Pemimpin politik beragama Islam yang sokong program sentuh anjing diminta bertaubat kepada Allah, kata Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 Oktober, 2014.
Dewan Ulama PAS Pusat menggesa pemimpin politik beragama Islam yang menyokong acara "I Want to Touch A Dog" bertaubat kepada Allah kerana memberikan contoh yang buruk kepada masyarakat.
Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, acara berkenaan jelas satu agenda liberalisme yang cuba memberi tafsiran baharu kepada hukum Islam.
“Dewan Ulama PAS Pusat menegaskan kepada pemimpin politik Islam yang memuji dan menggalakkan penganjuran program seumpama itu agar bertaubat kepada Allah dan jangan dimulakan suatu ikutan yang tidak baik kepada masyarakat Islam.
“Percubaan untuk mempromosi syariat salah dengan dipelopori orang Islam sendiri menerusi agenda yang dilabelkan dengan label yang lunak hakikatnya adalah agenda liberalisme untuk meliberalkan hukum-hakam Islam,” katanya dalam satu kenyataan kepada Utusan Malaysia.
Gesaan itu dibuat selepas Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar pada Ahad melalui laman Twitter mengucapkan tahniah kepada penganjur dan mereka yang hadir ke acara berkenaan.
“Islam juga mengenai kasih sayang. Tahniah Syed Azmi (penganjur) dan semua yang hadir” katanya menerusi laman sosial itu merujuk kepada Syed Azmi Alhabshi.
Khairuddin berkata, hukum-hakam dalam Islam tidak boleh diamalkan berdasarkan nafsu dan ia perlu berlandaskan kepada dalil dan pandangan ulama muktabar.
Katanya, hadis yang sahih dengan jelas menyatakan haram membela anjing kecuali untuk menjaga ternakan atau berburu.
“Ia hanyalah dalih untuk meliberalkan amalan syariat umat Islam.
“Hukum Islam tidak diamalkan berdasarkan nafsu untuk mencari yang mudah tetapi untuk mencari pendapat yang terkuat dengan dalil terkuat berdasarkan penilaian ulama muktabar,” katanya seperti disiarkan akhbar itu. – 23 Oktober, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pas-seru-pemimpin-islam-sokong-acara-pegang-anjing-bertaubat#sthash.TyrglDZR.dpuf

0 Komentar untuk " PAS seru pemimpin Islam sokong acara pegang anjing bertaubat "