Analisis Isu "1.Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia, PasMa akan jadi parti politik apabila tiba masanya. Nama PasMa mencuri roh dan berkat PAS. Akta Pertubuhan tidak membenarkan pendaftaran parti politik dengan dua nama yang sama, maka tambah Ma. Jadi PasMa. Orang kampung pun beranggapan PAS-lah itu. Macam UMNO, tubuh UMNO Baru. UMNO-lah itu walaupun UMNO sebenarnya telah tiada.
2. Pakatan Rakyat akan kalah kerana ‘Persatuan’ PasMa.
PasMa terus menimbul kecelaruan dalam PR. Rakyat hilang kepercayaan terhadap PR kerana PasMa. Ini kerana PasMa menjadi punca terdedahnya isu-isu dalaman parti-parti dalam PR. Apabila PasMa menyerang Presiden dan ulama dalam kepimpinan PAS maka PAS terpaksa menjawab untuk membersihkan nama dari fitnah-fitnah yang tak berkesudahan. Saling jawab-menjawab dan tuduh-menuduh inilah nantinya menghakiskan keyakinan rakyat. Penyokong dan pengundi atas pagar akan mengalih undi kepada BN.
Kewujudan PasMa juga telah menyebabkan PAS, PKR dan DAP saling berprasangka? Prasangka ini akan merebak sehingga ke peringkat akar umbi. Bolehkah nanti penyokong saling membantu dan memberi undi ketika pilihanraya?
Selain itu, timbul pula masalah dalam pemilihan calon. Ahli yang jelas menjadi talibarut PasMa kemungkinan besar tidak akan terpilih untuk bertanding. Sekali lagi hakisan undi akan berlaku kerana mereka akan guna pengaruh mereka untuk memboikot calon-calon PAS. Malah mereka mungkin akan menikam PAS dari dalam ketika PRU14.
Dua situasi ini ini akan mengganggu kemenangan PAS. Apabila bilangan kerusi yang dimenangi PAS berkurang maka bermakna kerusi yang dimenangi oleh PR juga berkurang. Dalam keadaan PR mantap ketika menghadapi PRU13 pun kita masih gagal ke Putrajaya, inikan pula dalam keadaan PR bermasalah. Masakan prestasi PR lebih baik daripada PRU13?
3. PR akan kalah kerana ‘Parti’ PasMa.
Ada dua kemungkinan yang berlaku. Pertama, PasMa sebagai komponen PR. Kedua, PasMa sebagai rakan PR. PKR dan DAP akan terima PasMa sebagai sebuah parti komponen. Di sini ada dua senario; sama ada PAS sanggup kekal dalam PR atau PAS berada di luar PR kerana ditendang keluar atau menarik diri. Kalau PAS kekal dalam PR, PAS tetap bertanding mengikut status quo. Lagipun, PasMa tidak layak bertanding kerana tiada satu kerusi pun PasMa mempunyai akar umbi yang kukuh. PasMa tidak mempunyai cawangan-cawangan yang meyakinkan untuk menggerakkan kerja piliharaya mereka. Maka wajarkah mereka menuntut kerusi daripada PAS? Bagaimanakah pula sikap PKR dan DAP jika PasMa menuntut kerusi mereka?
Andai PAS berada di luar PR dan bertanding bersendirian, berlaku lagi dua situasi iaitu sama ada diwujudkan persefahaman dalam meletak calon agar tetap berlaku pertandingan 1 lawan 1 atau pertandingan 3 penjuru, BN vs PR vs PAS. Kalau pertandingan 1 lawan 1 pun, pembangkang tetap kecundang kerana hilang keyakinan rakyat dan perpecahan undi kesan prasangka tadi . Rakyat tidak akan yakin PR dapat memerintah dengan baik walaupun PR mendapat kerjasama daripada PAS. Rakyat sedar bahawa kerjasama yang longgar tidak baik untuk rakyat dan negara. Kerajaan yang dibina atas ranting yang rapuh akan berantakan bila-bila masa.
Apalagi kalau berlaku pertandingan 3 penjuru, peluang pembangkang untuk memenangi lebih banyak kerusi berbanding PRU13 amat tipis. Ini bermakna BN akan terus kekal berkuasa kerana kewujudan PasMa. Jelasnya, PasMa menghancurkan harapan rakyat dan yang lebih mendukacitakan ialah mereka sanggup menggagalkan kemenangan Islam.
Pandangan ini bukanlah datang dari pakar strategi atau tokoh analisis politik menara gading. Ini hanyalah teori picisan daripada pondok kampung. Kalau ada suatu sudut yang bernilai, ambillah untuk mengembalikan kekuatan Pakatan Rakyat seperti dulu. Sebelum terlambat. Ditujukan nasihat ini kepada DS Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng dan mungkin juga Khalid Samad serta Pahrolrazi. Andaian kalian mengatakan PasMa menguatkan PR adalah SILAP. Saksikan.
"
................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: BayangDiAir
0 Komentar untuk " DSAI, LGE: PR Kekal Sebagai Pembangkang Kerana PasMa "