PENGHINAAN dan luahan benci terhadap agama, kaum, pemimpin negara dan institusi raja-raja, termasuk Yang di-Pertuan Agong, semakin menjadi-jadi di media sosial.
Banyak pihak termasuk NGO, pemimpin politik dan pendukung moderat yang melahirkan rasa kesal dan marah terhadap pihak berwajib kerana dilihat tidak bertindak tegas atau cepat terhadap pesalah.
Ada yang memberi amaran peristiwa buruk boleh berlaku jika tindakan pihak Peguam Negara dan polis tidak berkesan terhadap mereka yang tidak bertanggungjawab, malah dilihat bermaharajalela di media sosial.
Bentuk penghinaan termasuklah ungkapan dan memberi gelaran yang buruk bertujuan menjatuhkan martabat, memalukan atau menaikkan kemarahan kaum tertentu dan penganut agama lain. Ada juga dalam bentuk lakaran, gambar dan mengguna teknik superimpose untuk mengaibkan individu atau pihak yang dihina.
Selama berabad-abad, Islam dan umatnya difitnah dengan pelbagai cara. Satu imej yang biasa ditayang ialah gambar Nabi Muhammad SAW memegang kitab al-Quran di satu tangan dan sebilah pedang yang terhunus di tangan lain.
Tujuannya untuk menggambarkan Islam dikembangkan secara militan dan mereka yang ditawan dipaksa menjadi Muslim. Imej Islam yang militan ini muncul sejak abad ke-17 lagi. Ia dari buku yang ditulis paderi Anglican bernama Humphrey Prideaux (1648-1724) yang mendakwa Muhammad adalah seorang nabi palsu.
Dalam bukunya The True Nature of Imposture Fully Diplay’d in the Life of Mohamet, beliau mendakwa beberapa surah dalam al-Quran diciplak daripada sumber Kristian dan Yahudi.
Beliau membuat dakwaan sedemikian kerana Islam tidak terima konsep Tri-Tunggal dan membuat tanggapan bahawa Muhammad tidak menerima wahyu daripada ALLAH SWT melalui malaikat Jibrail. Buku beliau popular di Eropah, kemudian dicetak di Amerika Syarikat dan dijual di Connecticut pada 1784 dan Vermont pada 1798.
Seawal abad ke-12, penghinaan terhadap Islam telah berlaku secara konsisten dan terancang. Ahli teologi Katolik menuduh Nabi Muhammad SAW sebagai ‘AntiChrist’ yang disebut dalam Bible. Orang Kristian menganggap hanya agama mereka yang benar, justeru ajaran Nabi Muhammad bahawa Islam adalah agama terakhir dan pelengkap adalah tidak benar.
Mereka juga tidak terima Muhammad sebagai Rasulullah, malah menganggapnya penyamar.
Para teologis Kristian menolak persamaan tradisi dengan Islam, padahal Islam menerima persamaan sejarah dengan agama Kristian malah menganggap orang Kristian dan Yahudi asal sebagai ahlul-kitab.
Golongan Protestan Eropah pada abad 16 menyebar dakyah bahawa Islam adalah ‘rekaan’ Muhammad, yang mendapat idea daripada pelbagai sumber.
Manakala seorang paderi Protestan berbangsa Jerman, Martin Luther (1483-1546) menghina Islam apabila berkata ‘AntiChrist’ (yang digambarkan sebagai haiwan berkepala dua) merujuk kepada Pope (bagi umat Katolik) dan Sultan Uthmaniyyah.
Kebencian Luther terhadap Islam mungkin didorong hakikat bahawa kerajaan Uthmaniyyah telah berkembang sebagai empayar apabila berjaya menawan Eropah Timur pada abad 14, kota Constantinople (kubu kerajaan Kristian Byzantine) pada 1453, Hungary pada 1526 dan kota Vienna (1529 hingga 1683).
Manakala seorang lagi paderi Protestan berbangsa Inggeris, John Foxe (1516-1587), menulis buku pada 1566 tentang keburukan dan keganasan tentera Islam Turki selama 300 tahun terhadap umat Kristian.
Menjelang tahun 1600, dengan bantuan mesin cetak yang baharu diperkenalkan di benua itu, sebanyak 6,000 judul telah dihasilkan oleh penulis Eropah untuk memburuk dan menghina Islam, terutama empayar Uthmaniyyah dan tentera Turki.
Jelas, bahawa sikap prejudis terhadap Islam serta penghinaan dan kebencian yang dilemparkan kepada orang Islam bukan perkara baharu, dan tidak tertakluk kepada Malaysia sahaja.
Namun, oleh kerana Islam adalah agama rasmi dan umat Melayu-Muslim adalah kaum majoriti di negara ini, penghinaan dan kebencian terhadap agama Islam dan penganutnya tidak boleh diterima.
Demi perpaduan nasional dan keamanan negara, semua pihak mesti bersikap rasional, saling menghormati dan tidak merisikokan kesejahteraan dan keharmonian yang telah dibina selama tujuh dekad.
Untuk memastikan negara kita dapat terus membangun dan aman tujuh dekad lagi, perlu ada rasa kepedulian, kecintaan dan patriotisme dalam kalangan rakyat.
Selamat Menyambut Hari Merdeka.

0 Komentar untuk " Henti hina agama, umat Islam "