BAHANG Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) N01 Pengkalan Kubur kian terasa bahangnya terutama bagi yang berada sekitar Tumpat. PRK yang diadakan berikutan kembalinya ke Rahmatullah Ahli Dewan Undangan Negeri yang mewakili Barisan Nasional sejak tiga penggal lalu iaitu Allahyarham Datuk Norzahidi Omar. Memang Dun Pengkalan Kubur ini bolehlah dianggap kubu Barisan Nasional sejak zaman berzaman.
BN hanya kalah pada 1990 iaitu tahun Pas mengambil alih Kelantan. Selepas dari itu BN terus utuh walaupun ada ketikanya majoriti kemenangan undi BN berkurangan kepada 100 undi pada 2008.
Namun disebabkan ketokohan Allahyarham, BN tetap berjaya menambat hati rakyat dengan pelbagai khidmat bakti cemerlang beliau sehinggalah ke hari ini. Sebab itulah pucuk pimpinan BN mengambil masa yang agak lama daripada kebiasaan untuk memilih calon yang terbaik bagi meneruskan segala khidmat cemerlang Allahyarham.
Akhirnya calon yang diumumkan YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Presiden Umno ialah seorang anak tempatan yang mempunyai latar belakang amat menarik, Ustaz Mat Razi Mat Ail.
Beliau bekas pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Tumpat, berkelulusan Sarjana Muda Sejarah dan Persuratan Melayu daripada Universiti Kebangsaan Malaysia. Lebih menarik lagi apabila beliau juga menekuni ilmu agama melalui tradisi pondok dengan Tuan Guru Haji Wan Mat Jal Besar hampir 13 tahun.
Dinamika Ustaz Mat Razi lebih terserlah kerana beliau turut aktif dalam Umno sebagai Ahli Jawatankuasa Pemuda Umno Tumpat sehinggalah menjadi Ahli Jawatankuasa Bahagian Tumpat dengan mendapat undi kedua tertinggi.
Keterampilan beliau dalam kalangan masyarakat bukan sahaja dalam arena politik, bahkan dalam khidmat agama seperti menjadi imam sambilan di Masjid Simpangan hinggalah kejayaan mengasaskan pondok di atas tanah wakaf sendiri di Kampung Simpangan. Menariknya semua pelajar yang belajar di sini ditanggung sepenuhnya oleh beliau atas semangat amal jariah yang tinggi. Sebab itulah gelaran ‘Ustaz’ amat sinonim dalam kalangan masyarakat sekeliling yang rata-rata pernah menjadi anak murid kepada Ustaz Mat Razi.
Malangnya Pas sejak penamaan calon sudah mula melakukan serangan-serangan peribadi terhadap Ustaz Mat Razi, antara lainnya mendakwa Ustaz Mat Razi bukanlah seorang yang berkelayakan mendapat gelaran ‘ustaz’. Bahkan memperkecilkan dan memperlekeh usaha khidmat bakti beliau mengasaskan sekolah pondok yang didakwa hanya mengajar qiraati.
Lebih mendukacitakan apabila ada yang tergamak memperlekeh pemakaian serban Ustaz Mat Razi dengan mengumpamakannya sebagai ‘orang yang pakai serban tapi berseluar pendek’.
Persoalannya, apakah ini cerminan akhlak Islam bagi sebuah parti yang mendakwa berjuang untuk Islam? Islam tidak sesekali mengizinkan cemuhan mahupun memperkecil sebarang usaha yang dilakukan oleh orang lain.
ALLAH SWT memberikan isyarat ini dengan jelas melalui firmanNya dalam Surah Al-Hujurat ayat 11: “Wahai orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (daripada kalangan lelaki) meremeh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, kerana mungkin yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka... Dan janganlah kamu mengatakan keaiban sesetengahnya yang lain dan jangan memanggil-manggil antara satu sama lain dengan gelaran yang buruk”.
Demikianlah prinsip akhlak yang digariskan Islam. Sebab itulah dalam keghairahan berkempen bagi memenangkan calon yang hendak dinobatkan sebagai wakil rakyat, adalah amat tidak wajar untuk seseorang melangkaui batasan akhlak dan prinsip aqidah Islamiah.
Apatah lagi jika yang melakukannya penceramah-penceramah di kalangan pemimpin utama parti yang berlabelkan Islam. Sudah tentu beban tanggungjawab menjaga nama baik Islam itu lebih tinggi bagi mereka yang berkecenderungan menjadikan label Islam sebagai alat pelaris jualan bagi memasarkan produk parti.
Kempen pilihan raya bukan sekadar pesta malam hari yang berkumandang suara-suara bersemangat pemidato-pemidato cuba meyakinkan pengundi, bukan medan melepaskan geram dan menanam perasaan benci, juga tidak seharusnya menjadi pentas adu-domba dengan alunan cacian, apatah lagi menjual ayat-ayat suci ALLAH bagi meraih sokongan undi. ALLAH memberikan amaran yang keras: Dan janganlah kalian menjual ayat-ayat-Ku dengan harga yang rendah (Al-Baqarah:41)
Mudah-mudahan akan berlakulah penjernihan budaya politik yang pastinya penentu kepada kekuatan ummah secara adil dan saksama.

0 Komentar untuk " Caci-maki bukan akhlak Islam "