KOTA KINABALU: Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM), Fahmi Zainol ditahan anggota keselamatan Universiti Malaysia Sabah (UMS) sejurus memasuki kampus UMS, di sini, kira-kira jam 9 malam tadi.
Dia ditahan bersama enam rakannya ketika cuba memasuki UMS untuk mengadakan program ceramah tanpa kebenaran pengurusan universiti terbabit.
Naib Canselor UMS, Prof Datuk Dr Mohd Harun Abdullah dan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra turut berada di lokasi memantau keadaan.
Bagaimanapun, tinjauan BH mendapati tiada sebarang perhimpunan di kawasan kampus seperti dijadualkan.
Keadaan di sekitar kampus UMS juga terkawal dan tiada sebarang insiden tidak diingini berlaku.
Keadaan di sekitar kampus UMS juga terkawal dan tiada sebarang insiden tidak diingini berlaku.
Pagi tadi, polis merekodkan keterangan Fahmi dan sembilan individu lain kerana memberi ucapan di Jalan Gaya di sini, tanpa kebenaran.
Dia dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu bersama sembilan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) kira-kira jam 11.30 pagi tadi.
Kumpulan pelajar terbabit didakwa gagal memberi notis pemberitahuan daripada pihak berkuasa sebelum memberi ucapan di kawasan awam iaitu di Jalan Gaya, di sini. _ BH
0 Komentar untuk " Presiden PMUM ditahan kerana cuba berceramah tanpa kebenaran "