FAHTUL mengagumkan banyak orang. Tubuhnya sasa, wajahnya tampan, hidungnya mancung, ada iras-iras pelakon Hindustan. Budi bahasanya baik, akhlaknya bersantun. Dia ringan tulang.
Bagi saya ada satu lagi yang mengagumkan tentang pendatang asing dari Bangladesh ini. Dia cepat belajar bahasa Melayu. Mula-mula menjadi jemaah di surau, dia langsung tidak tahu cakap Melayu, kecuali ‘apa khabar’, ‘sudah makan’ dan ‘terima kasih’.
Hari ini, tidak sampai setahun bekerja sebagai buruh binaan di negara ini, dia sudah boleh berkomunikasi dengan baik dalam bahasa tempatan. Kalau sesat di Ulu Tembeling pun orang boleh faham bahasa Melayunya.
Saya petik antara ungkapan yang selalu dicakapkan selepas Maghrib, sementara menunggu masuk waktu Isyak: “Saya suka sini, very good, wang mudah cari, makan ada banyak, people also good-good...”
Fathul hanya satu contoh. Sebenarnya ada beratus-ratus ribu lagi pendatang asing dari berbagai-bagai pelosok bumi – Filipina, Myanmar, India, Pakistan, dan lain-lain – yang cepat memahami dan membiasakan diri dengan bahasa Melayu @ bahasa Malaysia.
Bagi orang asing, tidak kira apa pekerjaan dan profesion, mereka berusaha untuk bercakap bahasa Melayu. Baru sebulan dua tiba di bumi bertuah ini, mereka – sama ada yang masuk sah atau tanpa izin – sudah pandai bertutur bahasa Melayu.
Malang sekali – lagi amat memalukan! – ramai orang kita, lahir dan membesar sebagai warganegara sah, tidak tahu bercakap Melayu. Sudah 57 tahun hidup, makan dan berak di sini, masih tidak tahu bahasa Melayu.
Sekiranya bahasa Melayu dijadikan antara kayu ukur kecintaan terhadap negara merdeka ini, bolehkah orang-orang ini dianggap tidak cinta kepada tanah air?
Sudahlah ada sekian banyak warga negara sendiri tidak tahu bahasa Melayu, ramai yang tahu pun malu menuturkan bahasa tersebut. Contoh, pengumuman umum di pusat-pusat beli-belah selalu menggunakan bahasa Inggeris. Hendak memberitahu kenderaan menghalang laluan pun guna bahasa asing. Macamlah orang kita tidak faham bahasa Melayu!
Selalu saya hadir dalam mesyuarat dan taklimat mengenai satu-satu program kementerian atau jabatan. Baik pemberi taklimat, wakil-wakil kementerian atau jabatan, dan seratus peratus yang hadir, semuanya orang kita.
Percaya atau tidak, seratus peratus taklimat disampaikan dalam bahasa Inggeris. Kalau ada yang berani bertanya dalam bahasa Melayu, jawapan tetap diberi dalam bahasa lain. Ertinya, kerajaan pun tidak menghormati bahasa Melayu!
Syarikat-syarikat korporat, termasuk yang berkaitan dengan kerajaan atau ‘GLC’, usah dikira lagi; semua urusan dibuat dalam bahasa Inggeris. Bagi mereka orang korporat, termasuk yang makan belacan dan mulut bau petai pun, mesti guna bahasa Inggeris. Bagi mereka bahasa Melayu tidak ada nilai ekonomi.
Maka tidak menghairankan apabila iklan-iklan korporat mesti diselitkan istilah Inggeris, sebab jika semua perkataan Melayu, tidak ada ummph. Satu iklan produk syarikat berkaitan kerajaan menggunakan kata-kata ‘Lagi Best’. Satu lagi iklan korporat menyebut ‘Untuk Lebih Owesome!’
Saya pernah terpandang satu kain rentang untuk mengiklankan kawasan tempat makan atau medan selera, tertulis perkataan ‘Mahkamah Makanan’. Ini terjemahan dari perkataan Inggeris ‘Food Court’. Mungkin yang mengiklankan ini terlalu bodoh, mungkin juga dia sengaja menghina bahasa Melayu.
Dulu-dulu, sekiranya orang bertanya apakah bahasa rasmi negara ini, saya akan menjawab, “bahasa Melayu”, seperti yang termaktub dalam perlembagaan. Tetapi sekarang bahasa rasmi kita ialah “bahasa rojak”. Maaf, bukan perlembagaan yang berubah, tetapi kebodohan yang menukar segala-galanya.
Bahasa rojak menjadi bahasa pilihan kebanyakan stesen radio dan TV. Rancangan-rancangan popular radio dan TV, termasuk program agama, mesti menggunakan bahasa Melayu yang dicampur aduk dengan bahasa Inggeris.
Hatta, para pemimpin dan menteri kita – termasuk menteri Melayu – turut megah bercakap bahasa rojak, baik dalam majlis mahu pun dalam TV: “Semua orang tahu we have done the best untuk membantu golongan ini, but then bukan mudah untuk melihat kejayaan. It will take time...”
Saya boleh terima sekiranya Fahtul bercakap bahasa rojak. Tetapi amat memalukan sekiranya bahasa Melayu menteri kita sendiri sama taraf, atau lebih buruk, daripada abang Bangla.

0 Komentar untuk " Masih rojak setelah 57 tahun "