PENULIS ialah alumni Institut Jurnalistik Indonesia/Institut Komunikasi Massa Indonesia di Surakarta (Solo) Indonesia, tempat Presiden Jokowi Widodo, 53, dilahirkan dan sebelumnya dia menjadi Walikota Solo (2005-2012) serta Gubenur Jakarta (2012-2017). Berkelulusan dari Universitas Gajah Mada, Yogyakarta.

Berikut ialah sekelumit komentar daripada penganalisis-penganalisis politik Indonesia berikutan pemilihan presiden Indonesia ke-7 yang baharu itu. Beliau beragama Islam dan adalah tokoh politik dari Parti Persatuan Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P).

Pada 20 Oktober 2014 adalah waktu bersejarah bagi Indonesia apabila pada hari itu presiden dan wakil presiden terpilih Jokowi-Jusuf Kalla dilantik menjadi pemimpin Eksekutif tertinggi di negara demokrasi Indonesia.

Seluruh rakyat semestinya bersukacita terpilihnya orang nombor satu di Indonesia itu yang akan membawa sebuah harapan baharu bagi perubahan di negara berkembang itu.

Namun, adakah presiden pilihan rakyat itu akan benar-benar dapat menjalankan pemerintahan sebagaimana mestinya?

Menurut Scott Mainwaring, sistem multi parti dengan sistem pemerintahan presidensil adalah suatu hal yang musykil kerana perpaduan kedua-dua sistem ini akan menimbulkan political gridlock di mana parti yang memerintah tidak menjadi majoriti di Parlimen.

Hal ini juga dialami di Indonesia yang menerapkan sistem presidensil dengan perpaduan sistem multi parti.

Tercatat sejak reformasi, parti politik di Indonesia tidak kurang dari 10 buah. Hal ini menimbulkan polemik, di mana parti politik yang menang tidak akan mendapat suara majoriti.

Indonesia pernah mengalami masa di mana parti politik yang memegang pemerintahan adalah yang mendapat suara tidak sampai 10 peratus, iaitu pada pemilihan umum 2009 yang dimenangi oleh Susilo Bambang Yudhoyono (SBY) dengan suara lapan peratus sehingga tidak menjadi parti majoriti di Parlimen.

Pemerintahan yang bukan majoriti akan menimbulkan ketidakseimbangan antara Eksekutif dan Parlimen di mana ketika Parlimen tidak setuju dengan dasar Eksekutif, maka akan terjadi pemerintahan yang saling membatasi dan menimbulkan masalah serta terdapat hubungan yang tidak harmoni antara Eksekutif dengan Parlimen.

Dengan perolehan 19 peratus meskipun menjadi parti pemenang pemilihan umum, namun tidak dapat melobi parti lain di DPR (Dewan Perwakilan Rakyat) sehingga gagal menduduki kursi pimpinan DPR dan MPR (Majlis Permusyawaratan Rakyat).

Dengan kepimpinan yang tidak kuat tentunya dapat menimbulkan gangguan dari Parlimen terhadap pemerintahan seperti ini.

Saling menuduh antara Eksekutif dan Parlimen tidak akan terhindar daripada permasalahan sehingga presiden akan melaksanakan pemerintahan yang disebut sebagai ‘pemerintahan sebelah kaki’.

Presiden memang tidak dapat membubarkan Parlimen jika dilihat dari Pasal 7C UUD (Undang-Undang Dasar 1945), namun pada kenyataannya Indonesia pernah mengalami masa di mana seorang presiden membubarkan Parlimen iaitu pada masa Soekarno yang melakukan pemberhentian terhadap Parlimen dengan dekri yang dikeluarkan secara otoriter.

Indonesia memerlukan reformasi dan pembangunan mampan. Jokowi perlu kekuatan besar dan unggul melawan tirani kepimpinan yang menjadi harapan rakyat dan tidak hanya sebagai tunggangan untuk kepentingan politis semata tanpa berupaya melaksanakan tanggungjawab menuju welfare state.

Namun kekuatan tersebut tidak akan dapat berjalan jika Eksekutif tidak mendapat dukungan yang baik dan padu dari Parlimen sehingga menimbulkan pelbagai masalah di atas dasar pemerintahannya.

Pemilihan umum boleh jadi menghasilkan pemimpin yang baik dan disukai rakyat, namun realitinya tidak dapat terhindarkan. SBY contohnya, sebelum turun sebagai Presiden Indonesia, membuat akhir yang tidak manis sebagai bentuk cara posisi aman antara kubu pemerintah terpilih dengan oposisi.

Adakah pimpinan Jokowi- Jusuf Kalla akan berjalan lancar atau sebaliknya dan terbentur oleh kerikil, bahkan batu besar Parlimen yang didominasi oleh parti oposisi?

Hanya pejabat negara dan pemerintah Indonesia yang mampu menjawab dengan bijak demi masa depan yang baik, khusus bagi hubungan serantau negara-negara Asean dan Nusantara.