KOTA BHARU – Cadangan penubuhan badan bukan kerajaan (NGO) Negara-Ku dilihat tidak memberi faedah kepada masyarakat, sebaliknya aktivis pembangkang seharusnya membantu menyelesaikan dahulu masalah yang timbul dalam PR itu sendiri.
Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudaya, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Zainal Kling berkata, penubuhan NGO itu juga dilihat sebagai satu ancaman baharu kepada kedaulatan Islam dan Melayu dalam perlembagaan negara.
“Pendapat saya, ada agenda lain yang tersembunyi dalam penubuhan NGO ini, ia langsung tidak membawa apa-apa perlindungan kepada kesatuan dan perpaduan negara, sebaliknya boleh memecah-belah lagi semua kaum, ini bukan satu kebaikan kepada semua masyarakat,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Beliau berkata demikian mengulas tindakan aktivis pembangkang, S Ambiga untuk menubuhkan sebuah NGO baharu yang seolah-olah mempunyai matlamat sama seperti Suruhanjaya Antara Agama (IFC) iaitu memperjuangkan kesamarataan setiap agama dalam negeri ini.
Menurutnya, tiada kebaikan yang akan wujud jika perlembagaan negara sendiri ditentang golongan kiri yang boleh merosakkan mentaliti masyarakat sehingga sekali gus menjadikan hak sama rata semua agama di Malaysia.
Beliau mendakwa, sejak awal lagi hak sama rata dalam agama, antara yang menjadi konsep perjuangan pembangkang seharusnya diteliti kembali kerana ia bukan sahaja merosakkan dasar perlembagaan negara, malah boleh menimbulkan masalah pluralisme dan sebagainya.
“Tiada gunanya juga kalau dia hanya mahu tubuhkan NGO ini semata-mata untuk hanya tunjukkan semangat memperjuangkan apa yang menjadi konsep dalam partinya, sedangkan sejarah dan yang sedia ada tidak dihormati, termasuklah perlembagaan itu sendiri,” katanya.
Negara-Ku juga didakwa dianggotai tiga NGO yang selama ini memperjuangkan pluralisme iaitu Persatuan Hak Asasi Manusia (Hakam), Sisters In Islam (SIS) dan Majlis Perundangan Agama Bagi Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme Malaysia.

0 Komentar untuk " Tubuh NGO Negara-Ku tidak beri faedah "