Masa untuk karya Osterhammel - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Masa untuk karya Osterhammel

TUGAS mengikuti perkembangan ahli-ahli politik dan isu politik semasa bukanlah suatu perkara yang mudah dan boleh memudaratkan kesihatan. Ini kerana arus perkembangan politik di seantero rantau berlaku terlalu pantas dan tiada kesudahannya.

Kadangkala saya berasakan diri ini dicorakkan oleh berita-berita terkini yang disiarkan rangkaian media tempatan mahupun antarabangsa.

Sementara itu, ada juga berita-berita hangat yang terus muncul setiap selang beberapa jam, contohnya dalam situasi politik di Indonesia kini: Apakah kesan daripada tindakan Prabowo Subianto memfailkan bantahan ke Mahkamah Perlembagaan terhadap keputusan Pilihan Raya Presiden pada Julai lepas?

Siapakah menganggotai Kabinet pertama yang akan dibentuk oleh Joko Widodo (Jokowi), calon yang telah diumumkan sebagai pemenang Pilihan Raya Presiden 2014.

Melihat pada perkembangan politik setempat pula: mengapakah Pakatan Rakyat seakan-akan berada di kancah perpecahan oleh kerana pertikaian dalam isu penggantian Menteri Besar Selangor?

Adakah DAP dan PKR akhirnya akan berjaya menyingkirkan Khalid Ibrahim? Bagaimanakah reaksi Pas?

Kesemua isu politik yang terus muncul dan berlarutan ini kadangkala menyebabkan kepala saya pening dan runsing.

Kitaran berita berlaku cukup pantas. Maklumat terkini terus muncul berganti-gantian setelah diimbas dan dikaji.

Malah, saya berasakan satu-satunya cara untuk melupakan seketika lambakan berita-berita yang muncul ini adalah dengan menutup telefon bimbit dan mendapatkan tidur yang baik.

Mengambil kira segala aspek-aspek ini, tidak hairanlah jika kita menjadi sangat keliru.

Saya telah menemui sebuah buku menarik yang berkait rapat dengan perkembangan isu politik yang terus berlarutan. Buku itu bertajuk The Transformation of the World: A Global History of the Nineteenth Century yang ditulis seorang ahli akademik Jerman, Jurgen Osterhammel.

Sememangnya, karya tulisan beliau sangat mengagumkan.

Sebelum ini, saya menganggap karya Tolstoy bertajuk War and Peace merupakan penawar kepada lambakan maklumat yang terus membanjiri media-media tempatan.

Jadi, apakah yang menjadikan karya Osterhammel ini sangat menarik?

Sebagai permulaan, anda boleh mencederakan mana-mana ahli politik yang menjengkelkan dengan melempar buku setebal 1,160 halaman ini kepada mereka.

Selain itu, Osterhammel menolak pembelajaran sejarah yang meminggirkan pemikiran secara kritis seperti yang diterapkan di sekolah. Sebaliknya, beliau mempersembahkan konsep secara pendekatan, panorama dan tema menerusi perbandingan, analogi, dan hubungan antara setiap peristiwa yang berlaku.

Melalui cara ini, beliau menggabungkan penceritaan dan menerangkan bagaimana konsep ruang dan masa pada abad ke-19 telah diubah selaras dengan perubahan zaman.

Penyeragaman kalendar, masa dan waktu Greenwich telah membentuk sebuah sistem yang teratur dan padat dalam kehidupan seharian, dilengkapkan lagi dengan penambahbaikan dalam kartografi, pembancian, malah dalam fotografi.

Sebagai seorang ahli akademik yang berpengalaman dan memiliki pengetahuan mendalam tentang China, Osterhammel telah menghuraikan tentang sejarah dan budaya Asia dalam karyanya. Dengan itu, buku tersebut tidaklah terlalu fokus pada sejarah Anglo-Saxon.

Malah, sumber rujukannya juga cukup mendalam di mana ia meliputi pelbagai topik daripada isu letusan Gunung Tambora di kepulauan Sumbawa di Indonesia hinggalah kepada perbandingan konsep perhambaan di negara jajahan Portugis, selatan Amerika Syarikat dan Tanjung Afrika.

Ditambah dengan penyelidikan yang berkualiti dan menyeluruh, ia mengingatkan kembali kepada sejarah ulung yang ditulis sejarawan terkemuka, Braudel.

Biarpun cara penulisan beliau yang mengandungi pelbagai unsur falsafah neo-Teutonic agak mengelirukan, saya jarang menemui sebuah karya yang cukup mendalam dan bermakna seperti ini.

Ini adalah salah satu sebab mengapa saya berasakan buku ini sangat menarik untuk dibaca.

Hasil karya Osterhammel yang ini telah mengingatkan saya kepada fakta di mana kehidupan dan sejarah kolektif kita adalah lebih bermakna daripada pertelingkahan antara ahli-ahli politik.

Ahli-ahli politik di Malaysia dan Indonesia harus bertanya pada diri: bagaimana mereka mahu dikenang dalam sejarah.

* Karim Raslan ialah seorang kolumnis dan  penganalisis politik di Asia Tenggara. Dokumentarinya boleh ditonton di:http://www.youtube.com/user/KRceritalah

Related Post

  • Pecah dan perintah MALAYAN Union dihancurkan dan kemerdekaan dicapai kerana Melayu Islam bersatu-padu. Baru 58 tahun saja bebas, agak se…
  • Pemimpin harus melarat untuk umat PONDOK Pesantren (atau Ponpes) Sunan Drajat di Lamongan, yakni kawasan pesisiran pantai Jawa Timur adalah yang tertua…
  • Ultra kiasu dan masjid HAMPIR dua minggu berada di Tanah Suci, bersama 48 rakan lain, menjadi tetamu Raja Saudi, termasuk bos Sinar Harian, …
  • Pemikiran politik multi-kaum TAJUK artikel ini adalah berdasarkan cadangan saya di forum bertajuk “Dilema Kepemimpinan Politik Melayu” anjuran Ins…
  • Baru puasa sudah beraya! *ADA orang terlalu awal mengutus kad Selamat Hari Raya! Khamis, hari pertama Ramadan, ketika keletihan selepas solat …
0 Komentar untuk " Masa untuk karya Osterhammel "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ