DALAM usaha memenuhi tanggungjawab sosial dan korporat syarikat, Platinum Oil & Gas Sdn Bhd (PO&G) akan menjadikan usahawan di bawah naungannya sebagai usahawan Islam yang berjaya.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Suhaimi Hashim berkata, apa yang dilakukan oleh PO&G adalah untuk memberi manfaat kepada masyarakat melalui kebaikan yang diterapkan.
“Pertama, dengan penggunaan minyak pelincir PO&G pengeluaran karbon monoksida dan hidro dapat dikurangkan kerana teknologi yang diguna pakai adalah teknologi geseran dan ia mesra kepada alam sekitar.
“Kedua, pengguna boleh berjimat dengan penggunaan produk PO&G kerana ia merupakan alternatif kepada kenaikan harga bahan bakar,” katanya ketika ditemui pada Majlis Seminar Jom Jadi Usahawan Muslim Platinum Oil 2014 di Shah Alam, baru-baru ini.
Menurutnya, pengguna, pengedar dan ejen PO&G pula akan mendapat manfaat dan keberkatan daripada jualan dan pembelian produk memandangkan urus niaga yang dijalankan tidak mempunyai sebarang unsur yang mengelirukan, malah merupakan
produk tempatan yang berteknologi tinggi.
“Sudah menjadi objektif PO&G untuk melahirkan usahawan yang berusaha dan berani mengambil risiko bagi mendapatkan pekerjaan serta meningkatkan ekonomi diri dan keluarga mereka.
“Pasaran perniagaan minyak pelincir bernilai RM200,000 setahun dan pengguna Muslim merupakan yang paling tinggi sekali dalam negara ini iaitu meliputi 60 peratus,” katanya.
Mengulas berhubung jumlah ejen PO&G, Suhaimi berkata, buat masa ini hampir 200 ejen yang berdaftar dan memasarkan produk PO&G kepada pengguna.
Seminar Jom Jadi Usahawan Muslim Platinum Oil 2014 ini merupakan anjuran kali kedua oleh PO&G yang dihadiri hampir 150 orang usahawan.

0 Komentar untuk " Lahirkan usahawan Islam berjaya "