ORANG ramai dilihat akan membeli emas sebelum Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dilaksanakan April 2015 sebagai pelaburan mereka.
Pengarah Urusan Habib Jewels Sdn Bhd (Habib), Datuk Meer Habib berkata emas merupakan pelaburan masa depan dan orang ramai akan membelinya sebelum GST dilaksanakan.
“Industri barangan kemas dalam negara tahun ini, stabil dan kami turut menjangkakan penghujungnya akan lebih baik terutamanya apabila orang ramai mula berfikir untuk membeli emas sebelum GST dilaksanakan.
“Oleh itu, kami menjangkakan jualan Habib akan meningkat sebanyak 20 peratus menjelang beberapa bulan sebelum pelaksanaan GST sama seperti yang berlaku di negara lain apabila memakai sistem GST,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran rasmi Ice Watch di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Meer turut berkata, Habib sudah bersedia sepenuhnya untuk menghadapi sebarang situasi sebelum dan selepas GST dilaksanakan buat pertama kali dalam negara.
“Apa yang kami lakukan adalah menyediakan diri secukupnya seperti memperkenalkan produk dengan rekaan terbaharu pada harga yang sangat berpatutan kepada pembeli kami.
“Kami juga cuba mengurangkan kos pengeluaran dalam memberi harga berpatutan kepada pembeli Habib walau selepas GST dilaksanakan,” katanya.
Buat masa ini syarikat barangan kemas tempatan Habib mempunyai 32 cawangan seluruh negara dan bakal membuka dua lagi cawangan sehingga hujung tahun ini.
“Selepas ini kami akan membuka cawangan Habib bersebelahan dengan Pandora serta Ice Watch dalam satu kawasan yang memakan pelaburan sehingga RM10 juta bagi ketiga-tiganya,” katanya.

0 Komentar untuk " Orang ramai akan beli emas sebelum GST "