*SETUJU benarlah saya dengan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz bahawa kalau tidak selamat jangan kata selamat. Menteri Pelancongan itu enggan mengambil risiko mempromosikan Sabah selagi kes penculikan melibatkan pelancong asing di negeri itu masih belum selesai.
Katanya, beliau sendiri tidak mahu pergi ke Lahad Datu buat masa ini, apatah lagi menggesa Duta Malaysia di luar negara mempromosikan kawasan pelancongan yang masih belum selamat itu.
“Saya tidak akan cakap dengan duta-duta kita (supaya) yakinkan pelancong luar datang ke Sabah... saya tidak akan buat,” katanya semasa sesi penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2015 bagi kementeriannya di Dewan Rakyat.
Katanya lagi: “Macam mana saya hendak yakinkan orang kalau kes itu tidak selesai lagi. Kes itu turut melibatkan anggota polis, konstabel yang bertugas menjaga perairan Sipadan. Adakah itu selamat?”
Syabas Datuk Seri kerana berani bercakap benar, walaupun kebenaran itu kadang-kadang pahit untuk ditelan.
*TETAPI bukan semua orang bersetuju dengan sikap terus-terang Nazri. Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Masidi Manjun mengkritik teruk kenyataan Nazri di Parlimen.
Katanya, kenyataan Nazri di Kuala Lumpur itu telah membantutkan usaha bersungguh-sungguh yang dilakukan oleh pihak berkuasa pelancongan Sabah selama ini untuk menarik pelancong asing ke Negeri Bawah Bayu itu.
Bagi saya soal keselamatan bukan boleh buat main-main. Kita mungkin mampu berbelanja RM juta-juta untuk promosi pelancong ke Lahad Datu dan mana-mana destinasi di Sabah.
Tetapi sekiranya pelancong datang, kemudian terjadi pula kes penculikan, itu akan memberi imej lebih buruk kepada Sabah, lagi pelancong takut untuk datang. Jadi, buat sementara waktu ini saya bersetuju dengan pendirian Nazri: kalau tidak selamat jangan kata selamat.
*ISU MAS juga dibangkitkan di Parlimen. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Aziz Kaprawi memberitahu Dewan harga setiap tiket yang dibeli penumpang MAS termasuk kos hidangan dalam pesawat, termasuk kos arak.
Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, dasar MAS perlu dibetulkan untuk diselaraskan dengan syariah.
“Memaksa orang Islam beli tiket yang termasuk kos hidangan arak adalah suatu penipuan yang sangat berat implikasinya kepada orang Islam. Sudah tentu sekarang penumpang Islam akan berasa sangat tidak selesa bila mengetahui mereka mensubsidi arak untuk penumpang lain,” katanya.
Sejak sekian lama ramai merungut apabila syarikat penerbangan nasional itu menghidangkan minuman keras. Banyak bantahan dan teguran dibuat, tetapi MAS tetap menyediakan arak.
Ada baiknya MAS tidak menghidangkan arak. Sesiapa yang hendak minum arak, naiklah penerbangan lain. Jangan takut kehilangan penumpang sekiranya tidak menjual arak. Kita kena yakin bahawa dengan tidak menghidangkan arak lebih ramai orang akan naik MAS. Berniagalah mengikut syariah, insya-ALLAH kita akan dirahmati dan diberkati.
*INI kes pelanduk dua serupa, bukan pada manusia tetapi pada kereta. Dua kereta berlainan pemilik dan berlainan jenis, memakai nombor pendaftaran yang sama AJK8033. Ini terjadi di Jalan Speedy, Teluk Intan minggu lalu. Orang ramai keliru dan tertanya-tanya.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, kes kini dalam siasatan termasuk mencari punca sebenar persamaan nombor pendaftaran tersebut setelah pengadu (seorang ejen insurans) membuat laporan polis.
Perkara ini mudah sahaja untuk disiasat. Kalau JPJ cekap, pemilik sebenar nombor plat tersebut boleh dikesan secara ‘online’, dalam sekelip mata. Semuanya di hujung jari, tidak perlu cari hingga ke lubang cacing.
*AKHIR kalam Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said mengingatkan pegawai kerajaan supaya menjalankan tanggungjawab dengan baik, dan tidak bersikap angkuh.
Beliau kesal sebab kadangkala pegawai kerajaan terlalu sukar untuk ditemui, mengalahkan kesibukan perdana menteri.
“Bayangkan betapa susahnya saya hendak berurusan dengan pengerusi sebuah agensi kerajaan, hendak jumpa PM lagi mudah,” katanya. Azalina mengingatkan pegawai kerajaan jangan bersikap lebih sudu dari kuah.
Tetapi selalu juga akhbar mendengar keluhan dan rungutan daripada rakyat mengenai betapa susahnya hendak berjumpa wakil rakyat. Lepas pilihan raya tidak pernah jenguk kawasan. Tidak tahu siapa sudu siapa kuah!

0 Komentar untuk " MAS tidak perlu hidang arak "