Perhimpunan Agung UMNO 2014 yang akan berlangsung minggu depan bakal menjadi pentas terbaik untuk perwakilan membentangkan usul yang ingin mereka ketengahkan. Terdapat suara sebelum ini yang menyatakan usul hanya tinggal usul tanpa sebarang perhatian. Apakah suara sama akan sekali lagi kedengaran pada medan terbesar yang menghimpunkan ahli UMNO ini?
Bagaimana pemimpin UMNO menangkis segala tohmahan, serangan bertubi dengan politik kebencian, politik perpecahan, perkauman, agama dan seranganperibadi.
Wartawan BH, MOHD HAMIZAR HAMID dan HASPAIZI MOHD ZAIN mendapatkan penjelasan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, merangkap Pengerusi Jawatankuasa Usul dan Jurucakap Perhimpunan Agung UMNO 2014, berhubung perkara ini. Beliau yang juga Menteri Pertahanan merungkai perkara itu ketika ditemui di kementeriannya baru-baru ini.
Wartawan: Bagaimana Datuk Seri melihat UMNO selepas pindaan perlembagaannya yang lalu dan kematangan perwakilan dalam perbahasan?
Hishammuddin: Alhamdulillah kerana sekarang ini yang menentukan kelangsungan parti kita adalah pegangan kepada pindaan perlembagaan dengan memperluaskan perwakilan untuk menentukan pucuk pimpinan daripada 1,500 kepada 150,000, iaitu pertambahan 6,000 peratus.
Kita ketepikan syarat kuota, kita memilih secara automatik, suara sayap ditambah dan itu adalah kesedaran daripada parti. Jika kita tidak lebih terbuka, tidak lebih inklusif, tidak mendengar suara akar umbi, tidak mengupayakan dan memperkasakan akar umbi, akhirnya UMNO tidak mengikuti langkah dunia yang menuntut kepada perubahan dan penambahbaikan. Kita mengambil kira suasana yang bukan sahaja untuk ahli UMNO, tetapi pihak berkepentingan seperti orang Melayu, umat Islam dan institusi Raja serta keselamatan negara.
Itulah yang banyak terbuku dalam jiwa sanubari orang di luar sana dan UMNO mesti peka kepada rintihan mahupun permintaan mereka. Jika UMNO tidak relevan, sukar orang hendak mendekati dan menyokong. Alhamdulillah saya tengok setakat hari ini, walaupun dituduh dengan pelbagai tohmahan, dugaan yang datang serta serangan bertubi-tubi dengan politik kebencian, politik perpecahan, politik kaum, politik agama dan serangan peribadi terhadap pemimpin kita berterusan, namun sampai hari ini parti kita masih lagi berada dalam keadaan yang mampu membawa perubahan. Bukan hendak kata kita hebat sangat, tetapi tidaklah seteruk banyak parti lain di dunia yang melalui ujian ini, tetapi tidak lulus.
S: Ada suara mengatakan usul yang dibawa oleh akar umbi ataupun UMNO bahagian hanya tinggal usul dan tidak diberi perhatian. Apakah benar dakwaan itu?
J: Saya dengar dari dahulu lagi bahawa usul akan tinggal usul, sebenarnya ia tidak betul. Usul yang datang daripada bahagian selalunya kita hantar ke kementerian dan berurusan dengan bahagian berkenaan, tetapi kali ini kita akan teliti usul yang datang dari bahagian secara lebih terperinci dan kita panjangkan usul itu kepada wakil kementerian.
Menteri yang berkaitan dengan kos sara hidup, pembangunan luar bandar atau kedudukan kita di bandar mahupun di pinggir bandar supaya kita boleh laporkan kepada bahagian dan Majlis Tertinggi (MT) UMNO secara berkala apa perkembangan usul itu. Satu perkara baharu juga, kita wujudkan struktur yang saya harap akan berkekalan yang mana Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Timbalan Pengerusi dan dibantu beberapa pimpinan lagi pada peringkat tertinggi parti diminta untuk 'turun ke bawah' selepas Perhimpunan Agung UMNO ini bagi melihat hasil dan perkembangan daripada kementerian dan kemudian laporkan kepada MT secara berkala.
Kami lebih untuk mewujudkan hubungan dua hala antara ibu pejabat dan kepemimpinan bahagian supaya usul tidak hanya tinggal usul. Interaksi dengan akar umbi sangat penting dan interaksi akar umbi UMNO dengan orang ramai juga penting. Bukan setakat menerima hasil, malah mereka bertanggungjawab mendekati orang ramai.
Tidak ada guna kita syok sendiri walhal anak muda di luar sana tidak tahu apa salurannya. Ini penting kerana dengan ahli UMNO sahaja tidak mencukupi untuk memastikan kelangsungan parti kita.
S: Bagaimana Datuk Seri melihat ada pemimpin UMNO bahagian mahu membawa usul yang dilihat mungkin agak sensitif seperti isu sekolah vernakular dan beberapa isu lain?
J: Kita perlu menanganinya dengan bijaksana. Kita tidak boleh terikut-ikut dengan emosi. Bukan sahaja membabitkan sekolah satu aliran, tetapi juga Akta Hasutan. Kita perlu lihat isu ini dengan hati terbuka supaya ia rasional. Sebagai contoh, ramai yang melihat Akta Hasutan dalam konteks sama ada kita hendak kekalkan atau ditukar dengan akta baharu. Bagaimanapun, banyak cara yang boleh kita lakukan. Pokoknya wujud kebimbangan jika tiada Akta Hasutan ia akan menjejaskan tunjang perjuangan UMNO yang terbina sejak dahulu.
Ia akan menjejaskan tiang seri kepada pembinaan negara bangsa iaitu kedudukan orang Melayu, kesucian Islam serta institusi Raja. Sebab itu sejak dahulu lagi kita sudah menyatakan kita tidak akan berkompromi dengan apa yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Apa sahaja yang hendak kita lakukan kepada Akta Hasutan, ia mesti menjurus kepada memperkasakan kedudukan tiang seri itu.
S: Bagaimana akta yang dilihat kontroversi bagi sesetengah pihak itu boleh mempertahankan tiang seri yang dimaksudkan tadi?
J: Itu boleh dilakukan dengan meminda Akta Hasutan atau menambah akta baharu lebih kuat kerana dengan akta yang ada hari ini tidak mungkin orang boleh mengatakan bahawa ia cukup kerana serangan ke atas institusi Raja dan agama (Islam) masih berterusan. Persoalannya sekarang bagaimana kita boleh memperkasakan perundangan untuk memastikan sekurang-kurangnya tiang seri tadi dapat dipertahankan.
Penting juga untuk kita memahami bahawa perkara yang berhubung kait dengan perundangan, apa yang ada atas kertas bukan menjadi kekangan. Undang-undang itu mungkin cukup, tetapi yang menjadi masalah mungkin dari segi penguatkuasaan.
Sama juga dengan sekolah satu aliran, yang paling penting kepada kita adalah perpaduan, justeru semua parti komponen mesti sahut benda ini. Tak pernah pun mana-mana Menteri atau Perdana Menteri sejak merdeka menutup sekolah Cina. Ini tidak bermakna perpaduan dalam konteks pembinaan jati diri bangsa yang majmuk boleh kita ambil mudah. Saya ingatkan kepada Presiden GERAKAN dan MCA yang dahulunya kedua-dua mereka adalah bekas Ketua Pemuda parti sewaktu saya menjadi Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN), perkara sebegini sudah dibincangkan waktu kita Pemuda lagi dan ia bukan satu perkara baharu, tetapi paling penting, bagaimana kita mahu menanganinya.
S: Apakah sudah terlewat untuk membangkitkan isu sekolah vernakular ini kerana mungkin ia sudah lama berakar umbi ataupun perwakilan perlu fokus kepada usaha memperkasakan sekolah kebangsaan?
J: Itu sudah pasti kita lakukan kerana sekolah kebangsaan adalah aliran yang mana mereka mesti menerimanya. Cara bagaimana kita ingin memperkasakan adalah agenda berterusan. Ketika saya menjadi Menteri Pendidikan dahulu, saya pastikan makmal komputer berada dalam keadaan sempurna. Jika pada peringkat awal cikgu takut hendak pegang komputer atau komputer riba, tetapi kita teruskan juga kerana ia adalah sebahagian daripada proses pemerkasaan. Selain itu, kita perlu tengok isu bahasa. Bahasa Kebangsaan perlu diperkasakan kerana ia adalah alat perpaduan kaum.
S: Berbalik kepada soal usul dengan mewujudkan satu pasukan khas, bagaimana kita mahu menepis fitnah bahawa kementerian yang ada berkhidmat untuk UMNO?
J: Tak payah tepis sebab itu realiti kerana kita berkhidmat kepada semua pihak. Sesiapa sahaja yang ada teguran termasuk daripada parti komponen sekalipun kita tidak pernah sekat untuk buat teguran, tetapi biarlah teguran itu konstruktif dan tidak berkisar kepada pertimbangan politik atau agenda lain sebaliknya untuk kepentingan rakyat yang pelbagai. Isu perumahan, isu keselamatan negara termasuk ancaman di Lahad Datu (Sabah) dan isu kumpulan militan negara Islam (IS) yang menular di Asia Barat sebagai contoh.
Realitinya, apabila anak orang Syria tidak dapat ke sekolah sudah tujuh tahun, apa lagi mahu ditanya mereka pasal aliran sekolah jika keselamatan tidak terjamin. Bukan setakat tidak boleh ke sekolah, berapa juta kini rakyat Syria menjadi pelarian menagih simpati dan belas ihsan negara lain.
S: Veteran meminta supaya jurucakap pada perhimpunan nanti diberi kebebasan untuk bersuara dan mengkritik parti secara berhemah. Apakah sebelum ini UMNO menyekat kebebasan bersuara pada sesi perbahasan?
J: Dalam UMNO mana kita boleh sekat. Sebenarnya ia tidak berlaku. Ketika saya menjadi Ketua Pemuda UMNO, saya ditegur secara terbuka. Ini adalah pentas biasa dan bukan untuk kita menyekat, cuma jangan kita sekadar hendak tunjukkan yang kita ini hebat dan cuba meraih sokongan dalam Perhimpunan Agung. Teguran biarlah berhemah bukan semata-mata untuk menidakkan seseorang pemimpin. Itu saya tidak setuju. Dalam UMNO, mustahil kita ingin menyekat apa yang mereka ingin perkatakan.
S: Bagaimana UMNO memanfaatkan ruang dan peluang ketika pakatan pembangkang berdepan kepincangan dan krisis yang berlanjutan?
J: UMNO perlu menyedarkan orang ramai bahawa banyak pandangan dan serangan yang ditujukan kepada UMNO, namun kita lihat pihak lawan lebih teruk lagi. Tuduhan berkaitan rasuah dan salah guna kuasa misalnya. Di Selangor sahaja kita boleh tengok apa yang sebelum ini dilabelkan kepada UMNO akhirnya terpalit kepada mereka sendiri. Jadi yang paling penting untuk ahli jangan terlalu bertahan dan perlu menyedarkan orang ramai bahawa pembangkang lebih teruk lagi. Cakap tidak serupa bikin dan terbukti apa yang dilemparkan terhadap UMNO dahulu adalah separuh benar. Hari ini jelas mereka melakukan perkara sama, apa yang mereka tidak panggil kita, Firaun, kafir, nepotisme, salah guna kuasa, tetapi ada bekas Menteri Besar sebuah negeri jika tidak akur dengan permintaan pembangkang dipecat daripada parti, apakah ini bukan salah guna kuasa?
S: Bagaimana penerimaan golongan muda terhadap UMNO?
J: Saya tidak pernah putus asa. Kita perlu menjiwai mereka dan kena memahami golongan muda ini. Ada banyak segmen, ada yang terdidik, menganggur dan ada yang sudah bekerja. Begitu juga yang profesional, yang tinggal di luar bandar mahupun dalam bandar termasuk juga anak muda yang belajar di luar negara serta dalam negara. Kita perlu ada satu formula yang boleh meyakinkan semua golongan muda ini. Kebetulan mereka sekarang berada pada zaman yang mendapat banyak pendedahan, lebih teliti dan 'perubahan generasi' yang terpaksa dihadapi dunia. Lihatlah apa yang berlaku di Hong Kong dan juga di Ukraine. Semua itu anak muda yang berasakan diri mereka terpinggir dan banyak berkisar kepada kedudukan ekonomi mereka. Itu dibincang dalam usul kita dan parti melalui kerajaan, cuba memenuhi sebaik mungkin apa yang terbuku dalam hati anak muda mengikut segmen masing-masing. Tugas mendekati orang muda tidak boleh disandarkan kepada Pemuda dan Puteri kerana ini tanggungjawab semua lapisan kepemimpinan.
S: Adakah setakat ini peranan media sosial banyak membantu UMNO?
J: Bukan mudah, kerana orang suka baca dan tertarik dengan perkara sensasi yang disiarkan dalam laman sosial. Tetapi jika kita cakap pasal kelangsungan kita, ataupun perkara penting, tetapi mungkin tidak sensasi, tidak mengkritik dan mencemuh pemimpin, tidak mengadakan video tertentu, mereka tidak peduli. Kadangkala kelakar juga, di media sosial tikar terbang boleh sampai ke Rumah Putih. Tetapi itu semua tidak menentukan jatuh bangunnya negara kita, tidak menidakkan keselamatan negara. Nasib kita memimpin dalam keadaan sekarang, tetapi masa Datuk Onn Jaafar, Tun Abdul Razak Hussein, Tun Hussein Onn dan Tun Dr Mahathir Mohamad mungkin cara mereka berbeza. Cara kita untuk mendepaninya pada masa ini penting untuk survival anak cucu kita.
S: UMNO membuka ruang kepada pemimpin Kelab UMNO Luar Negara berbahas pada perhimpunan agung, apakah sebenarnya harapan parti daripada kumpulan ini?
J: Saya secara peribadi berharap mereka dapat menyuarakan dan berkongsi dengan perwakilan pengalaman ketika di luar sana. Mungkin ramai yang datang dari Mesir dan negara itu sudah berubah pucuk pimpinan, tetapi hari ini tidak selesai juga masalah negara itu. Mungkin ada Kelab UMNO dari Asia Barat yang lain boleh menceritakan mengenai apa yang berlaku di Libya ataupun Iraq, namun kemelut negara itu tidak selesai juga. Mungkin pelajar kita yang belajar di Eropah boleh berkongsi apa yang mereka lihat di Ukraine, demonstrasi jalanan yang menyebabkan 100 anak muda ditembak mati, kerajaan jatuh dan sekarang ini berperang dengan Russia pula sehinggakan angka korban mencecah lebih 6,000 orang. Semua itu realiti dunia yang kadangkala ahli kita di sini tidak perasan.
S: Dalam menelusuri perjuangan, UMNO tidak terlepas daripada pelbagai kritikan termasuk daripada Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri. Bagaimana UMNO melihat kritikan daripada bekas pemimpin parti itu sendiri?
J: Saya lihat (Tun Dr) Mahathir adalah orang yang tidak lokek dengan teguran sejak dahulu lagi, tetapi saya hendak mengingatkan bahawa tidak ada seseorang ataupun puak tertentu mempunyai monopoli kepada penyelesaian bagi perkara yang kita hadapi hari ini. Setakat teguran membina kita terima secara terbuka, tetapi teguran yang tidak diterima majoriti kepemimpinan, bagi saya itu adalah pandangan peribadi mereka, tidak semestinya pandangan ramai. Alhamdulillah, majoriti ahli UMNO, majoriti rakyat Malaysia tidak terikut-ikut dengan pandangan sebegitu. Seperti beliau (Tun Dr Mahathir), dahulu Presiden kita dan beliau sendiri ketika memimpin dahulu tidak terkecuali daripada serangan dan kritikan orang ramai. Jika beliau boleh terima kritikan, kita pun boleh terima, tetapi biarlah dalam perspektif sebenarnya. Jangan lebih daripada itu. Bukan perkara baharu menerima kritikan daripada ahli, tetapi jangan kita terikut-ikut dengan kritikan itu sehingga kita menang sorak kampung tergadai. Perkara ini bukan kita tidak pernah lalui, malah kita sudah lalui pun ketika Tun Dr Mahathir memimpin dahulu.

0 Komentar untuk " Isu sekolah vernakular, Akta Hasutan ditangani secara bijaksana "