SAMA ada kita hendak mengakui atau tidak, umat Islam di negara ini menyambut Maal Hijrah hari ini dalam keadaan berhadapan dengan pelbagai cabaran. Jumlah mereka yang semakin ramai bukanlah sesuatu yang menggerunkan kepada puak-puak yang semakin berani memperlekehkan agama Islam.
Dari semasa ke semasa, ada sahaja isu yang menyinggung sensitiviti umat Islam ditimbulkan, biarpun tindakan itu menerima pelbagai kecaman dan kritikan namun ia tidak ke mana. Puak-puak yang terlibat terus memaparkan keberanian luar biasa.
Kita tidak perlu meraba-raba dalam terang bagi mencari jawapannya, segala-galanya berlaku kerana perpecahan dalam kalangan umat Islam itu sendiri. Senario ini memungkinkan rasa gerun puak tertentu kepada umat Islam semakin luntur.
Allah SWT telah memberi peringatan ini dalam surah Al-Anfal ayat 46 yang bermaksud; “Dan janganlah kamu bebantah-bantah, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu.”
Sememangnya itulah yang berlaku kepada umat Islam sekarang. Kita menjadi lemah akibat perpecahan yang tercetus sehinggakan untuk mempertahankan agama sendiri pun kita berbalah.
Lebih malang lagi, ada dalam kalangan kita lebih melihat keuntungan politik berbanding menjaga kesejahteraan umat Islam dan kesucian agama Islam. Pandangan alim ulama berhubung sesuatu isu diperlekehkan dan ada antara sampai ke tahap menganggap ia pemikiran yang kolot dan tidak sesuai dengan peredaran zaman.
Inilah pandangan mereka berfahaman liberal yang semakin menular dalam masyarakat kita sehingga memungkinkan umat Islam semakin lemah, ditindas dan dipandang rendah oleh kaum-kaum lain.
Malah lebih malang lagi ada pula puak yang dilihat cuba mencabar kesabaran umat Islam dengan menganjurkan program-program yang bertentangan dengan ajaran Islam atas alasan kebebasan di sebuah negara pelbagai kaum.
Kita tidak mendesak umat Islam melakukan pendekatan ekstrem dalam mempertahankan kesucian agama Islam tetapi cukuplah dengan menunjukkan perpaduan yang utuh supaya ia memberi amaran kepada puak-puak tertentu jangan melampaui batas dalam tindakan mereka.
Dalam keadaan apa pun kita yakin kesabaran umat Islam ada had dan batasnya. Mereka selama-lamanya tidak boleh sekadar menjadi pemerhati. Mungkin ada dalam kalangan pihak tertentu yang mengaku beragama Islam akan memihak kepada kumpulan yang melampaui batas tersebut, tetapi ingatlah peringatan Allah SWT dalam surah Ali Imran ayat 118 yang bermaksud; “Mereka menyukai apa yang menyusahkan kamu. Telah nyata kebencian dari mulut mereka, dan yang disembunyikan oleh hati mereka adalah lebih besar lagi.”
Oleh itu, sempena sambutan Maal Hijrah kali ini, ia adalah detik terbaik untuk umat Islam bermuhasabah dan memperbaiki segala kelemahan mereka agar menjadi momentum terbaik untuk mengeratkan silaturahim sesama mereka.
Kembalilah kepada seruan Allah SWT dalam surah Ali Imran ayat 103: “Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali(agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu kerana nikmat Allah, orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya.”
Jadikanlah peringatan Allah SWT itu sebagai amalan dan bukannya dijadikan modal dalam ucapan semata-mata apatah lagi di atas pentas politik kerana percayalah sikap seumpama itu hanya akan mengundang petaka lebih buruk kepada umat Islam pada masa depan.
- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana/jangan-biar-islam-terus-diperlekeh-1.16484#sthash.ZUmA0te5.dpuf

0 Komentar untuk " Jangan biar Islam terus diperlekeh "