Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang Setia Urus Sdn Bhd (PDCSU) mencatatkan kerugian berjumlah RM2.74 juta bagi tempoh 2011 hingga 2013.
Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 3 yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini, pada tahun 2011, sejumlah 17 projek diuruskan PDCSU mencatatkan kerugian berjumlah RM510,000 manakala jumlah kerugian itu meningkat pada 2012 kepada RM1.4 juta walaupun bilangan projek menurun kepada 12.
"Bagaimanapun, pada tahun lepas jumlah kerugian menurun kepada RM830,000 dan antara projek yang menyumbangkan kerugian yang tertinggi termasuklah pengurusan projek Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), projek Halaman Cendana dan projek Prima View," kata laporan itu.
Laporan itu turut menegur PDCSU supaya memastikan setiap projek yang diuruskan memperoleh keuntungan agar penyelenggaraan dapat dilaksanakan.
Selain itu, laporan audit itu mendapati daripada 31 projek yang diuruskan PDCSU, lapan perjanjian tidak disediakan, dua perjanjian lewat ditandatangani dan satu perjanjian tamat tempoh selama satu tahun.
"Perjanjian bagi perkhidmatan penyenggaraan dan pengurusan harta perlu disediakan antara pemilik dan pengurus harta supaya kepentingan kedua-dua pihak terpelihara," kata laporan itu.
Sementara itu, semakan audit turut mendapati sehingga Disember 2013, tunggakan caj perkhidmatan yang tidak dikutip PDCSU berjumlah RM25.37 juta.
Menurut PDCSU, terdapat tindakan mengadakan kempen pengurangan faedah untuk mendapatkan balik tunggakan namun ia masih meningkat pada setiap tahun disebabkan oleh kurang kesedaran penghuni untuk menjelaskan caj perkhidmatan secara berkala pada setiap bulan.
Pada pendapat audit, PDCSU perlu terus mengambil inisiatif mengutip tunggakan memandangkan yuran penyenggaraan adalah pendapatan utama syarikat.
Seterusnya, bagi memastikan pengurusan PDCSU dapat dipertingkatkan, PDCSU harus memastikan dokumen berkaitan perkhidmatan penyenggaraan dan pengurusan harta disediakan dengan teratur.
PDCSU juga harus meningkatkan pemantauan secara keseluruhan khususnya dari aspek keselamatan dan penyenggaraan bangunan. – Bernama, 10 November, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/perbadanan-pembangunan-pulau-pinang-alami-kerugian-rm2.74-juta-selama-3-tah#sthash.5Pq27q43.dpuf

0 Komentar untuk " Perbadanan pembangunan Pulau Pinang alami kerugian RM2.74 juta selama 3 tahun "