HARAPAN yang diletakkan di bahu Wan Rosdi Wan Ibrahim, 57, bukan ringan. Beliau menjadi taruhan Pas untuk merebut kembali kerusi Dun Pengkalan Kubor dari BN selepas rakan komponen dalam PR, PKR gagal memenangi kerusi tersebut dua penggal berturut-turut.
Kini, semua mata tertumpu kepada Wan Rosdi, yang juga Setiausaha Pas Tumpat untuk memberikan kemenangan kepada PR dan Pas khususnya, dalam pertembungan tiga penjuru dengan BN dan Bebas. Ikuti wawancara Sinar Harian bersama Wan Rosdi yang menyentuh harapan dan perjuangan beliau sekiranya memenangi PRK Pengkalan Kubor.
Apa perasaan saudara apabila buat pertama kali disahkan sebagai calon Pas bagi PRK ini?
Pertamanya terima kasih kerana sudi mewawancara saya. Kebiasaannya dalam Pas, apabila kita diberi amanah menggalas sesuatu tanggungjawab, kawan-kawan jemaah (parti) akan mengucapkan takziah dan kemudiannya tahniah.
Takziah diucapkan kerana beban amanah yang bakal dipikul dan tahniah pula diucapkan kerana mendapat kepercayaan jemaah. Apabila kawan-kawan mengkhabarkan bahawa saya adalah calon Pas bagi PRK ini, sukar juga untuk mempercayainya kerana Pas Tumpat mempunyai ramai ahli yang berwibawa untuk menggalas amanah ini.
Pernah saudara bercita-cita untuk menjadi wakil rakyat?
Tidak pernah terlintas. Sebelum ini, saya ditugaskan sebagai Penyelia Dun untuk berkhidmat kepada penduduk Pengkalan Kubor mewakili kerajaan Kelantan.
Adakah saudara mempunyai strategi sendiri selain yang diaturkan oleh parti bagi menawan hati pengundi?
Keutamaan saya ialah strategi yang diaturkan oleh parti, namun saya juga berusaha untuk berjumpa dengan pengundi seramai yang mampu dan insya-ALLAH sehingga tamat waktu berkempen nanti, saya akan berjumpa secara peribadi dengan setiap pengundi dalam Dun Pengkalan Kubor bagi mendapatkan maklumat semasa rakyat dan merasai denyut nadi mereka.
Apakah prinsip saudara dalam berpolitik?
Islam. Melaksanakan prinsip kepimpinan dan pembangunan masyarakat serta negara berteraskan syariat Islam.
Apakah agenda utama yang ingin saudara bawa sekiranya menang dalam PRK ini?
Insya-ALLAH jika ditakdirkan saya menang dalam PRK ini, saya akan mencuba dengan sedaya upaya untuk menjaga kebajikan rakyat dan meneruskan kelangsungan pembangunan di Pengkalan Kubor.
Umum mengetahui, penyandang Adun sebelum ini, Datuk Noor Zahidi Omar dikatakan pemimpin yang mempunyai pengaruh dan disukai dalam Dun Pengkalan Kubor. Adakah anda bersetuju?
Tidak setuju. PRU12 yang ditandingi oleh Allahyarham mendapat 49.3 peratus undi daripada jumlah pengundi yang keluar mengundi dan PRU13 ialah 53.4 peratus.
Calon BN seorang ustaz. Adakah anda berasa tergugat dengan status calon berkenaan?
Pada PRU13 lalu menyaksikan calon ustaz dari BN di Dun Bunut Payong, Meranti dan Pasir Tumboh tewas kepada calon Pas.
Adakah anda mengatakan calon ustaz lebih baik?
Setiap manusia ALLAH ciptakan ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.
Adakah anda merasakan calon Bebas mampu 'kacau undi’ kedua-dua pihak?
Pengundi Pengkalan Kubor telah memberikan jawapannya pada PRU13 yang lalu.
Pendirian anda mengenai isu dalaman yang melanda PR hari ini selain isu kelompok dalam pimpinan Pas?
Perbezaan pendapat antara pemimpin adalah perkara biasa dan insya-ALLAH, saya percaya ianya dapat diselesaikan di dalam Muktamar (Tahunan Pas ke-60 yang berakhir, kelmarin).

0 Komentar untuk " 'Kepimpinan Islam prinsip saya' "