Datuk Chua Tee Yong berkata sebarang penangguhan GST boleh menjejaskan ekonomi negara. – Gambar fail The Malaysian Insider, 31 Oktober, 2014.
Ekonomi akan lebih terjejas jika pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) terus ditangguhkan, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chua Tee Yong.
"Ini akan menimbulkan ketidaktentuan memandangkan sesetengah syarikat sudah melakukan persediaan untuk CBP dan kerajaan juga sudah bersedia melaksanakan GST bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) sekarang," katanya.
Menurutnya, rejim SST semasa tidak sesuai untuk ekonomi Asean yang disasarkan.
Beliau mengulas cadangan bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah agar kerajaan mempertimbangkan penangguhan pelaksanaan GST sehingga ekonomi lebih stabil dan pada asas lebih kukuh.
Chua menjelaskan di bawah SST, tidak ada kredit cukai input dan eksport negara mungkin tidak cukup berdaya saing memandangkan negara Asean lain sudah melaksanakan CBP dan semua eksport mereka berkadar cukai sifar.
"Antara sebab utama pelaksanaan CBP ialah untuk mengurangkan jurang cukai agar sistem percukaian lebih cekap.
"Tidak ada istilah masa yang tepat atau tidak kena masa memandangkan dasar perlu konsisten, disebar dan dilaksana," katanya hari ini.
Beliau ditemui pemberita pada majlis penganugerahan akreditasi dua program Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman oleh Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah Malaysia. – Bernama, 31 Oktober, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/timbalan-menteri-kewangan-tidak-setuju-saranan-ku-li-tangguh-gst#sthash.KaVihH1P.dpuf

0 Komentar untuk " Timbalan menteri kewangan tidak setuju saranan Ku Li tangguh GST "