Berpecah tiga, tahun 2014 paling memalukan PAS, kata akhbar - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Berpecah tiga, tahun 2014 paling memalukan PAS, kata akhbar

Kemelut dalaman PAS disifatkan sebuah akhbar harian sebagai paling memalukan sejak penubuhan parti itu 63 tahun lalu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 6 Disember, 2014.Tahun 2014 disifatkan akhbar arus perdana tahun paling memalukan dalam sejarah PAS kerana kemelut dalaman parti Islam itu sehingga berpecah kepada tiga puak, selain tewas pilihan raya kecil (PRK) ekoran "Langkah Kajang" ciptaan PKR.

Berita Harian dalam ruangan rencana berkata, tahun 2014 adalah "annus horibilis" (tahun yang teruk) kerana sebahagian besar kemelut dalaman berpunca dari krisis menteri besar Selangor menyebabkan terbentuknya tiga kumpulan dalam PAS.

Kumpulan A ialah pengikut Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menolak Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, serta mahu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal sebagai menteri besar.

Kumpulan B pula, menurut akhbar itu, ialah "Anwarinas", diketuai Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.
Manakala kumpulan C ialah mereka dengan dua keahlian, iaitu ahli PAS yang juga menganggotai kumpulan PasMa bagi mengekalkan ikatan politik dengan PKR dan DAP sekiranya Hadi tarik diri daripada Pakatan Rakyat (PR).

"Team A tegas dengan prinsip perjuangan asal PAS dan mahu melaksanakan hukum hudud di Kelantan sebagai langkah awal kepada penubuhan Negara Berkebajikan.

"Walaupun sudah buang dokumen 53 muka surat yang diterbitkan 13 tahun lalu yang menyatakan gagasan penubuhan sebuah Negara Islam, Team A tidak juga berpegang kepada Buku Jingga," kata penulis, Juhaidi Yeah Abdullah, hari ini. – 6 Disember, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/berpecah-tiga-tahun-2014-paling-memalukan-pas-kata-akhbar#sthash.BMYdkM4x.dpuf
0 Komentar untuk " Berpecah tiga, tahun 2014 paling memalukan PAS, kata akhbar "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ