PASARAN bursa di Malaysia dilihat berkembang dengan pesat sebanyak 30 peratus setahun sejak 1977 namun situasi positif itu tidak selari dengan penyertaan ekuiti saham di kalangan Bumiputera yang masih perlu ditingkatkan.
Naib Presiden dan Ketua Penyelidikan Affin Hwang Capital, Datuk Dr Nazri Khan berkata, pada masa ini terdapat kira-kira 1,000 pelabur runcit yang berdaftar dan aktif di pasaran saham negara dengan Bumiputera hanya mewakili empat peratus daripada jumlah itu, manakala jumlah terkini remiser adalah 6,500 orang dengan 20 peratus daripadanya adalah Bumiputera.
"Masih banyak ruang yang perlu ditingkatkan memandangkan peningkatan penguasaan ekuiti saham terkini Bumiputera hanya dua peratus iaitu 22.3 peratus pada 2008 kepada 24.3 peratus pada masa ini," katanya sempena Seminar Dunia Pelaburan Saham di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Menurutnya, penyertaan dalam pasaran saham adalah langkah terbaik untuk rakyat menangani kesan penurunan subsidi yang dilaksanakan kerajaan dan kos sara hidup yang dilihat tidak seiring dengan kenaikan gaji yang dimiliki rakyat pada masa kini.
“Saya lihat langkah kerajaan mengurangkan subsidi secara progresif itu baik kerana ia menjadikan ekonomi lebih efisien serta mengukuhkan penyata kewangan kerajaan namun perlu dipastikan pelaksanaannya tidak membebankan rakyat,” katanya.
Nazri berkata, kerajaan perlu memberikan peruntukan lebih banyak bagi membolehkan rakyat menjana pendapatan melalui pelaburan dan dalam masa sama terus melaksanakan pengurangan subsidi secara progresif dan mekanisme pengawalan impak pengurangan subsidi.
"Saya berharap perkara ini memberi impak positif kepada saham bersesuaian seperti sarung tangan dan eksport, sekali gus memberi peluang kepada Bumiputera melakukan pelaburan,” katanya.
Seminar Dunia Pelaburan Saham adalah acara anjuran WealthMagnet International yang dihadiri 445 peserta bertujuan memberikan maklumat mengenai pelaburan saham daripada perspektif Bumiputera melalui pendedahan dengan asas fundamental dan analisa teknikal di samping mengenal pasti syarikat berpotensi untuk dilaburkan.

0 Komentar untuk " Tingkatkan ekuiti saham Bumiputera "