KOTA KINABALU - Wong (bukan nama sebenar), seorang ahli perniagaan, dibebani hutang kad kredit sehingga mencecah ratusan ribu Ringgit.
Saban hari, beliau tertekan memikirkan bagaimana cara untuk melepaskan diri daripada hutangnya.
Wong seolah-olah sudah hampir kehilangan punca kerana khuatir akan terjerumus ke dalam lembah kemuflisan, lebih-lebih lagi apabila beliau sering diasak oleh pihak bank untuk menyelesaikan hutangnya itu.
Namun Wong bernasib baik kerana pihak bank masih memberi ruang untuk menyelesaikan hutangnya dengan menasihati beliau supaya mendapatkan khidmat nasihat pengurusan kewangan daripada Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).
Selepas mendapatkan khidmat nasihat secara percuma daripada AKPK, sebuah agensi kerajaan di bawah Bank Negara Malaysia (BNM), Wong kini kian selesa menyelesaikan hutangnya dengan hanya membayar kira-kira RM6,000 sebulan berbanding RM20,000 sebelum ini melalui penstrukturan semula hutangnya.
Aziz (bukan nama sebenar), seorang pemandu teksi pula, mempunyai tujuh kad kredit. Meskipun nilai setiap kad kreditnya cuma antara RM3,000 hingga RM4,000 namun pendapatannya sebagai pemandu teksi tidak mampu menampung beban hutang kad kreditnya itu.
AKPK PENYELAMAT
Masalah kewangan yang dihadapi Aziz juga akhirnya dapat diselesaikan dengan bantuan AKPK. Malahan beliau tanpa segan menghubungi pegawai di AKPK untuk memaklumkan mengenai kejayaan beliau menyelesaikan hutang kad kreditnya berdasarkan pelan yang diberikan AKPK.
Kes Wong dan Aziz itu sebenarnya cuma sebahagian daripada 271,694 individu yang telah mendapatkan khidmat kaunseling dan nasihat kewangan daripada AKPK di seluruh negara sejak agensi itu ditubuhkan April 2006.
Wong dan Aziz adalah antara ribuan pelanggan yang dibebani hutang dan berjaya dibantu AKPK keluar daripada masalah berkenaan melalui beberapa program yang dijalankan oleh agensi itu.
"Tujuan utama AKPK ialah untuk menyalurkan ilmu kemahiran asas pengurusan kewangan peribadi secara berhemah bagi menjamin warga Malaysia menjalani kehidupan dengan mempunyai kemahiran pengurusan wang yang baik dan terkawal.
"Ia membantu warga Malaysia agar sentiasa berupaya menguasai situasi kewangan mereka seterusnya mencapai kebahagiaan hidup dan ketenangan minda di dalam mencapai matlamat kewangan dalam hidup mereka seperti untuk membeli kereta, membeli rumah, pinjaman perkahwinan, pendidikan dan persaraan," kata Ketua Kaunselor Kredit AKPK Wilayah Sabah Idris Kasim kepada Bernama.
BANTU ATASI MASALAH
Menurut Idris bagi mencapai matlamat itu, AKPK kini menyediakan tiga jenis perkhidmatan yang semuanya diberi secara percuma iaitu Pendidikan Kewangan, Kaunseling dan Nasihat Kewangan dan Program Pengurusan Kredit.
Katanya pendidikan kewangan memberi penekanan kepada kemahiran asas pengurusan kewangan dan kredit bagi membantu individu agar sentiasa dapat mengawal kedudukan kewangan seterusnya mendapat ketenangan daripada penggunaan kredit secara bijak.
Perkhidmatan pendidikan kewangan berkenaan dilaksanakan melalui taklimat kewangan menggunakan modul Pengurusan Kewangan Peribadi dan Pengurusan Wang Ringgit Anda (POWER) secara berkumpulan kepada jabatan, badan-badan berkanun, sektor swasta dan pertubuhan bukan kerajaan dan institusi pengajian tinggi.
Perkhidmatan Kaunseling dan Nasihat Kewangan pula adalah perkhidmatan terus kepada individu yang memerlukan atau mempunyai isu-isu tentang pengurusan kewangan atau penggunaan kemudahan kredit, kata Idris.
Perkhidmatan ini selalunya diberi kepada individu yang menghadapi bebanan hutang untuk menguruskan hutang dengan baik agar keadaan mereka tidak menjadi semakin serius sehingga terjebak dalam kemelut hutang yang kronik.
KEPENTINGAN MENYIMPAN
"AKPK akan berbincang dengan individu ini mengenai kaedah-kaedah pengurusan kewangan seperti pengurusan aliran tunai, penggunaan bajet kewangan (belanjawan) dan pengurusan hutang yang berkesan.
"AKPK menggalakkan individu agar mengamalkan kaedah pengurusan kewangan tersebut bagi membolehkan individu berkenaan sentiasa berada di landasan betul dan tidak terjebak ke dalam kemelut kewangan yang kronik terutama berkaitan pinjaman," katanya.
Menurut Idris melalui perkhidmatan ini, AKPK akan memberi penekanan kepada kepentingan menyimpan dan seterusnya melabur simpanan di institusi yang menawarkan skim pelaburan yang betul dan selamat.
Perkhidmatan Program Pengurusan Kredit (PPK) pula, kata Idris, adalah program peribadi untuk membantu individu dalam menguruskan hutang mereka dengan institusi kewangan yang dikawal selia oleh BNM.
Fungsi AKPK di bawah perkhidmatan ini ialah bertindak sebagai perunding dengan mengajukan cadangan pelan pembayaran semula pinjaman individu yang mempunyai kelayakan PPK seperti tidak muflis dan kes mereka belum sampai ke tahap tindakan lanjut mahkamah.
BELUM DIISYTIHAR MUFLIS, LAYAK
Menurut Idris AKPK akan membantu individu merangka penstrukturan atau penjadualan semula pembayaran pinjaman yang diperoleh daripada institusi kewangan dan pelan pembayaran semula pinjaman berkenaan akan dihantar kepada institusi kewangan untuk penilaian dan kelulusan mereka.
"Biasanya pelan penstrukturan semula bayaran hutang yang dikemukakan oleh AKPK diterima baik dan dipersetujui oleh institusi-institusi kewangan. Pihak bank juga dapat melihat keberkesanan peranan AKPK ini. Bila kita tanya pelanggan bagaimana mereka mengetahui AKPK, biasanya mereka kata bank yang suruh datang sini (AKPK).
"Untuk makluman, PPK AKPK, pada asasnya diberikan cuma 'sekali sahaja'. Bermakna, individu yang berjaya diterima masuk ke dalam program PPK ini wajib memberi komitmen sepenuhnya membayar semula pinjaman berdasarkan pelan pembayaran yang dijadualkan sehinggalah selesai dalam tempoh yang ditetapkan," katanya.
Individu yang boleh menyertai PPK, selain belum diisytihar muflis dan kes hutang mereka belum sampai ke tahap tindakan lanjut mahkamah seperti perintah lelongan harta, pemohon juga mesti terbukti tidak berupaya mengurus hutang-hutang mereka sendiri.
Menurut Idris, pemohon perlu mempunyai kelebihan pendapatan positif yang boleh dipakai untuk tujuan penjadualan atau penyusunan semula pinjaman manakala pinjaman-pinjaman yang terlibat pula tidak bercagar dan dibuat di institusi kewangan di bawah seliaan BNM.
Pelanggan juga boleh datang ke Pusat Kaunseling AKPK di Tingkat 1, HSBC Bank Malaysia Berhad di Sandakan yang dibuka pada setiap hari Isnin ketiga setiap bulan atau ke Pusat Kauseling AKPK di Tawau di Tingkat 1, RHB Bank Tawau, Kompleks Fajar yang dibuka pada setiap Jumaat ketiga setiap bulan.- Bernama

0 Komentar untuk " Anda kurang mahir urus kewangan? "