ISLAM tidak hanya mempunyai suatu sistem kepercayaan tetapi juga suatu cara hidup. Landasan diniah memberi kekuatan dalaman dan ilmu yang mendukung tamadun mengaturkan cara hidup yang lebih baik dan terarah.
Ilmu naqliah atau al-Quran yang menjadi sumber rujukan manusia ditautkan dengan ilmu akliah hasil pemikiran, pemerhatian dan kajian manusia membentuk tasawwur atau fikrah yang lebih integratif.
Fikrah ini mengambil dimensi hubungan dengan ALLAH dan hubungan dengan manusia.
Penguasaan ilmu naqliah membolehkan seseorang mengurus diri dengan baik. Diri memerlukan kejujuran, amanah, ikhlas, telus, tulus dan adil supaya diri memiliki disiplin yang baik. Ia adalah asas binaan adab.
Diri yang beradab akan mampu mengurus kerana manusia yang beradab bertanggungjawab mengurus sistem.
Hari ini umat Islam menjadi pengguna kepada kekuatan barat. Ia belum lagi mampu menyumbang untuk manfaat umat manusia. Umat Islam lebih banyak memberi fokus kepada aspek diniah yang berorientasi ibadah khusus dan aspek fiqul ibadah.
Aspek ilmu mengurus sistem seperti sains dan teknologi masih berkembang dalam orientasi Barat. Faktor nilai guna amat penting supaya fikrah umat terbina secara fitrah. Strategi integrasi ilmu naqliah-aqliah amat perlu diperkasa supaya tasawwur yang terbina mendukung matlamat binaan tamadun.
Keterampilan tamadun Islam masa silam dilatari oleh empat faktor. Pertama, sinergi ulama-umara yang sifatnya menyantuni. Ia berlaku pada zaman al Makmun, al Mansur, Harun al Rashid, Omar Ab Aziz dan lain-lain dan menyebabkan tradisi muafakat berkembang.
Kedua, integrasi ilmu naqliah-aqliah terjadi menyebabkan disiplin ilmu terbina dan sumber rujukan terdapat. Ia menghasilkan ilmuwan seperti Ibn Sina, al Khuwarizmi, al Biruni, Abu Qasim az Zahrawi dan ramai lagi yang menekuni disiplin ilmu yang pelbagai.
Kedua, tradisi kecendekiawanan dan penghasilan karya utama terjadi. Ibn Sina umpamanya menghasilkan 273 kitab besar dalam pelbagai bidang ilmu khususnya bidang perubatan.
Kitab Qanun diterjemahkan ke dalam bahasa Barat dan digunakan sebagai bahan rujukan utama selama 600 tahun di Eropah.
Keempat, memanfaatkan faedah berbanding sumber ilmu dari budaya dan tamadun lain. Al Biruni, menjelajah ke India, mempelajari bahasa Hind dan membuka khazanah ilmu yang terdapat pada tamadun India untuk disesuaikan dengan tamadun Islam.
Umat Islam harus reflektif dengan faktor kebangkitan dulu dan mampu melakukan islah dan tajdid supaya fokus binaan epistemolog (ilmu) harus sesuai dengan keperluan sezaman.
Tamadun Barat hari ini sudah terlalu jauh meninggalkan agama sebagai sumber pedoman. Gereja dan Cathederal hanya menjadi lambang permuziuman. Institusi pendidikan Islam harus memiliki visi untuk menghasilkan modal insan yang relevan dengan perubahan.
Keperluan membangun tamadun Islam tidak saja tertumpu kepada aspek diniah khususiah seperti aqidah, ibadah, syariah-fekah dan loghah (bahasa) tetapi juga harus memiliki takhasus atau pengkhususan yang menggenapi.
Aspek sains dan teknologi harus disantuni dengan bijaksana supaya nilai-guna yang ada padanya membawa kesejahteraan kepada umat manusia.
Inilah cabaran sebenar umat Islam agar mampu meleraikan sengketa yang membelenggu dan memberi keutamaan secara strategik ke arah pembangunan modal insan berkualiti.
Tanpa kekuatan modal insan integratif dan berkualiti agak payah umat Islam bangun semula dan ini seharusnya menjadi prioriti bukan sengketa dan ia menuntut kebijaksanaan dan keberanian.

0 Komentar untuk " Islam agama tamadun "