PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta orang ramai supaya bertenang berikutan insiden letupan bom yang mengakibatkan 14 orang cedera di Kompleks Sun di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada pagi Khamis.
Zahid berkata, polis sedang menyiasat insiden itu dan beliau sedang menunggu laporan perkembangan berhubung insiden daripada pihak polis.
"Mereka sedang menyiasat. Polis akan mengeluarkan kenyataan," katanya selepas mengadakan perhimpunan kementerian di sini, Khamis.
Dua wanita merupakan antara 14 yang cedera termasuk warga China dan Singapura.
Empat kereta turut rosak dalam kejadian yang berlaku pada pukul 4.30 pagi apabila satu bom tangan meletup di hadapan sebuah pub di kompleks berkenaan.
KUALA LUMPUR: Seramai 11 mangsa letupan bom di Jalan Bukit Bintang masih dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini.
Ada di kalangan mereka adalah pekerja sebuah kelab malam dan pelancong yang mengalami kecederaan parah dan ringan.
Mangsa terdiri daripada lima warga tempatan, empat orang warganegara China, Thailand (1) dan Singapura (1).
Antara mangsa yang disahkan setakat ini adalah seperti berikut:
1.Lim Soon Hock - Malaysia
2.Teoh Keow Meng -Malaysia
3.Yaw lee Hock -Malaysia
4.Revindran chitavelu-Malaysia
5.Jasu -Thailand
6.Wong Kim Teng -Singapura
7. Ma Yunfeng -China
8. Yong Jiaqin -China
9. Tiong Kwang Yie-Malaysia
0 Komentar untuk " Letupan Bom: 11 Mangsa Masih Dirawat Di HKL "