Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia Abu Hassan Alshari Yahaya berkata rakyat Malaysia kini menghadapi cabaran kenaikan kos sara hidup dan tidak mempunyai simpanan yang mencukupi untuk persaraan dan hutang isi rumah yang tinggi. – Gambar fail The Malaysian Insider, 13 Oktober, 2014.
Bank Negara Malaysia (BNM) menyeru rakyat mendalami ilmu pengurusan kewangan bagi menangani cabaran kos sara hidup yang kian meningkat.
Penolong Gabenor BNM Abu Hassan Alshari Yahaya berkata rakyat Malaysia kini menghadapi cabaran kenaikan kos sara hidup dan tidak mempunyai simpanan yang mencukupi untuk persaraan dan hutang isi rumah yang tinggi.
Isu-isu seperti ini haruslah diberi perhatian sewajarnya untuk memastikan pengguna tidak mempunyai hutang yang berlebihan yang boleh memudaratkan mereka," katanya ketika merasmikan Bulan Kewangan Berhemat 2014 bertemakan 'Pendidikan Kewangan Untuk Semua', hari ini.
Beliau turut memetik statistik yang dikeluarkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada akhir tahun 2013, iaitu 69% daripada penyumbang KWSP yang berumur 54 tahun mempunyai simpanan yang kurang daripada RM50,000.
"Simpanan sebegitu hanya boleh bertahan untuk lima tahun sahaja, dengan andaian seseorang berbelanja sebanyak RM800 sebulan. Ini adalah membimbangkan memandangkan kos sara hidup yang terus meningkat," katanya.
Turut hadir Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) Mohd Yusof Abdul Rahman.
Bulan Kewangan Berhemat 2014 anjuran Fomca dan Persatuan Bank-bank Dalam Malaysia bertujuan mendidik rakyat tentang cara membangun dan mengekalkan tabiat berbelanja dan pengurusan kewangan yang sihat.
Sementara itu, Mohd Yusof berkata, sepanjang bulan ini, pelbagai program diatur antaranya latihan kewangan untuk kanak-kanak pra-sekolah, pendidikan kewangan bagi eksekutif muda, ceramah kesedaran kewangan di sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi, bengkel kewangan serta pendidikan pelaburan.
Kempen selama sebulan ini selari dengan permasalahan yang dihadapi oleh kebanyakan golongan pekerja muda di negara ini yang gemar berbelanja melebihi pendapatan mereka, menghadapi masalah hutang yang serius dan tiada tabungan untuk masa depan.
Mohd Yusof berkata isu itu disokong oleh kadar hutang isi rumah Malaysia yang meningkat kepada 86.8% pada tahun lepas berbanding 80.5 pada tahun 2012.
"Hutang isi rumah yang berkaitan dengan hutang rumah, kereta, hutang peribadi mencecah sehingga RM704.6 bilion. Oleh itu, kempen seumpama ini amat penting bagi mendidik masyarakat seterusnya melatih mereka menguruskan kewangan," katanya. – Bernama, 13 Oktober, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/dalami-pengurusan-kewangan-untuk-tangani-kenaikan-kos-sara-hidup#sthash.b5C9QP9N.dpuf

0 Komentar untuk " Dalami pengurusan kewangan untuk tangani kenaikan kos sara hidup "