*APAKAH ada kemungkinan – dalam waktu terdekat, boleh jadi sepuluh tahun lagi – wanita menjadi perdana menteri di negara kita? Kalau ikut kata Tun Dr Mahathir Mohamad kaum Hawa boleh memegang jawatan penting itu.
Seperti yang ditegaskan oleh bekas perdana menteri itu, tidak ada apa yang boleh menghalang seorang wanita untuk duduk di kerusi No.1 tersebut, sebab tiada peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang menghalang wanita menjadi PM.
“Sekiranya seseorang wanita mendapat sokongan majoriti, saya pasti dia akan dipilih sebagai presiden parti, dan presiden parti boleh menjadi perdana menteri,” kata Tun M seperti disiarkan akhbar.
Kalau ada wanita di negara ini yang bercita-cita besar, bolehlah dia berkempen menonjolkan diri dalam parti, dan bertanding untuk jawatan presiden. Sepatah kata mantan PM itu, kalau menang presiden parti, ada kemungkinan jadi PM.
Adakah dalam Umno wanita berjiwa besar, bernafsu besar, dan segala-galanya besar yang berani mencabar presiden (lelaki) yang ada sekarang dalam pemilihan parti akan datang?
*TETAPI fikir sekali lagi, belum tentu wanita yang menduduki kerusi No.1 dalam parti boleh dengan mudah diterima sebagai orang No.1 dalam kerajaan. Apa yang terjadi di Negeri Selangor membuktikan hakikat ini.
Semua orang tahu Datuk Seri Dr Wan Azizah @ isteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ialah Presiden PKR, juga seorang YB. Beliau ada pengaruh, rupa pun boleh tahan, dan mendapat sokongan majoriti parti.
Malah partinya memberi mandat penuh kepada Dr Wan sebagai satu-satunya calon Menteri Besar Selangor. Beliau sepatutnya mencatat sejarah sebagai wanita pertama memegang jawatan menteri besar.
Tetapi akhirnya sejarah tidak dicatatkan begitu. Walaupun diuar-uarkan oleh parti sebagai calon paling layak, Dr Wan tidak diberi perkenan untuk menerajui pentadbiran negeri terkaya itu.
Pendek kata dalam hal Malaysia, wanita boleh hebat, boleh kuat, boleh besar kepala, boleh memegang jawatan tertinggi mana-mana parti. Tetapi belum pasti dia boleh menjadi PM.
Terbukti setakat ini, setelah 57 tahun merdeka, sehebat-hebat wanita hanya akan menjadi YB, bukan YAB.
*TIDAK jadi PM atau MB, bukan bererti kaum Hawa lebih lemah daripada kaum Adam. Sebenarnya di tempat kita sudah banyak bidang di mana bang Adam dikantoikan oleh kak Hawa.
Wanita kita berjaya dalam politik, ramai dipilih menjadi wakil rakyat, ramai juga menjadi menteri, timbalan menteri.
Ada lelaki yang pagi petang siang malam membodek pemimpin parti supaya dipilih menjadi calon dalam PRU, tetapi tidak diberi peluang. Ada lelaki yang setelah menang PR berjumpa dukun dan bomoh supaya dipilih sebagai menteri, tetapi kantoi.
Dalam perkhidmatan awam pun ramai wanita dilantik ke jawatan-jawatan kanan sebagai KSU, TKSU, ketua pengarah dan sebagainya. Di sektor swasta pula ada sekian ramai wanita menjadi CEO, presiden.
Hatta dalam realiti kehidupan seharian berumah tangga pun, ramai wanita @ isteri menguasai suami sepanjang 24 jam, sehingga kelihatan suami lembik dan hilang kuasa.
Pendek kata, bagi sesetengah wanita tidak perlu title YB atau YAB, sebab mereka ada title yang lebih tinggi, lebih hebat, iaitu YAAB @ Yang Amat-Amat Berkuasa. Siapa berani lawan?
*UNTUK makluman bang Adam kita, kak Hawa kini lebih mendominasi kampus, baik universiti awam mahu pun universiti swasta. Purata kadar penuntut universiti sekarang ialah 70% wanita berbanding 30% lelaki.
Apabila graduan wanita lulus ijazah cemerlang melebihi lelaki, peluang kerja pun dengan sendirinya akan dilebihkan kepada wanita. Jadi jangan terkejut apabila pasaran kerja kita – awam atau swasta – dikuasai oleh wanita.
Selain berijazah, wanita juga mempunyai satu lagi kelebihan berbanding graduan lelaki, iaitu rupa paras. Kecantikan juga satu faktor orang memilih wanita sebagai pekerja.
Wanita ada ijazah, bibir manis, jelingan manja, pipi licin, tubuh harum dengan pewangi. Lelaki tiada ijazah, mata kuyu sebab dadah, tubuh sana-sini luka berparut sebab kemalangan ketika merempit, bau tubuh pula hapak, macam mana hendak mengalahkan wanita?
*AKHIR kalam, masih mengenai wanita. Bukan wanita tempatan tetapi wanita dari Negara China atau ‘China doll’ yang dijadikan ‘isteri sementara’ lelaki bukan Islam di negara ini.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberitahu Dewan Rakyat ‘perkahwinan sementara’ antara lelaki tempatan dengan ‘China doll’ adalah antara punca anak-anak yang dilahirkan sukar diberi taraf warganegara Malaysia.
“Ini masalah yang banyak datang kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Kita melihat masalah ini secara satu per satu dan saya mohon supaya kesedaran keagamaan,” katanya.
Menteri berkenaan menjawab soalan tambahan Alice Liau Kiong Yieng (DAP-Lanang) mengenai bagaimana kerajaan menangani masalah kanak-kanak tanpa bernegara khususnya di Sabah dan Sarawak.
Saya setuju dengan Zahid, lelaki mesti ada kesedaran keagamaan dan jangan kahwin sementara hanya untuk berseronok. Tetapi mungkin juga wanita dari China itu pandai menggoda sehingga lelaki lupa agama.
Semua orang tahu, godaan pun adalah satu kuasa yang ada pada wanita. Kalah lelaki dibuatnya!

0 Komentar untuk " Siapa PM wanita pertama kita? "