ABDUL RAZAK IDRIS | 12 November 2014 2:28 AM
APLIKASI mesej seperti WhatsApp menjadi pilihan pengguna kerana mudah diakses.
Ada seorang sahabat yang sering menghantar mesej melalui WhatsApp kepada penulis bertanyakan tentang perkembangan terkini berita sama ada dalam mahupun luar negara.
Sebagaimana biasa, sahabat tersebut akan terus menghantar berita sensasi yang diterimanya dari orang lain bertali arus mengalahkan CNN.
Dia menganggap dirinya adalah raja scoop berita media sosial tersebut sedangkan berita yang diterima diragui kesahihannya.
Sebagai pengamal undang-undang suatu waktu dahulu, penulis ingin menasihatkan agar sikap seperti sahabat penulis yang suka menghantar berita yang tidak diketahui ekor kepalanya perlu dihentikan.
Ini kerana dia boleh dikenakan tindakan undang-undang jika didapati menyebarkan berita palsu.
Namun sikap begitu bukan suatu perkara terpencil, kerana ramai pengguna WhatsApp di negara kita cenderung menjadi wartawan mi segera hingga terlebih berani menghantar bahan berita yang dianggap mereka sahih dan segar.
Baru-baru ini, kita menerima laporan meteorologi yang menyebut akan berlaku ribut dan angin kencang di beberapa tempat di negara ini sedangkan tidak berlaku bencana alam tersebut pada hari yang dimaksudkan.
Akhirnya terbukti berita tersebut adalah palsu.
Sikap menjadi wartawan setengah masak di media sosial dengan memaparkan imej kemalangan ngeri juga tidak bertanggungjawab kerana bukan semua pengguna yang menerima mesej tersebut bersedia untuk menghadam berita sedemikian.
Hari ini di dalam telefon pintar, pelbagai jenis informasi termasuk berita yang berlaku di sekeliling menjadi bahan untuk berwhatsApp mahupun posting di Facebook.
Pemberitaan tanpa tanggungjawab dan dibuat sekadar untuk menceriakan hari tersebut sebenarnya hanya akan menjadikan kita terlebih ‘kolesterol maklumat’, malahan tiada faedah langsung kepada kita. Bak kata orang muda hari ini, hanya menghabiskan ‘top up’ semata-mata.
Sebagaimana beberapa minggu lalu pengguna media sosial dikejutkan dengan kemungkinan berlaku di planet kita, ia bakal bergelap beberapa hari akibat aktiviti sistem kosmos.
Lalu ditokok tambah di dalam artikel tersebut bahawa kiamat semakin hampir dan kehidupan hari ini akan berakhir apabila matahari tidak menjengah muka lagi di alam buana.
Sedangkan semua yang ditulis adalah fantasi penulis yang entah dari mana asalnya.
Sesungguhnya di dunia media sosial hari ini, ramai pengguna yang berlumba-lumba mencipta berita scoop seolah-olah cuba bersaing dengan berita scoop media perdana.
Seperti yang diketahui, dalam media arus perdana scoop adalah untuk melariskan sesebuah akhbar, kerana jika semua muka depan akhbar sama maka tiada bezanya antara satu akhbar dengan akhbar lain.
Jika bernasib mungkin wartawan hebat yang melaporkan berita tersebut akan mendapat anugerah seterusnya mengharumkan namanya.
Itu bezanya antara wartawan mi segera tidak bertauliah dengan wartawan tetap yang mencari makan di media arus perdana.
Media arus perdana tidak kira televisyen, media cetak mahupun atas talian mempunyai nama pengarang sesebuah berita.
Namun sebaliknya bagi penulis berita dalam media sosial yang boleh menghantar gambar mahupun berita buatan sendiri tanpa ada rasa tanggungjawab jika berita yang dihasilkan akan menyebabkan huru-hara dan anarki dalam negara mahupun sesebuah komuniti. Namanya pun mungkin akan dipalsukan.
Harus diingat, berita palsu ini akan menjatuhkan maruah seseorang hingga melibatkan seorang menteri dan kerabat diraja.
Justeru kepada pengguna media sosial berhati-hatilah dengan pesanan mahupun berita sensasi yang kita panjangkan kepada rakan-rakan dan golongan sasaran.
Tidak perlu mengejar ‘scoop’ media sosial yang wibawa pemberitaannya tidak boleh disandarkan kepada fakta kerana tidak melaporkan sumber pencerita.
Contohilah wartawan media arus perdana yang mengejar scoop dalam suasana yang sihat kerana sudah pasti tangan yang menulis berani pula menjawab jika dipanggil ke mahkamah apabila berlakunya pertikaian.
Nasihat berguna untuk wartawan jari-jemari gemalai ini, fikir dulu sebelum tekan, kerana jika berita yang anda anggap itu adalah scoop sebenarnya, ia mungkin boleh menyebabkan diri anda dicekup kerana membuat penipuan hingga menyusahkan orang lain dan dianggap menyebarkan dakyah, fitnah dan adu domba. Jangan sampai menjadi hasutan pula. Itu sudah bab lain pula.
- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana/mengapa-lebih-percaya-media-sosial-1.23650#sthash.FUfmE9oj.dpuf

0 Komentar untuk " Mengapa lebih percaya media sosial? "