KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa meminda Perlembagaan dalam Perkara 3(1) iaitu Islam sebagai agama Persekutuan dengan memperincikan pegangan umat Islam di negara ini berdasarkan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja), Zamihan Mat Zin berkata, langkah itu penting dalam usaha membendung dan memerangi fahaman asing yang cuba memecahbelahkan umat Islam termasuk ancaman kumpulan Negara Islam (IS), fahaman Syiah dan Wahabi.
"Seminar hari ini mencadangkan agar kerajaan melakukan pindaan Perlembagaan kepada Perkara 3(1), Islam agama Persekutuan berdasarkan Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah," katanya ketika membacakan Resolusi Seminar Jihad VS Militan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), di sini, hari ini.
Selain itu, katanya lagi, kerajaan juga perlu menyemak semula mata pelajaran dalam sistem pendidikan negara agar menepati pegangan dan selari dengan ASWJ.
"Kerajaan perlu menyediakan modul pembelajaran menyeluruh tentang pegangan ASWJ untuk diaplikasikan di semua peringkat dalam sistem pendidikan kebangsaan," ujarnya.
Dalam hal itu juga, kerajaan perlu menyemak semula prosedur pengambilan pelajar asing untuk mencegah penularan fahaman asing yang cenderung kepada jenayah dan aktiviti keganasan.
"Prosedur pengambilan pelajar asing hendaklah dipertingkatkan bagi membendung sebarang percambahan unsur ideologi radikal dan perbuatan jenayah," katanya.
Mengulas lanjut, Zamihan juga menyokong cadangan Kementerian Dalam Negeri untuk mengkaji semula undang-undang anti keganasan dalam menangani ancaman kumpulan militan IS.
"Kerajaan perlu mengkaji mekanisme perundangan bagi menangani gejala ekstremis dan kegiatan keganasan sama ada melibatkan undang-undang Langkah-langkah Khas Keselamatan 2012 (Sosma), Undang-undang Pencegahan Jenayah (Poca) 1969 atau mewujudkan undang-undang yang baharu," jelasnya.
Sehubungan itu katanya lagi, satu Sekretariat Khas perlu diwujudkan yang berfungsi untuk menapis dan memantau kemasukan penceramah dari luar negara bagi mengelakkan penyebaran fahaman asing terus bercambah di negara ini.
"Sekretariat Khas ini berfungsi menapis dan memantau kemasukan penceramah-penceramah dari luar negara agar.
"Kemasukan mereka itu mestilah selari dengan undang-undang atau enakmen agama bagi menyekat penularan fahaman radikal dan kegiatan keganasan," katanya lagi.

0 Komentar untuk " Pinda Perlembagaan: Perinci pegangan umat Islam "