PETALING JAYA - Pemimpin harus mengkaji terlebih dahulu sesuatu permasalahan mengenai demokrasi sebelum mencapai penyelesaian dan persepakatan.
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, dengan kajian awal, pemimpin boleh mengenal pasti lebih banyak penyelesaian untuk menangani masalah tersebut.
"Negara Islam yang mengamalkan sistem demokrasi berdepan dengan masalah pentadbiran, pembangunan dan sosial masyarakat.
"Pemimpin harus mewujudkan sistem demokrasi sebenar di mana wujud sikap keterbukaan kerajaan terhadap rakyat. Dengan itu, ia dapat mewujudkan masyarakat dan pemimpin yang bertoleransi," jelasnya ketika berucap di Forum Demokrasi Dunia Muslim di sini, semalam.
Mengulas lanjut, beliau berkata rakyat atau masyarakat memainkan peranan dalam menentu hala tuju politik di sesebuah negara.
"Pada awalnya kami pihak pembangkang tidak bersama, tidak bertanding dengan dasar tahaluf siyasi, namun selepas tahun 2008 kami semua bergabung dan membina satu perikatan yang dipanggil Pakatan Rakyat (PR).
"Pengundi atau rakyatlah yang menyatukan para pemimpin," katanya lagi.

0 Komentar untuk " Kaji permasalahan sebelum capai persepakatan "