KEMENTERIAN Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) berharap penyertaan dalam Pameran Halal Feista (Halfest) 2014 akan membantu membangunkan ekonomi di luar bandar.
Menterinya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, kegiatan ekonomi luar bandar perlu ditingkatkan selain usaha menaiktarafkan infrastruktur di kawasan berkenaan.
"Terdapat banyak peluang dan potensi perniagaan yang besar boleh dibangunkan di luar bandar seperti herba dan rumpai laut.
"Jika ia diterokai akan membawa kepada perniagaan yang mampu menjana pendapatan lumayan kepada masyarakat dan negara," katanya pada Majlis Pelancaran Halfest 2014 di Putrajaya, semalam.
Mengulas berhubung pasaran halal negara, Mohd Shafie berkata, sehingga kini terdapat sebanyak 116 syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terlibat dalam menghasilkan produk halal sama ada di peringkat tempatan mahupun di antarabangsa.
Menurutnya, pihaknya berharap jumlah itu dapat ditingkatkan pada masa akan datang.
Mohd Shafie berkata, sijil halal yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah diiktiraf di peringkat global seperti Australia dan Eropah.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Shapers Malaysia Sdn Bhd, Mohd Shukri Abdullah selaku penganjur Halfest berkata, Halfest adalah platform PKS untuk memperkenalkan produk mereka serta bersaing di pasaran tempatan dengan lebih terancang.
Menurutnya, penglibatan KKLW kali ini secara tidak langsung membantu meringankan beban golongan usahawan kecil luar bandar yang memerlukan bantuan meningkatkan keupayaan produk mereka di pasaran.

0 Komentar untuk " KKLW bantu usahawan "