RUTIN pembelajaran harian yang terpaksa ditempuh 52 pelajar Maahad Tahfiz Al-Fityan, Kampung Setar, Yan tidak sama seperti pelajar di sekolah aliran perdana.
Jika di sekolah aliran biasa, setiap kelas dilengkapi perabot kerusi meja selesa termasuk peralatan sistem pembelajaran sesuai mengikut peredaran zaman, namun berbeza bagi pelajar di sini.
Sebuah bangunan iaitu rumah lama yang diwakafkan seorang hamba ALLAH dijadikan beberapa kelas ruang hadapan (kelas dan surau), ruang tengah (kelas), satu sudut sempit dijadikan bilik guru, bahagian atas rumah dijadikan bilik warden, manakala bahagian di antara ruang depan dan belakang juga akan dijadikan kelas.
Bahagian belakang rumah itu dalam pengubahsuaian meletakkan siling sebagai tempat makan pelajar.
Mudir, Muhammad Muaz Mumtaz Marzuki berkata, maahad berkenaan ditubuhkan pada 27 Disember 2010 dengan pengambilan pelajar sesi pertama seramai 26 orang, bagaimanapun kini meningkat kepada 52 orang.
Menurutnya, setakat ini maahad hanya mempunyai tiga bangunan utama iaitu bilik pentadbiran dan mesyuarat, kelas serta asrama pelajar.
“Jika diukur dari segi keselesaan, mungkin hanya 70 peratus dapat kami sediakan kepada mereka kerana tempat sempit, terpaksa belajar secara beramai-ramai,” katanya.
Muhammad Muaz berkata, mereka dalam proses mencari dana RM500,000 untuk membina bangunan kelas dan asrama tambahan.
“Proses pembinaan akan dilaksanakan awal tahun depan menggunakan sumbangan orang ramai.
“Kami juga akan mengedarkan tabung sumbangan pembinaan sekolah yang mempunyai nombor siri di kedai runcit, kedai makan serta masjid bagi memudahkan orang awam membuat sumbangan derma,” katanya.
Beliau berkata, semua kutipan derma diuruskan oleh pihak pengurusan sekolah dan tidak melibatkan pelajar.
“Di sini, tugas pelajar fokus aktiviti pengajian dan pembelajaran sahaja sehingga tamat sebelum menyambung ke tempat lain seperti Maahad Tahfiz Al-Wustha untuk melanjutkan pengajian serta menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),” katanya.
Menurutnya, apabila bangunan kelas baharu itu siap mereka berhasrat untuk menambah bilangan pelajar daripada 50 kepada 70 orang bagi sepanjang tempoh tiga tahun pengajian.
“Kami di sini bergantung sepenuhnya kepada yuran pelajar dan sumbangan orang ramai untuk menampung aktiviti pembelajaran dan makan minum pelajar,” katanya.
Ketua pelajar, Luqman Hakim Abdul Rashid, 17, berkata, selain tempat belajar yang terhad pelajar di sini berdepan masalah pengangkutan.
“Hanya satu van yang ada untuk kami bergerak ke mana-mana. Kadang kala apabila tidak cukup terpaksa minta tolong guru-guru yang mempunyai kenderaan,” katanya.
Pelajar, Abdullah Afif Mohd Fadzil, 15, berkata bilangan kelas perlu ditambah supaya pelajar dapat mengikuti pengajian dengan selesa serta lebih fokus.
Sementara itu, pelajar, Ahmad Dhiyauddin Mohd Hayazi, 14, berkata walaupun infrastruktur kurang lengkap namun pelajar mengikuti pengajian dengan lancar.
Sementara itu, Penolong Setiausaha Hesa, Mohd Aizat Zakaria berkata, sehingga kini terdapat kira-kira 10,000 pelajar yang mengikuti sekolah agama rakyat di Kedah dalam pelbagai kategori sekolah menengah Islam, sekolah rendah Islam, tahfiz al-Quran, sekolah pondok, pondok umumi.

0 Komentar untuk " Timba ilmu dalam serba kekurangan "