SEORANG pembesar negeri berkata: “Sejak kecil saya diberitahu setiap pokok mengandungi banyak air. Jadi apabila awak ditakdirkan berkuasa satu hari nanti, jaga-jagalah pokok-pokok.” Beliau tersenyum, dan menambah, “sekarang saya dapati mustahil menentang budaya.”
Jelas sekali, maksudnya ialah beliau tidak berdaya menahan pokok-pokok di hutan dan pinggiran dari ditebang, baik untuk maksud perdagangan atau penginapan. Perbuatan begitu sudah lama berlaku, dari era ke era, dari zaman ke zaman.
Pokok yang mengandungi air mengalami prosesnya. Airnya sentiasa disedut oleh solar (cahaya matahari), menjadi awan dan turun sebagai hujan. Pada satu masa ia menyedut karbon dioksida demi pertumbuhannya, dan mengeluarkan oksigen untuk pernafasan manusia dan haiwan. Bayangkan sebuah kawasan luas yang pernah dipenuhi tumbuh-tumbuhan tiba-tiba menjadi gondol. Ini dengan sendirinya memberhentikan proses itu. Takungan air akibat hujan lebat sudah tidak terkawal kerana akarnya yang meluas, melebar dan mendalam sudah tidak boleh menyedut air itu lagi. Akibatnya: ladungan banjir. Inilah yang berlaku di Cameron Highlands (CH) baru-baru ini.
Kali akhir saya berkunjung ke CH ialah 2012 selepas 14 tahun. Sebelum itu, sejak 1960-an hingga tahun 2000, ia tidak banyak berubah. Kelapangan pada pemandangan dan geografi amat terasa. Banglo-banglo era kolonial British kelihatan seperti segalanya berada di luar bandar England. Pada umumnya, bergerak dengan kereta atau berjalan kaki adalah sesuatu yang amat senang. Kini ia sangat berbeza, seperti malam dengan siang. Rasa kesesakan di Kuala Lumpur, Kuantan, Kuala Terengganu, Ipoh, Pulau Pinang, Alor Star dan Klang menyamai CH, terutama pada hari Ahad dan cuti.
CH dijumpai Sir William (Bill) Cameron, seorang petugas British, pada tahun 1885. Cepat CH menjadi popular untuk pegawai-pegawai British berehat kerana kedinginannya hampir sama dengan musim bunga dan musim gugur di Britain (England, Scotland, Wales dan Ireland). Kini penduduknya kira-kira 40,000. Di tambah dengan pengunjung tiap-tiap hari, hujung minggu dan ketika percutian sekolah, prasarananya yang terbatas membuatkannya mengalami kemacetan. Penumpuan begini menggalakkan pendatang baharu, justeru mengheret golongan pekedai dan peniaga.
Ia seperti pertumbuhan tempat dan kota-kota baru di barat Amerika Syarikat dalam abad 19, yang kita sering tonton dalam filem-filem Cowboy (genre Western), cara hidup yang mula-mulanya tidak terkawal diaturkan dengan undang-undang dan penguatkuasaan sehingga segalanya terkawal. Akhirnya ia menjadi budaya di bawah ‘law and order’ (undang-undang dan kerukunan) seperti yang wujud kini. Tidak mungkin kota-kota cowboy St Louis, Kansas City, Sioux Falls, Laramie, Santa Fe, Tuscon dan banyak lagi menjadi kota-kota menarik tanpa budaya begitu. ‘Law and order’ itu sudah wujud di CH sejak zaman Bill Cameron lagi, 130 tahun dulu.
Ada satu kisah benar yang membuatkan CH menjadi bertambah terkenal di seluruh dunia. Pada tahun 1967, Jim Thompson yang terkenal dengan panggilan Raja Sutera Thailand hilang ghaib dalam kehijauan CH. Beliau datang berehat di CH dalam bulan Mac 1967. Beliau tidak kelihatan lagi tiga hari kemudian. Berpuluh anggota polis dan pihak keselamatan, dengan kerjasama berpuluh orang sakai, menyikat rapi bukit-bukau dalam radius 100 batu (150km), namun beliau tidak ditemui.
Jim bukan calang-calang orang. Lulusan Ivy League AS – Universiti Preston dan Universiti Pennsylvania – beliau seorang petugas penting AS dalam Perang Dunia Kedua. Sebelum Jepun menyerah, beliau menyertai kumpulan yang bertapak di India untuk membebaskan Thailand dari naungan Jepun. Bila perang tamat, Jim berada dalam suasana yang amat baik di Bangkok, lalu memulakan industri sutera dari hanya peringkat keluarga kepada sebuah industri moden antarabangsa. Ini memerikan kesayangan Thailand kepada Jim. Empat puluh tujuh tahun kemudian, kini, kehilangannya tanpa tanda dan bekas merupakan satu misteri dunia yang amat pelik.
Sir Bill Cameron meletakkan asas CH. Lapan puluh tahun kemudian, Jim ‘Raja Sutera Thailand’ mendapati sesuai berehat di dada CH. Kini, CH mengalami krisis budaya. Akibat terkejut, ‘mayat Bill dan Jim terbalik dalam kubur,’ kata ungkapan Inggeris.
Tan Sri Adam A Kadir ialah mantan Presiden Senat

0 Komentar untuk " Bill & Jim di Cameron Highlands "