SYARIKAT Prasarana Negara Bhd (Prasarana) hari ini mengumumkan program hak menamakan stesen-stesen Transit Aliran Ringan (LRT) dan monorel, iaitu yang pertama seumpamanya di Asia Tenggara.
Ketua Pegawai Eksekutif Prasarana Intergrated Development Sdn Bhd, Rudyanto Azhar, berkata di bawah skim itu, syarikat atau jenama boleh membida bagi hak untuk mengubah wajah sebuah stesen untuk mencerminkan identiti korporat jenama itu dan menamakan stesen itu sempena nama syarikat masing-masing, dan pembida yang berjaya akan menawarkan kemudahan-kemudahan seperti wi-fi percuma bagi penumpang atau naik taraf stesen.
"Satu lagi objektif program ini ialah untuk menjadikan Kuala Lumpur sebuah bandar raya bertaraf dunia, dan sebagai permulaan, stesen-stesen Bukit Bintang, Bangsar dan Universiti dibuka bagi pembidaan," katanya dalam satu sidang media di sini hari ini.
Rudyanto berkata skim sedemikian telah dilaksanakan bagi New York Metro, Metro Madrid, Dubai Metro dan Mumbai Metro.
Emirates Stadium, Stesen AT & T di Philadelphia dan Stesen Vodafone Sol ini Madrid juga telah melaksanakannya.
Skim itu dilaksanakan dalam satu perkongsian dengan agensi pengiklanan luarBig Tree Outdoor Sdn Bhd dan pakar pemasaran dan penajaan berpangkalan di UK, Phar Partnerships.
Rudyanto berkata dokumen tender akan dikeluarkan pada 15 Julai manakala tarikh tutup adalah pada 20 September. Stesen-stesen permulaan itu dijangka dilancarkan pada Disember tahun ini. - Bernama
http://www.sinarharian.com.my/bisnes/prasarana-berhak-ubah-wajah-stesen-lrt-monorel-1.297295Ketua Pegawai Eksekutif Prasarana Intergrated Development Sdn Bhd, Rudyanto Azhar, berkata di bawah skim itu, syarikat atau jenama boleh membida bagi hak untuk mengubah wajah sebuah stesen untuk mencerminkan identiti korporat jenama itu dan menamakan stesen itu sempena nama syarikat masing-masing, dan pembida yang berjaya akan menawarkan kemudahan-kemudahan seperti wi-fi percuma bagi penumpang atau naik taraf stesen.
"Satu lagi objektif program ini ialah untuk menjadikan Kuala Lumpur sebuah bandar raya bertaraf dunia, dan sebagai permulaan, stesen-stesen Bukit Bintang, Bangsar dan Universiti dibuka bagi pembidaan," katanya dalam satu sidang media di sini hari ini.
Rudyanto berkata skim sedemikian telah dilaksanakan bagi New York Metro, Metro Madrid, Dubai Metro dan Mumbai Metro.
Emirates Stadium, Stesen AT & T di Philadelphia dan Stesen Vodafone Sol ini Madrid juga telah melaksanakannya.
Skim itu dilaksanakan dalam satu perkongsian dengan agensi pengiklanan luarBig Tree Outdoor Sdn Bhd dan pakar pemasaran dan penajaan berpangkalan di UK, Phar Partnerships.
Rudyanto berkata dokumen tender akan dikeluarkan pada 15 Julai manakala tarikh tutup adalah pada 20 September. Stesen-stesen permulaan itu dijangka dilancarkan pada Disember tahun ini. - Bernama
0 Komentar untuk " Prasarana berhak ubah wajah stesen LRT, monorel "