SAMA ada yang lama sudah terlaksana atau belum, yang pasti setiap hujung tahun, ramai yang memasang azam baru.
Ada yang janji mahu berhenti merokok, ada yang membuat jadual untuk bawa anak isteri melancong, ada berazam mahu tingkatkan prestasi kerja, ada yang mahu buang tabiat panas baran, sombong, dengki, sebar keaiban orang, ada yang bisik kepada diri sendiri mahu jaga solat lima waktu, ada yang berdoa moga menjadi anak soleh@solehah, ada yang bertaubat tidak mahu lagi bawa balik duit haram, ada yang mahu berhenti ponteng kerja, ada yang berjanji mahu bayar hutang lama dan macam-macam lagi.
Berapa ramai pemimpin berazam mahu berkhidmat dengan jujur dan tepati janji kepada rakyat? Berapa ramai YB berazam turun padang membantu rakyat seperti dijanjikan sebelum menang pilihan raya?
Yang jelas semua azam yang dipasang menuju kepada kejayaan dan kebaikan.
Sebenarnya kejayaan dicita-citakan oleh semua lapisan manusia, tidak kira dalam kategori mana pun mereka berada.
Yang baik atau yang jahat, yang kaya atau yang miskin, yang beriman atau pun belum, bahkan ada penyamun yang merompak untuk kepentingan diri dan anak bini; juga seperti Robin Hood, yang rompak daripada orang kaya untuk beri kepada yang memerlukan; semua mereka fikir mengenai kejayaan dan kebaikan, walaupun apa yang dilakukan salah dan tidak diterima.
Kesimpulannya, manusia mentafsirkan kejayaan mengikut fahaman masing-masing.
Kalau kita buat referendum, saya percaya kita akan dapati sebahagian besar manusia meletakkan kejayaan pada tiga perkara utama; iaitu pangkat, harta dan kuasa.
Sebab itulah ramai yang bertungkus-lumus menghabiskan seluruh tenaga dan usia yang ada, bergelut untuk mendapatkan ke semua atau sekurang-kurangnya satu daripada tiga matlamat berkenaan.
Mereka jadikan pencapaian tiga perkara itu sebagai maksud hidup mereka kerana mereka percaya itulah kejayaan sebenar.
Tetapi sebenarnya, perhitungan kejayaan dan maksud hidup yang ramai daripada kita buat berbeza daripada perhitungan yang ALLAH tetapkan.
Kalau kejayaan itu terletak pada pangkat, harta dan kuasa, sudah tentu Firaun, Qarun, Namrud dan Haman, dikira berjaya.
Tetapi kisah kemungkaran mereka dicatat dalam al-Quran, dibaca hingga kiamat dan mereka dikutuk selama-lamanya. Mereka masuk neraka dan kekal di dalamnya.
Jika kejayaan itu terletak kepada pencapaian, bagaimana dengan Nabi Nuh AS?
Dalam tempoh 950 tahun berdakwah, 83 orang sahaja beriman melalui usaha Baginda.
Hari ini, jika seorang ejen mampu jual sebiji kereta dalam setahun, dia akan dibuang kerja. Tetapi Nabi Nuh AS dikurniakan gelaran Ulul Azmi (rasul yang paling banyak menerima dugaan dan cabaran ketika berdakwah serta tabah menghadapinya); gelaran yang turut diterima Nabi Muhammad SAW, Isa AS, Musa AS dan Ibrahim AS. Mereka masuk syurga dan kekal di dalamnya.
Sekiranya pangkat, kuasa dan harta menjadi maksud kejayaan, pastinya Nabi Muhammad SAW bertungkus-lumus mendapatkannya dan pasti ALLAH kurniakan semua itu kepada Baginda, sebab Baginda adalah kekasih ALLAH, tetapi ALLAH yang Maha Mengetahui itu tidak melakukan demikian.
Sebaliknya, ALLAH amanahkan kepada kekasih-Nya itu satu tugas, sedangkan tugas itu penuh dengan cabaran dan dugaan berat.
ALLAH meletakkan kejayaan dan maksud hidup atas satu asas yang sangat jelas, iaitu sejauh mana seseorang hamba-Nya patuh kepada perintah-Nya, mengikut cara yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW.
Maknanya, jika kita ada harta yang banyak, pangkat yang tinggi dan kuasa yang besar, tetapi kita tidak patuh kepada perintah ALLAH dengan cara ditunjukkan oleh Nabi Muhammad SAW, maka kita tidak berjaya.
Di dunia mungkin kita rasa kita besar dan hebat, tetapi di hadapan ALLAH nanti, kita menjadi orang yang sangat rugi dan hina.
ALLAH membuat perhitungan kepada apa yang hamba-Nya lakukan. Apa yang dicapainya lain pula perhitungnya.
Penilaian tentang kejayaan di sisi ALLAH berbeza dengan penilaian terhadap kejayaan mengikut pandangan manusia umumnya.
Seseorang yang tidak lulus dalam peperiksaan walaupun sudah habiskan masa dan duit yang banyak belajar dikira gagal, tetapi bagi ALLAH, apa yang diusahakan sudah dikira sebagai satu kejayaan.
Maknya, jika kita ajak orang kepada kebaikan; kita sudah diberi pahala walaupun ajakan kita ditolak.
Hamba ALLAH yang tahu maksud hidup akan lakukan apa yang ALLAH suka walaupun seluruh makhluk benci pada perbuatannya dan dia tidak lakukan apa yang ALLAH benci, walaupun seluruh makhluk suka pada kemungkaran itu. Wallahualam!

0 Komentar untuk " Apakah maksud kejayaan sebenar "