APABILA kita masuk restoran makanan segera Barat, kita bukan sekadar menikmati hidangan makanannya, tetapi kita juga biasanya dihidangkan dengan lagu-lagu dalam bahasa Inggeris yang dipasangkan di dalam premisnya. Saya tak pernah dengar lagu-lagu P. Ramlee diputarkan. Tetapi lagu Elvis saya pernah dengar.
Demikian juga apabila kita masuk restoran Jepun. Lagu-lagu dalam bahasa Jepun pula dihidangkan. Saya tak pernah dengar lagu dalam bahasa negara kita.
Saya tertanya-tanya adakah restoranrestoran ini adalah restoran makanan atau pusat budaya dan bahasa? Atau satu pakej?
Kamu bukan sekadar makan di restoran, tetapi kamu juga terpaksa 'menikmati' bahasanya secara tak langsung kerana bahasa adalah identiti restoran makanan!
Sekarang cuba tanya, “Apakah identiti Malaysia?” Cuba bayangkan jika jawapan saya ialah ini, “Masuk saja sempadan Malaysia, bahasa Inggeris menjadi bahasa negara.” Bayangkan rakyat Malaysia menerima supremacy bahasa Inggeris dengan reda?
Adakah rakyat ini benar-benar ingin membina identiti Malaysia atau identiti pasaran? Adakah identiti Malaysia boleh direconstruct, dipakej dan dijual seperti lembulembu di pasar mengikut harga dan kehendak pasaran?
Bayangkan lagi jika pendakwahpendakwah kita juga reda dengan identiti pasaran dan tidak memperjuangkan kedudukan bahasa negara? Bahkan mereka berkata ini tiada kaitan dengan dakwah.
Dakwah hanya soal ketuhanan semata-mata. Identiti negara tiada kaitan dengan dakwah, benarkah? Memperjuangkan kesatuan rakyat berbilang kaum di Malaysia atas satu bahasa bukan dakwah? Membina LRT untuk memudahkan perjalanan bukan dakwah? Membersihkan tandas untuk menjaga maslahat kemanusiaan bukan dakwah? Salah satu seksaan kubur ialah kegagalan mencuci dengan bersih selepas kencing!
Restoran Barat ini lebih faham makna luas 'dakwah' sebagai proses membina identiti budaya kerana ia bukan sekadar hidang makanan Barat, ia juga hidang bahasa Inggeris! Malaysia hidang apa? Apa yang kita hidangkan atas nama Malaysia?
Saya berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dan Cina setiap hari di pejabat, dengan sahabat-sahabat dan keluarga. Tiada masalah sebagai rakyat Malaysia dan seorang pendakwah. Apa yang menjadi masalahnya ialah kita reda Malaysia dijajah bahasa, selain bahasa negara kita.
Maka di sini, saya ingin mengkritik saudara-saudara Muslim kita dari negara lain yang sudah ber'brotherhood’ bertahuntahun lama dengan rakyat Malaysia. Saya pernah tanya seorang aktivis dakwah negara lain yang sudah kerja di Malaysia lebih 5 tahun, “Why don’t you learn our national language?” Dia jawab, “What has it got to do with dakwah? Muslims in Malaysia are mainly Malays. I better learn French!”
Pada masa sama, saya hairan bagaimana pendakwah Muslim ini yang bergaji besar tidak malu untuk berceramah tentang brotherhood dan memanggil rakyat Malaysia sebagai brother sana-sini tetapi sangat tidak secerdik buruh kasar Bangladeshi dalam mempelajari bahasa negara! Bagaimana dia boleh jadi model pendakwah jika tak cerdik!!!
Saya juga hairan melihat pensyarahpensyarah universiti dari negara lain yang sudah bekerja di Malaysia lebih 10 atau 20 tahun. Mereka tidak tahu menterjemahkan ke dalam bahasa negara ayat-ayat mudah seperti, “Saya mahu makan”.
Ada juga pensyarah-pensyarah ini mengajar bahasa Arab! Mereka marah pelajar-pelajar Malaysia yang tidak cerdik belajar bahasa Arab.
Saya hairan bagaimana ketam mampu mengajar anaknya berjalan jika dia sendiri tidak cerdik belajar bahasa negara dalam negara ini sendiri? Sekurang-kurangnya rakyat Malaysia ada alasan untuk kurang cerdik kerana belajar bahasa Arab di Malaysia, bukan di negara Arab!
Jadi, bagaimana hendak memartabatkan kedudukan bahasa negara? Kita boleh mula sesama saudara Muslim sendiri yang berbeza negara atas dasar brotherhood atau istilah Arabnya, ukhuwah.
Saudara-saudara kita dari luar yang tinggal lama di Malaysia perlu rasa kewajiban bersama untuk belajar bahasa negara sehingga mampu berceramah, berhujah dalamnya walaupun tidak sempurna dari segi nahu dan sebutan.
Apa yang penting, dia faham bahasa negara dan bicaranya dalam bahasa negara difahami. Kalau kita berkomunikasi dalam bahasa yang difahami, kita akan berjaya menyampaikan mesej. Tetapi kalau kita berkomunikasi dalam bahasa negara, kita akan berjaya menyentuh hati dan jiwa rakyat negara itu.
* Abdul Naser Abdul Rahman ialah tokoh pendakwah Perak

0 Komentar untuk " Malaysia dijajah bahasa Inggeris "