Dewan Ulama tegur PKR, DAP 'serang' Hadi - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Dewan Ulama tegur PKR, DAP 'serang' Hadi

Dewan Ulama PAS hari ini menegur pemimpin pembangkang daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP yang "menyerang" Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana didakwa gagal menghadiri mesyuarat majlis pimpinan pusat pakatan parti pembangkang itu.

Pemangku ketua dewan ulama PAS Datuk Ahmad Yakob berkata jika benar mereka mahu membangkitkan isu berkenaan, rakan strategik PAS itu boleh menyalurkannya melalui forum dalaman pakatan berkenaan.

"Tidak comel kita bangkitkan perkara yang boleh menimbulkan keraguan di kalangan ahli dalam Pakatan Rakyat.

"Kita boleh selesai secara peringkat dalaman kerana kita ada forum di dalamnya (untuk meluahkan pendapat)," kata Ahmad, yang juga Menteri Besar Kelantan kepada pemberita selepas melawat Pameran Ular di Muzium Negeri di Kota Baharu.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan Negeri Datuk Md Anizam Abdul Rahman dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Negeri Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan.

Berikutan serangan terhadap Abdul Hadi (kiri) itu, seorang demi seorang pimpinan PAS tampil mempertahankan beliau.

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilaporkan berkata "perkara bodoh untuk memaksa seseorang yang sakit hadir dalam mesyuarat".


Related Post

0 Komentar untuk " Dewan Ulama tegur PKR, DAP 'serang' Hadi "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ