Mahasiswa menulis dan menampal luahan hati masing-masing di dinding Suara Siswa di Kompleks Perdana Siswa, Universiti Malaya di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
ISU mahasiswa mahukan reformasi bukanlah satu isu baharu di negara ini. Seringkali ada sahaja perkara yang dilaksanakan oleh kerajaan yang tidak memuaskan hati mahasiswa. Tidak cukup dengan gerakan reformasi berbaur hasutan oleh Adam Adli (dia telah didapati bersalah oleh mahkamah dan dijatuhi hukuman penjara 12 bulan) yang mempertikaikan keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), terkini muncul pula seorang lagi anak muda yang berusia 23 tahun, bernama Fahmi Zainol.
Dia merupakan pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang sekarang berada di tahun akhir pengajian Pentadbiran dan Keadilan Sosial di Universiti Malaya (UM). Dia adalah seorang Presiden Mahasiswa Universiti Malaysia (PMUM) dan salah seorang ahli Majlis Perwakilan Pelajar UM. Melihat biodatanya sahaja jelas menunjukkan anak muda ini adalah seorang pelajar bijak yang menjadi harapan bukan sahaja kepada keluarga tetapi kepada universiti malah kepada negara.
Namun, apa yang bermain di fikirannya sehingga sanggup mengenepikan pengajian yang sudah hampir sampai ke puncak dan bangkit menentang kerajaan yang menaja pelajarannya selama ini? Walaupun atas tiket berpidato dengan tema “Jelajah Reformasi”, isi kandungannya adalah bersifat provokasi yang dimulakan dengan penerangan mengenai reformasi, kebebasan akademik dan pemansuhan akta hasutan.
Sementelah, Fahmi baharu sahaja mencetuskan kontroversi akibat tindakan beraninya meneruskan program “40 Tahun: Dari Universiti Malaysia ke Penjara” meskipun mendapat bantahan daripada pengurusan universiti UM. Dek tindakan beraninya, dia bersama tujuh lagi rakannya sedang menghadapi tindakan tatatertib daripada UM, selain turut dikenakan pendakwaan mengikut Akta Hasutan.
Keberanian sebegitu sebenarnya patut dikagumi sekiranya itu adalah tindakan yang betul dan benar. Namun di usia sebegitu, kebenaran dan kebatilan tidak mudah dibezakan. Tambahan pula, jurang perbezaan antara kebenaran dan kebatilan itu adalah senipis helaian rambut. Pasti dalam pemahaman dan penelitian yang dia percaya adalah benar mempunyai kebohongan dan kepalsuan.
Manipulasi yang dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab ini sebenarnya merosakkan masa depan bukan sahaja insan-insan seperti Fahmi Zainol dan Adam Adli malahan puluhan ribu mahasiswa lain di negara ini. Darah muda yang membuak, dimanipulasi minda dan perasaan dengan kepalsuan dan janji manis maka lahirlah satu reformasi yang merosakkan.
Tidak salah berpolitik tetapi biarlah berpada-pada. Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) sendiri dipinda bagi memberikan kebebasan kepada mahasiswa untuk berpolitik tetapi politik tidak seharusnya merosakkan masa depan seseorang mahasiswa itu.
Mahasiswa harus bijak dalam menilai tetapi janganlah sampai memusnahkan diri sendiri dan harapan insan lain. Mahasiswa harus sedar bahawa mereka sebenarnya mempunyai matlamat, perjalanan mereka mempunyai haluan, serta digalaskan dengan tugas dan tanggungjawab besar yang perlu diselesaikan.
Sabda Nabi SAW ertinya: “Tunaikanlah amanah kepada orang yang memberikan amanah kepadamu dan janganlah kamu khianati orang yang mengkhianatimu.” (Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan Ahmad).
Sebagai mahasiswa kita memikul amanah yang sangat besar. Tidak kiralah sama ada kita ini adalah pelajar tajaan atau tidak, umumnya menuntut ilmu adalah merupakan satu kewajipan. Ilmu syar’i merupakan fardu ain manakala ilmu-ilmu lain adalah fardu kifayah, kedua-duanya juga merupakan satu kefardhuan.
Dalam zaman serba maju dan canggih di mana maklumat hanya berada di hujung jari, kita terutamanya mahasiswa lebih bersemangat untuk mengetahui apa yang berlaku di luar sana terutamanya perkara berkaitan politik. Sekiranya mahasiswa berminat dengan politik, mempunyai kecenderungan kepada politik, berminat untuk menganalisis isu-isu politik, mereka haruslah bertanggungjawab untuk menganalisis dan menilai sesuatu isu itu dengan sebaik-baiknya tanpa memudaratkan diri sendiri dan orang lain.
Mahasiswa harus melakukan sesuatu tindakan yang bersifat profesional dan lebih matang. Berikan pandangan, nasihat atau pendirian secara bertulis dan profesional dan hantarkan kepada pihak yang berkenaan dengan tujuan agar pihak berkenaan memandang serius cadangan dan idea yang diberikan.
Mahasiswa adalah generasi yang akan mewarisi tampuk pemerintahan negara satu hari nanti. Oleh itu, mahasiswa harus mengubah minda dari segi perancangan, strategi, program dan mekanisme pelaksanaan dalam menangani sesuatu isu yang berbangkit. Mahasiswa juga perlu sedar tentang tanggungjawab dan harapan yang disandarkan kepada mereka. Ketrampilan sahsiah dan kesarjanaan ilmu merupakan persiapan penting dalam mematangkan mahasiswa untuk mewarisi kepimpinan negara di masa hadapan.
Kita memahami bahawa mahasiswa ingin melakukan anjakan paradigma yang berterusan. Namun anjakan paradigma itu memerlukan kekuatan yang diterjemahkan dalam bentuk penguasaan ilmu.
Mahasiswa harus menanam semangat cintakan ilmu di mana ia merupakan satu momentum penting ke arah memahami erti hidup yang sebenar. Setiap ilmu yang dipelajari wajar ditafsir mengikut kaca mata ilmiah yang betul. Ini kerana, daya fikir yang tinggi akan menjurus keberhasilan ke arah pemahaman intelektual, kepimpinan berkesan dan memperlengkapkan manusia dengan ilmu pengetahuan.
Kesannya, hakikat akhir sesuatu proses berfikir mampu membawa mahasiswa ke landasan kebenaran tanpa diperkotak-katikkan oleh golongan yang tidak bertanggungjawab.
Kita juga memahami bahawa setiap daripada kita ini adalah pemimpin. Mungkin kita bukan pemimpin tertinggi negara tetapi kita adalah pemimpin diri kita sendiri. Keadilan dan kesaksamaan adalah kunci kepimpinan yang terbaik.
Oleh itu, sebelum mahasiswa melatah dengan isu yang tidak relevan dengan mahasiswa, adalah lebih baik sekiranya mahasiswa yang ada hari ini mempertajamkan segala kebolehan kepimpinan bagi mengelakkan ketandusan atau kepupusan pemimpin berkaliber di kemudian hari.
Sejarah telah membuktikan kehebatan kepimpinan akan melahirkan masyarakat yang cemerlang. Politik negara adalah satu skop yang begitu besar bagi seorang mahasiswa.
Lantaran itu, mahasiswa harus menanamkan sikap kepimpinan yang dinamik dan ikhlas tanpa memikirkan ganjaran.
Ingatlah bahawa tatkala mahasiswa menjejakkan kaki ke sebuah institusi pengajian tinggi - di rumah, di kampung, di daerah, negeri dan negara sedang menganyam impian untuk melihat lahirnya seorang pemimpin baharu. Bagaimana impian ini boleh terlaksana sekiranya mahasiswa sendiri bertindak memusnahkan impian itu dengan menjebakkan diri dalam endoktrin perosak bangsa yang hanya memikirkan kepentingan mereka sendiri?
Sedarlah mahasiswa sekalian, hidup ini hanya sekali, janganlah musnahkan diri sendiri dengan terlibat dalam permainan manusia yang bertopengkan keadilan sedangkan hakikatnya hanya demi kepentingan sendiri.
PENULIS ialah Pengarah Pusat Kajian Institusi Raja Malaysia (PKIRM), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana/ke-mana-hala-tuju-mahasiswa-millenium-1.26852#sthash.QGWj7Iby.dpuf

0 Komentar untuk " Ke mana hala tuju mahasiswa millenium? "