PENGLIBATAN artis dan selebriti dalam keusahawanan mampu menarik lebih ramai usahawan baharu menceburi bidang itu, sekali gus membantu kerajaan mencapai sasaran 41 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2020, menerusi sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
Timbalan Pengarah Kanan Kementerian Kewangan Malaysia, Dr Aminuddin Hassim berkata, ini kerana, golongan itu boleh menjadi idola kepada orang ramai terutama anak-anak muda di seluruh negara untuk lebih serius dalam bidang keusahawanan.
“Dari situ, mereka akan mengikuti dan belajar menjadi usahawan. Artis (yang sudah mempunyai perniagaan sendiri) juga boleh menjadi mentor kepada mereka untuk menjadi usahawan yang baik, berhemah, mengikut tatacara serta membentuk rangkaian perniagaan,” katanya selepas Pra Pelancaran Agenda Lokalism di Cyberjaya, baru-baru ini.
Menurutnya, ketika ini sektor keusahawanan menyumbang antara 31 hingga 33 peratus kepada KDNK negara.
Pada majlis itu, Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) Gemilang Usahawan, Zhariff Mohd berkata, Agenda Lokalism adalah kempen untuk meraikan usaha perniagaan, penjenamaan dan usahawan daripada golongan belia tempatan.
“Ia menawarkan pendedahan, peluang dan bantuan pembangunan perniagaan kepada usahawan belia,” katanya.
Agenda Lokalism akan berlangsung dalam program Gabungan Rakan Usahawan Aspirasi Terhebat (Great 2014) di Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC), Cyberjaya selama empat hari bermula 17 September ini.
Great 2014 akan dirasmikan Perdana Menteri dan dijangka menghimpunkan lebih 5,000 usahawan muda.

0 Komentar untuk " Selebriti jadi contoh usahawan PKS "