dibincangkan golongan ulama kerana lebih berwibawa.
Ingatan saya bersifat umum dan sejajar dengan ajaran Islam. Kita perlu saling mengingati dan menegur. Dalam memberi nasihat dan ingatan itu, saya melaksanakan tanggungjawab, bukan bertujuan memperlekeh sesiapa.
Malah, istilah ‘ustaz ekspres, ustazah jadian’ pun bukan ciptaan saya, tetapi adalah ungkapan umum yang dibuat orang ramai terhadap mereka yang diketahui belum mahir dalam ilmu agama, tetapi sudah menampilkan diri bagaikan ustaz dan ustazah memberi ceramah atau pandangan mereka tentang hukum-hakam.
Atas dasar ini, walaupun digesa, saya berasa tidak perlu apologetik kerana mempertahan kesucian agama dan bercakap benar.
Saya tidak ada agenda peribadi dalam membangkitkan soal ini, malah sememangnya sebahagian tugas dan kewajipan. Saya sering membangkitkan perkara sama di forum yang lain, termasuk ceramah dan rancangan TV.
Penceramah lain pun begitu juga. Yang perlu mohon maaf ialah sebilangan pemimpin parti yang menyembunyikan kebenaran dan sanggup menggadai maruah Islam hanya kerana inginkan kuasa dan memaki-hamun saudara seagama.
Yang patut minta maaf ialah pemimpin yang rasis-cauvinis yang tidak henti menghina Melayu dan Islam, serta memporak-perandakan kehidupan orang Melayu di Pulau Pinang. Walau didesak dan ratusan laporan polis dibuat, mana ada pemimpin tersebut yang meminta maaf atas keceloparan dan kebiadaban mereka?
Dalam kalangan pemimpin, walaupun penampilan seperti ustaz dan ustazah, mereka tidak semestinya ulama atau mempunyai ilmu agama yang dalam.
Malah, ada yang bersikap liberal, dan sering membuat kenyataan atau menyatakan pendirian yang bercanggah dengan ajaran Islam, misalnya dalam soal kebebasan beragama, penggunaan kalimah ALLAH oleh bukan Islam, menyokong kempen Seksualiti Merdeka dan Saya Mahu Sentuh Anjing serta pendirian kumpulan berfikiran liberal. Merekalah yang sepatutnya berasa malu dan mohon maaf kepada umat Islam.
* Datuk Dr Mashitah Ibrahim ialah Pengerusi Eksekutif Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM)

0 Komentar untuk " Dr Mashitah membetulkan salah faham? "