ANJING, babi, arak, judi, perbuatan tidak bermoral dan kenyataan berbaur rasis adalah antara isu utama yang mudah menjadi ‘bola tanggung’. Di negara kita, perkara seperti ini sudah menjadi pengetahuan umum.
Sedikit kesilapan dan ketelanjuran, bertalu-talu kecaman, teguran, perdebatan dan fatwa akan menyusul, yang dalam beberapa kes dan keadaan, berakhir dengan tindakan undang-undang.
Dalam tempoh setahun dua tahun ini sahaja sudah banyak kes begini yang menjadi isu panas hingga menjadi polemik secara meluas, dengan setengahnya untuk kepentingan politik, sementara setengahnya pula berakhir dengan dakwaan di mahkamah.
Kes pesta bogel, isu individu menunjukkan aksi anjing berwuduk, pasangan yang berkelakuan tidak senonoh dan memaparkan kata-kata menghina agama di laman sosial dan pesta arak adalah antara isu yang menarik perhatian dan mencetuskan kemarahan, hingga membawa kepada tindakan-tindakan pihak berwajib.
Apakah masih belum sampai masanya bagi kita semua menjadikannya pengajaran supaya kita lebih berhati-hati dalam apa yang mahu kita lakukan secara terbuka?
Kes terbaharu adalah kes program anjuran orang perseorangan, ‘I Want to Touch a Dog’ di Bandar Utama, Petaling Jaya, tiga hari lalu.
Tidak perlulah rasanya saya mengupas mengenai program itu sebab sudah diperkatakan secara begitu meluas di dalam akhbar dan laman sosial.
Sejak hari ia dianjurkan, program itu menerima kritikan banyak pihak, termasuk mufti-mufti dan pendakwah serta komen yang menyokong daripada individu .
Ada yang menyifatkan perbuatan menyentuh anjing tanpa sebab munasabah sebagai haram, ada yang beranggapan ia mahruh sementara ada pula pihak yang menganggapnya mubah.
Saya kira kenyataan yang dibuat oleh Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad, memberi impak yang kuat kepada ramai, sama ada yang menganjur program atau yang menyertainya.
Beliau memberitahu Sinar Harian, perbuatan sengaja menyentuh anjing adalah haram kerana haiwan itu najis mughalazoh (berat) dan menyentuh anjing dengan sengaja bertentangan dengan mazhab Syafie.
Penganjur acara itu dan umat Islam yang sentuh binatang itu pada program berkenaan, katanya, perlu bertaubat kerana jelas mempersendakan hukum ALLAH.
Namun, apa yang menjadi fokus dalam komen mereka adalah matlamat program itu diadakan dan kesan daripada penganjurannya.
Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria berpendapat program itu mungkin dianjurkan oleh golongan Islam liberal yang tidak mempedulikan hadis, sementara Ustaz Mohd Kazim Elias turut tidak setuju umat Islam sentuh anjing tanpa sebab perlu.
Bertegang leher, apa lagi menuding jari selepas sesuatu itu sudah terjadi patutnya boleh dielakkan jika pihak berkaitan berhati-hati.
Penganjurnya sudah pun menyatakan dia mengadakan program itu untuk membantu orang ramai, terutama masyarakat Islam, mengatasi rasa takut kepada anjing.
Dia juga dikatakan sudah mendapat keizinan pihak berkuasa agama.
Di sinilah rasanya timbulnya kekeliruan.
Apakah keizinan yang diberi pihak berkuasa itu mengehadkan program itu kepada penerangan mengenai hukum menyentuh anjing sahaja atau pun merangkumi tindakan umat Islam yang hadir untuk menyentuh binatang itu selepas penerangan tersebut.
Apa sebenarnya yang terkandung dalam penerangan diberi pada program itu?
Daripada apa yang saya difahamkan, ustaz yang diundang untuk memberi penerangan di awal program itu sudah menjelaskan bahawa umat Islam tidak dibenarkan menyentuh anjing tanpa sebab yang perlu.
Perkara sebenarnya hanya diketahui oleh pihak yang memberi izin dan penganjurnya dan kita perlu mendengar dahulu penjelasan daripada kedua pihak berkenaan supaya tidak ada pihak dipersalahkan secara tidak adil.
Setakat ini ramai yang masih tidak tahu dengan jelas apa yang sebenarnya berlaku dalam proses permohonan dan keizinan antara pihak penganjur dan pihak berkuasa yang meluluskan penganjuran program itu.
Setakat yang difahamkan, kelulusan yang telah diberikan itu dikatakan tidak menyalahi peraturan. Jadi di mana silapnya?
Apa pun, masalah yang berlaku berikutan penganjuran program ‘I Want to Touch a Dog’ ini biarlah menjadi pengajaran kepada pihak berkuasa dan mereka yang mahu menganjurkan sesuatu program di masa depan. Mereka perlu mengkaji segala sudut yang perlu dalam proses permohonan dan kelulusan supaya program yang diadakan berjalan dengan baik, tanpa menimbulkan perasaan tidak selesa dalam kalangan masyarakat, apa lagi hingga boleh menghina agama.

0 Komentar untuk " Sentuh anjing: Di mana silapnya? "