KALAU kita faham dan percaya teori persekongkolan (conspiracy theory), Kunta Kinte rasa banyak orang tidur tak lena, makan tak lalu.
Di negara kita pun, khususnya dalam media sosial, kecenderungan ke arah teori ini makin merebak. Macam-macam teori konspirasi yang babitkan orang itu dan ini dikarang bagi menerangkan sesuatu hal atau kejadian.
Contoh paling jelas adalah teori-teori bersabit kehilangan penerbangan MH370 pada 8 Mac lalu. Nak salahkan orang yang buat teori pun tak boleh juga. Memang kehilangan MH370 satu misteri hebat.
Teori konspirasi
Di Barat pula, penulis dan penerbit filem dah lama jadikan teori konspirasi sebagai bahan cerita menarik yang hasilkan jualan berbilion dolar. Pendek kata teori konspirasi dah jadi industri besar. Bila orang tanya Kunta Kinte, apa teori Kunta Kinte berkenaan MH370, Kunta Kinte kata, Kunta Kinte ada dua teori.
Pertama, kapal terbang itu digunakan oleh pihak-pihak tertentu untuk seludup senjata rahsia yang sangat dahsyat kuasanya. Mereka guna teknologi kawalan jarah jauh (remote control) untuk 'rampas' pesawat itu.
Kita semua tahu, sistem kawalan jarak jauh dah lama digunakan dengan meluas oleh pihak tentera dan agensi perisik. Amerika guna pesawat tanpa pemandu yang dipanggil 'drone' untuk bom sasaran di merata dunia. Tentera udara kita pun ada dua atau tiga jenis sawat udara tanpa pemandu (UAV).
Sama ada pesawat MH370 itu mendarat di satu tempat rahsia dan disembunyikan atau dijatuhkan ke laut, kargo rahsia itu sampai ke tempat tujuannya.
Kedua, kapal terbang itu bawa kargo yang sangat berharga yang boleh jejaskan ekonomi dunia kalau diketahui, misalnya jongkong emas. Katakan ada orang atau pihak yang berniat jahat tahu mengenai muatan emas itu dan mereka 'rampas' MH370 dan jatuhkannya di satu tempat yang mereka saja tahu. Bila orang tak tengok, mereka pergi ambil emas itu.

Emas sangat penting
Emas sangat penting dalam penentuan nilai mata wang sesebuah negara. Lagi banyak rizab emas bank pusat sesebuah negara, lagi kuatlah mata wang negara itu. Kalau dunia tahu, nilai duit negara yang jual emas itu akan jatuh manakala nilai duit negara yang beli akan naik.
Masalahnya, dalam ekonomi dan perdagangan antarabangsa, tidak ada negara yang mahu mata wang mereka naik atau turun dengan mendadak sebab akan jejas eksport dan import mereka. Jadi kalau emas mereka hilang, dah tentu mereka akan rahsiakan.
Kemudian baru-baru ni dibuat pula pameran sentuh anjing. Macam-macam cerita keluar sampai ulama dan cerdik pandai Islam bertegang leher. Ada yang kata haram orang Islam sentuh anjing. Ada kata boleh dan ada kata makruh.
Yang peliknya, ramai pula orang Islam kata mereka nak sangat sentuh anjing. Macamlah kalau tak sentuh anjing tak sempurna hidup mereka. Ada yang kata anjing 'cute' (comel), anjing manja dan macam-macam alasan lagi. Maka ramailah remaja Islam yang tutup aurat berlumba-lumba sentuh anjing.
Dalam dunia Kunta Kinte, anjing dan babi perkara biasa. Kunta Kinte membesar pada zaman babi peliharaan jiran Cina berkeliaran dalam kampung dan orang Melayu pelihara anjing untuk jaga kampung. Tak ada masalah, tak ada isu dan tak ada kontroversi.
Kunta Kinte tak kata tujuan penganjur pameran itu nak timbulkan kontroversi atau nak uji reaksi orang Islam. Mungkin ia pameran biasa sebab sekarang ini pelihara binatang kesayangan (pets), khususnya anjing dan kucing, dah jadi perniagaan besar.
Cuma bila jadi kontroversi, terlintas di fikiran Kunta Kinte kemungkinan adanya unsur teori konspirasi.
Seolah-olah ada pihak nak uji dan ukur pendirian orang Islam dengan cara halus (subtle).
Hasilnya cukup menarik. Kalau kerana sentuh anjing pun orang Islam berbeza pendapat dan berbalah apatah lagi dalam hal-hal yang lebih besar. Jadi jelaslah macam mana mudahnya nak lagakan orang Islam dan orang Melayu di negara kita ini.
Apa kata di kalangan orang bukan Islam di negara ini ada yang berniat jahat terhadap Islam? Kunta Kinte tak berani kata mereka sengaja buat pameran itu untuk uji reaksi dan pendirian orang Islam. Yang jelas ialah daripada apa yang berlaku, memang mudah nak pecah-belah orang Islam. Cuit sikit saja dah melatah.
Mudah dipengaruhi
Maaf cakaplah kalau Kunta Kinte kata, orang Melayu dan orang Islam di Malaysia ni mudah sangat dipengaruhi, dihasut dan diperkotak-katikkan. Dah jadi macam orang bodoh.
Kunta Kinte dah pegang anjing, kena jilat anjing dan masuk kandang babi. Kunta Kinte melawat dan pernah tumpang rumah orang kafir. Mereka bela anjing. Mereka bela babi. Mereka simpan anjing dalam rumah. Kalau tersentuh atau kena jilat, kita samak saja la. Susah sangat ka nak samak?
Tapi yang tergila-gila nak sentuh dan peluk anjing tu pasal apa? Tak cukup sentuh dan peluk, ambil gambar dan sebar satu dunia pula. Kadang Kunta Kinte pun dah tak berapa pasti apa yang ada dalam kepala orang Islam di Malaysia ni. Dulu orang yang tak boleh berfikir, kita kata, otak dia otak belacan. Takut-takut lebih teruk daripada belacan. Wallahuaklam.
0 Komentar untuk " Teori konspirasi sentuh anjing "