Lebih 100 tokoh pemikir dari seluruh dunia akan berkongsi pandangan dan pengalaman mereka mengenai isu penting dalam kewangan Islam pada Forum Kewangan Islam Global (GIFF) 2014 di Kuala Lumpur, dari 2 hingga 4 September.
Dianjurkan oleh Persatuan Institusi-Institusi Perbankan Islam Malaysia (Aibim), forum itu mengetengahkan program pelbagai hala, dialog dan rantaian dalam industri, kata Presiden AIBIM, Datuk Mohd Redza Shah Abdul Wahid.
Beliau berkata forum bertemakan Pasaran untuk Perhubungan Global itu juga menyediakan platform untuk peluang perniagaan antarabangsa.
Forum itu membabitkan pembentangan oleh Perbadanan Islam bagi Pembangunan Sektor Swasta, Forum Pasaran Modal Islam Antarabangsa, Persidangan Penarafan Global, Kolokium Antarabangsa ISRA dan Simposium Penerokaan Modal Islam dan Ekuiti Swasta 2014.
Sesi penting forum itu termasuk perbincangan khas mengenai pembangunan pasaran untuk perhubungan global, forum perbankan dan kewangan Islam, forum penyelaras, Sidang Meja Bulat CEO dan dialog kewangan hijau.
Maklumat lanjut mengenai GIFF 2014 dan pendaftaran boleh diperoleh di www.giff.com.my. – Bernama, 20 Ogos, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/100-tokoh-pemikir-kongsi-pandangan-pada-forum-kewangan-islam-2014#sthash.KoSMHrjM.dpuf

0 Komentar untuk " 100 tokoh pemikir kongsi pandangan pada Forum Kewangan Islam 2014 "