SOAL harga minyak bukanlah isu baharu. Ia sentiasa menjadi perbualan masyarakat. Baru-baru ini pun, PKR menggesa kerajaan menyemak semula harga petrol dan diesel di negara ini susulan penurunan harga minyak mentah di pasaran dunia.
Berhubung isu kenaikan harga minyak itu, antara kumpulan masyarakat yang mendakwa terkena tempias adalah peniaga. Apakah keterlaluan jika kita mengatakan barang dan perkhidmatan ditawarkan peniaga dijangka terus naik pada Januari tahun depan jika kerajaan tidak mengurangkan harga minyak di negara ini, walaupun berlaku penurunan harga minyak dunia?
Pengasas Zafira Anggun Resources, Faidzal Ibrahim berkata, berdasarkan pengalaman lalu, kesan kenaikan harga bahan bakar itu kebiasaannya akan mula dirasai pada tahun berikutnya kerana peniaga baru mengambil stok baharu.
“Impak kenaikan harga petrol dan diesel bukan dalam masa terdekat kerana peniaga masih menjual stok barang yang lama. Bila mereka beli barang untuk stok akan datang, maka akan berlaku kenaikan harga dari segi kos pengangkutan. Peniaga kena serap kos ini dan akhirnya harga barang jadi lebih mahal berbanding sebelumnya,” katanya ketika ditanya mengenai impak kepada peniaga jika kerajaan tidak mengurangkan harga minyak di Malaysia walaupun harga minyak dunia menurun.
Justeru, beliau berkata, kerajaan wajar menurunkan harga minyak kerana sekarang adalah masa yang sesuai untuk berbuat demikian.
Bagi Pengarah Urusan Suri Niaga Resources, Suhaily Hamzah berkata, kenaikan harga bahan bakar akan menyebabkan peningkatan kos pengangkutan kepada peniaga, sekali gus menyebabkan harga barang yang dijual kepada pelanggan bertambah.
“Saya ada dua perniagaan iaitu produk kesihatan berupa herba resdung kayu manis dan makanan seperti serunding. Untuk penjualan produk kesihatan contohnya, saya terpaksa kenakan caj tambahan jika pelanggan mahukan penghantaran barangan dibuat.
“Untuk produk makanan pula, kos pengangkutan kami naik selepas harga petrol dan diesel meningkat 20 sen seliter. Contohnya, saya ambil bekalan serunding daripada Kelantan. Jika dulu, kos bahan bakar hanya sekitar RM100, tetapi kini meningkat kepada RM150,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Urusan SHRF Food Industries Sdn Bhd, Rohani Borhan berkata, sebagai pengeluar produk sedia untuk dimakan dan dimasak, syarikat itu akan membeli bahan mentah secara pukal.
“Kita biasanya sudah bincang dan capai persetujuan dengan pembekal dengan harga tertentu untuk bahan mentah. Namun, bila berlaku kenaikan harga minyak, automatik harga barangan yang dibekalkan kepada kami juga akan naik kerana kita tiada penetapan harga siling.
“Biasanya, harga semasa yang kita tawarkan kepada pelanggan kekal dalam tempoh tiga bulan saja, kemudian ia akan dinilai semula berdasarkan kos semasa. Bagaimanapun, untuk pelanggan yang mempunyai kontrak dengan kami, kami tidak boleh tukar harga sesuka hati,” katanya.
Berdasarkan laporan sebelum ini, harga minyak mentah dunia berlegar sekitar AS$105 (RM348) ke AS$108 (RM357) setong antara Mei hingga Ogos tahun ini berdasarkan harga piawai Brent, tiba-tiba mula jatuh bermula Ogos.
Ia jatuh dari paras AS$105 setong ke AS$85 (RM281) setong pada awal Oktober dan kekal pada paras itu sehingga sekarang. Bahkan penganalisis minyak mentah dunia meramalkan harga minyak mentah akan kekal sekitar paras tersebut bagi tempoh yang lebih lama sehingga 2015.
Di mana-mana sahaja, kumpulan peniaga bercerita soal harga minyak ini. Khabarnya, ada peniaga juga tambah khuatir kerana cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pula akan dilaksanakan pada tahun depan.

0 Komentar untuk " Peniaga tersepit isu harga minyak? "