Published: 25 October 2014
Tujuh pasukan petugas dilantik mengkaji Projek Indeks Syariah berhubung pelaksanaan agenda pentadbiran negara berasaskan syariat Islam sebelum dimuktamadkan pada pertengahan Januari 2015.
Ketua Projek Indeks Syariah Datuk Seri Prof Dr Zaleha Kamaruddin berkata selepas kajian tersebut, penyelidik dapat melihat sama ada Malaysia melaksanakan agenda pentadbiran negara berasaskan syariat Islam.
"Kita tidak boleh hanya andaikan sahaja Malaysia melaksanakan pentadbiran negara berasaskan syariat Islam tanpa indeks kajian, selain itu, kita juga akan melakukan perbandingan dengan negara-negara Islam lain untuk melihat di mana letaknya Malaysia sebagai sebuah negara Islam," katanya.
Zaleha yang merupakan Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), berkata demikian selepas majlis Penyerahan Surat Pelantikan Ketua Projek Indeks Syariah oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom kepadanya.
Indeks syariah merupakan parameter bagi mengukur komitmen dan pelaksanaan agenda transformasi pentadbiran negara berasaskan Maqasid Al-Syariah (syariat Islam).
Zaleha berkata kajian projek tersebut dilakukan pakar-pakar dari dalam serta luar negara dan merangkumi pasukan ketua perunding, pakar pengindeksan, pakar disiplin, pakar syariah, pakar dasar, pakar bebas dan urusetia.
"Indeks ini akan dilaksanakan secara perkongsian pintar antara UIAM sebagai perunding utama, Yayasan Dakwah Islamiah Islam Malaysia (Yadim) serta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)," katanya.
Sementara itu Yang Dipertua Yadim Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata selepas selesai kajian itu, pengukuran indeks tersebut akan memasuki fasa audit syariah.
"Ini merupakan proses biasa, bila ada pengukuran mudah pihak ketiga mengaudit," katanya sambil menambah indeks syariah itu juga akan melihat semua aspek pentadbiran negara seperti perundangan, muamalat, pendidikan serta ekonomi.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini mengumumkan pelaksanaan indeks syariah bagi mengukur pencapaian sesebuah negara dalam melaksanakan tuntutan syarak.
Dalam perkembangan lain, Jamil Khir berkata Jakim akan mengadakan pertemuan dengan penganjur program 'I Want To Touch A Dog' dalam masa terdekat bagi mendapatkan penjelasan lanjut mengenai penganjuran program itu.
Tanpa mendedahkan tarikhnya, beliau berkata Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) akan turut serta dalam pertemuan yang akan dilakukan di Ibu Pejabat Jakim.
"Majlis sebegitu sepatutnya menjadi tunjuk ajar bagaimana untuk bertayamum serta batas orang Islam dengan binatang najis mughallazah itu dan kita ingin penjelasan mengapa penganjuran bertukar keadaan," katanya.
Program 'I Want To Touch A Dog' yang berlangsung di Central Park, One Utama dekat Petaling Jaya, Ahad lepas mendapat kritikan pelbagai pihak apabila umat Islam dibenarkan bermesra dan bermain dengan anjing yang dibawa peserta bukan Islam. – Bernama, 25 Oktober, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/7-pasukan-kaji-indeks-syariah-dalam-pentadbiran-negara#sthash.TYAlYLYi.dpuf

0 Komentar untuk " 7 pasukan kaji indeks syariah dalam pentadbiran negara "