MINGGU lalu, Malala Yousafzai, 17, menjadi penerima Anugerah Kedamaian Nobel yang termuda dan wanita Islam ke-3 selepas Shirin Ebadi, bekas hakim dan aktivis demokrasi Iran (2003) dan Tawakel Abdel-Salam Karman, bekas wartawan dan ahli politik Yaman (2011). Beliau adalah orang ke-2 dari Pakistan yang menerima anugerah berprestij ini.
Termasuk beliau, sudah 11 tokoh beragama Islam yang menjadi penerima, termasuk pengasas Bank Grameen Muhammad Yunus (Bangladesh, 2006), bekas Naib Presiden Mesir Mohamed El-Baradei (Mesir, 2005), pemimpin Palestin Yasser Arafat (1994) dan Presiden Mesir Anwar al-Sadat (1978).
Pada bulan ini, dua tahun lalu, Malala diserang beberapa lelaki Taliban ketika berada di dalam bas kecil yang membawanya dan beberapa pelajar perempuan ke sekolah di Lembah Swat, Pakistan.
Malala ditembak tiga das oleh Taliban yang dikenali sebagai Ataullah Khan, ahli kumpulan yang sebelum ini membunuh rakan bapanya. Sebiji peluru Colt .45 masuk di mata kirinya dan keluar di bahu kiri. Turut tertembak adalah dua rakannya bernama Shazia (tangan kiri) dan Kainat Riaz (lengan kanan).
Ekoran pembedahan yang dilakukan di Pakistan dan Britain, Malala dapat diselamatkan. Tapi kesan tembakan itu menyebabkan sebahagian tengkoraknya pecah. Beberapa kepingan tengkorak dimasukkan ke dalam perutnya oleh pakar bedah atas keperluan perubatan. Satu penutup besi dicipta untuk melindungi bahagian otaknya daripada terdedah.
Mengingati peristiwa itu kemudiannya, Malala memberitahu dia sedang memikirkan ulang kaji sekolah ketika ditembak.
Seingatnya, dia tidak terdengar tembakan selain bunyi “chop, chop, chop, drip, drip, drip” seperti leher ayam dipotong dan darah menitis. Kesan pembedahan, bagaimanapun, mencacatkan mukanya, menyebabkan dia tidak boleh senyum, mulutnya senget, mata kirinya terbenjol, separuh kepalanya tidak berambut dan tidak boleh mendengar di telinga kiri. Setelah dua tahun, keadaannya semakin pulih.
Ramai percaya dia menjadi sasaran Taliban kerana sering berkempen bersama bapanya, Ziauddin, untuk pendidikan kanak-kanak dan hak wanita. Ziauddin ialah pengasas Sekolah Kushal di Lembah Swat, yang mana 70 peratus di bawah kawalan Taliban. Namun, pihak Taliban menafikan.
Jurucakapnya mengesahkan Malala ditembak kerana sering memburukkan Taliban dan menyerang dasarnya ketika berceramah merata tempat. Pada dunia luar, Malala adalah pejuang keamanan dan hak asasi malah pernah dibandingkan dengan Mother Teresa.
Di mata Taliban, Malala adalah ejen CIA, pembodek Amerika Syarikat serta pengamal budaya Barat yang jahil dan haram, justeru mesti dihukum.
Taliban marah kerana Malala pernah sebut Barack Obama sebagai ikonnya (bersama bekas Perdana Menteri Pakistan, Benazir Bhutto dan pemimpin tempatan, Khan Abdul Ghaffar Khan).
Di sekolah, Malala ialah pelajar, penulis dan pemidato yang baik. Selain mengikuti pengajian Islam dan sejarah Pakistan, bahasa Pushtun dan Inggeris, Kimia, Biologi, Fizik dan Matematik, Malala juga meminati novel Inggeris seperti Romeo and Juliet, Oliver Twist dan Wonderful Wizard of Oz. Beliau juga suka menonton rancangan TV seperti Masterchef dan Ugly Betty.
Ketika berucap di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, New York tahun lalu, Malala berkata: “Islam adalah agama keamanan, kemanusiaan dan persaudaraan.
Tapi bagi puak Taliban, Tuhan adalah entiti yang kecil dan kolot kerana percaya semua kanak-kanak perempuan yang ke sekolah dicampak ke neraka.
Jelas, mereka adalah puak pengganas yang menyalahgunakan nama Islam dan menganiaya masyarakat Pushtun untuk kepentingan peribadi mereka.”
Taliban tidak mewakili Islam.
Tindakan ganas dan jihad yang mereka lancarkan bertentangan dengan agama, sama juga dengan kumpulan Islamic State (IS) di Syria dan Iraq hari ini. Dalam bukunya, I Am Malala (Back Bay Books, New York, 2013), beliau membuat penegasan:
“There seemed to be so many things about which people were fighting. Why are we Muslims fighting with each other? Our people have been misguided.
They think their greatest concern is defending Islam and are being led astray by those like the Taliban who deliberately misinterpret the Quran. We should focus on practical issues.
We have so many people in our country who are illiterate. And many women have no education at all. We live in a place where schools are blown up. We have no reliable electrical supply. Not a single day passes without the killing of at least one Pakistani.” (ms 208)
Walaupun masih muda, Malala menjadi kebanggaan umat Islam. Kisah dan pengalamannya boleh dijadikan iktibar, terutama oleh remaja negara kita.
Lebih penting, mesej dan perjuangannya harus dicontohi. Kita perlu lahirkan remaja kental dan hebat seperti Malala, bukan seorang tapi ramai, dalam usaha memajukan masyarakat, menaikkan imej agama dan membangunkan negara.

0 Komentar untuk " Kita perlu lebih ramai Malala "