[VIDEO] WALAUPUN baru setahun jagung bekerja di Projek Tanaman Nanas, Kawasan Pertanian Tuan Seh, Sedili Kecil, Kota Tinggi, Johor, Muhammad Adam Ramesh Abdullah, 36, mengakui banyak ilmu mengenai pertanian berskala besar yang menggunakan teknologi tinggi yang dia dapat.
Apa yang dia lakukan sekarang berbeza dengan kerjayanya sebelum ini. "Awal-awal kerja dulu, pihak syarikat mengadakan bengkel dan kursus mengenai cara penanaman nanas kepada pekerja baru supaya kami memahami penggunaan mesin. Ini bagi mempercepatkan dan memudahkan kerja. Kami juga diajar perihal mengurus dan mengendalikan ladang, serta cara untuk memasarkan buah nanas.
"Siapa yang tidak mahu bergaji tetap, memang baik mendapat gaji setiap bulan sekarang. Saya bersyukur jika sebelum ini, pendapatan saya tidak menentu dan kerja pun kadang kala ada kadang kala tiada tapi sejak saya menjadi 'ahli keluarga' ladang ini saya tidak perlu risau lagi.
Tiap-tiap bulan ada gaji dan saya sendiri tidak perlu risau untuk berbelanja," kata anak kelahiran Gemas, Negeri Sembilan ini.
Menurutnya, dia melihat perkara ini sebagai perkara positif dan perlu untuk dipelajari memandangkan pengetahuan yang melibatkan teknologi tidak mudah diperoleh.
Sejak setahun enam bulan yang lalu, rutin harian Lim Szu Sim, 64 atau jolokan mesranya, Uncle Lim mula berubah. Jika sebelum ini mata pencarian adalah dengan melakukan
kerja-kerja kampung, tetapi sejak menjadi penyelia di ladang ini dia perlu tiba tepat pada waktunya.
Di samping itu juga, dia turut terlibat dengan aktiviti menanam sulur pokok nanas dan perlu memastikan sistem pengaliran air ke seluruh batas berjalan lancar.
Tingkat taraf hidup Jumlah gaji minimum RM1,300 sehingga RM1,500 (maksimum) dan ditambah pula dengan pemberian elaun bekerja lebih masa dan dividen pastinya sesuatu yang boleh menarik minat masyarakat yang tinggal di sekitar kawasan ladang.
Dahulunya, sebahagian penduduk Kampung Sedili Kecil bekerja sendiri seperti bercucuk tanam secara kecil-kecilan, turun ke laut sebagai nelayan, menjual ikan, bertukang dan sebagainya.
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) melalui Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Mempertingkatkan Pembangunan Luar Bandar melihat
ini sebagai inisiatif menaikkan taraf hidup penduduk di kawasan ini.
Tambahan pula, tanah di kawasan ini sesuai dengan tanaman nanas. Menurut Setiausaha Bahagian Kemajuan Tanah dan Wilayah KKLW, Mohd Shafie Jusoh, Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) iaitu agensi di bawah KKLW berperanan dalam penyediaan 300 ekar tanah untuk tanaman nanas.
Sementara itu, Pengurus Pertanian dan Industri Asas Tani KEJORA, Ahmad Kamal Ariffin menjelaskan, dalam projek tanaman nanas ini, KEJORA mengharapkan syarikat peneraju
dapat menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan memandangkan kebanyakan penduduk sekitar kawasan ini mempunyai pendapatan yang tidak menentu.
Projek tanaman nanas ini telah meringankan beban dengan memastikan pendapatan yang diperoleh adalah secara tetap dan bukannya hanya untung bila ada barang. Seperti nelayan, menjelangnya musim tengkujuh langsung tidak dapat turun ke laut berikutan tingginya ombak di laut.
Projek yang dilakukan ini pasti diterima ramai memandangkan faedah yang diperoleh adalah untuk semua pihak.
Tembusi pasaran luar Pengarah ERGOBUMI Sdn Bhd, Patrick Teoh Gim Hooi berkata tanaman nanas adalah mudah dan sesuai dengan iklim panas dan lembap sepanjang tahun.
"Setakat ladang ini dibuka, kami mempunyai kira-kira enam pekerja tempatan dan akan ditambah dari semasa ke semasa sebaik prasarana yang dijangka siap tahun 2016.
"Penggunaan teknologi tinggi membantu memudahkan proses penanaman dan penggredan buah. Hasil buah nanas di atasplot tanah fasa pertama seluas 1 ekar (0.4 hektar) sudah dituai pada Ogos sehingga Oktober lalu dan dianggarkan sebanyak 30 tan metrik hasil tuaian, sekali gus menunjukkan nanas jenis MD2 ini mendapat permintaan tinggi di pasaran,"
katanya.
Menurutnya lagi, semua hasil tuaian pertama ini adalah untuk dipasarkan dalam negara terlebih dahulu. Nanas ini dijual di pasar borong dan boleh juga didapati di semua pasar raya besar seperti Tesco dan Giant seluruh Malaysia dengan jenama Jauhar dan Rompine.
Tanah berkeluasan 307.75 ekar (121.41 hektar) ini terletak kira-kira 40 kilometer dari Bandar Penawar dibangunkan dengan tanaman nanas jenis MD2. MD2 adalah nanas kacukan yang dihasilkan oleh Institut Penyelidikan Nanas di Hawaii.
Projek tanaman nanas ini di bawah Program Pelaksanaan Pasaran Premium Buah dan Sayur Segar (EPP 7) Program Kampung Abad ke-21, KKLW. Sebuah program yang dilihat bersepadu dan komprehensif dalam menghapuskan kemiskinan luar bandar melalui peningkatan pendapatan dan kualiti hidup selain mempercepatkan pembangunan di kawasan mundur, terpencil dan terbiar.
Banyak perubahan positif dirasai penduduk Kampung Sedili ini, daripada tidak mempunyai pekerjaan tetap sebagai pekerja di ladang nanas, mereka kini mampu tersenyum bangga dengan apa yang dilakukan.
Anak-anak mereka juga bersekolah dengan tenang, tidak ada lagi ibu bapa yang malumalu meminta belas ihsan cikgu untuk membayar ansuran yuran
persekolahan semuanya mampu dilangsaikan secara cepat.

0 Komentar untuk " Gaji tetap, pendapatan meningkat "