BERMATLAMATKAN sifar gelandangan menjelang tahun 2020, yang berbaki enam tahun dari sekarang, ramai pihak menjangkakan hasrat itu agak mustahil untuk dilaksanakan kerajaan.
Hari ini, warna-warni kehidupan di kota seperti Kuala Lumpur yang penuh dengan cabaran dan rintangan, boleh merebahkan sesiapa sahaja tidak kira latar belakang kehidupannya.
Ini kerana tuntutan hidup semasa yang menyaksikan kos sara hidup yang tinggi di ibu kota boleh memungkinkan seseorang individu itu menjadi gelandangan dan pengemis.
ISU DENDA
Usaha kerajaan untuk menjadikan negara sifar gelandangan wajar dipuji kerana ia akan mewujudkan persekitaran yang lebih kondusif serta bersih kepada warga kota dan pelancong khususnya.
Pun begitu, di sebalik hasrat murni kerajaan untuk menghapus atau sekurang-kurangnya meminimumkan jumlah gelandangan daripada terus meningkat, pengumuman Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor untuk mengenakan denda kepada pemberi derma sebanyak RM150, mendapat bantahan dan reaksi pelbagai daripada banyak pihak.
Ada di kalangan masyarakat mempersoalkan langkah tersebut yang dilihat tidak selari dengan ajaran Islam iaitu amalan bersedekah untuk membantu golongan yang
memerlukannya adalah sangat dituntut.
Ketua Pegawai Eksekutif Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Ahmad Fazrin Yahaya berkata dalam hal denda, kerajaan sebenarnya bertujuan memberi amaran kepada kumpulan dermawan agar tidak memberi derma kepada golongan itu dalam dua kilometer radius di Bukit Bintang bagi menyekat kebanjiran golongan gelandangan
daripada terus meningkat.
|
"Kerajaan tidak kata sesiapa yang menderma di mana jua akan didenda. Apa yang dibicarakan ialah dalam lingkungan dua kilometer radius (di Bukit Bintang).
Kalau di tempat lain, boleh sahaja nak beri makanan atau menderma. Tindakan ini bukanlah zalim," katanya kepada Bernama.
Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Madya Datuk Dr Samsul Adabi Mamat pula berpandangan isu denda yang ingin dilaksanakan kerajaan berkemungkinan memberi imej buruk kepada kerajaan seolah-olah tidak 'berperikemanusiaan'.
"Ini akan menjadi isu buat pembangkang untuk menyerang kerajaan kononnya kerajaan bertindak zalim tanpa melihat apakah implikasi buruk dan baik terhadap perlaksanaan denda ini," katanya.
KERAJAAN DERMAWAN
Ahmad Fazrin berkata adalah amat dangkal bagi mana-mana pihak yang menyatakan kerajaan bertindak zalim hanya semata-mata menyekat pemberian derma kepada golongan gelandangan dalam zon sifar gelandangan dua kilometer radius di Bukit Bintang.
Kerajaan kita amat terkenal dengan sikap suka menderma kepada warganegara dan juga bukan warganegara sebelum ini dalam apa juga isu dan dalam isu gelandangan ini, kerajaan terpaksa bertindak demi kemaslahatan umat dan ia dibenarkan dalam agama Islam," katanya.
Mengambil contoh isu jihad di Palestin, Ahmad Fazrin berkata kerajaan mempunyai sebab untuk tidak membenarkan rakyatnya berjuang di Palestin meskipun Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel.
"Adakah kita akan kata kerajaan tidak membenarkan jihad dan menolak hukum Allah?, katanya.
Beliau berkata kerajaan tidak pernah menghalang mana-mana pihak untuk bersedekah dan dalam konteks gelandangan ini, kerajaan telah pun menyediakan tempat untuk golongan itu mendapat perlindungan.
"Kenyataan kononnya kerajaan bertindak zalim dilakukan pihak tertentu yang mengeluarkan berita yang boleh mengelirukan masyarakat," katanya.
HILANG NILAI KEMANUSIAAN
Semakin kita menghampiri status negara maju pada 2020, semakin hilangkah nilai kemanusiaan kita apabila disekat untuk memberi derma?
Samsul Adabi berpandangan dengan menyekat seseorang daripada menderma sedikit sebanyak akan menghakis sikap dermawan dalam masyarakat Malaysia, sekaligus menghasilkan generasi yang pentingkan diri.
Pun begitu, beliau sedar kerajaan juga tidak boleh mengambil tindakan popular sepanjang masa yang akan memberi implikasi lebih buruk kepada negara. "Masyarakat perlu faham di sebalik sesuatu tindakan kerajaan itu.
Adakah jika kerajaan mengambil tindakan popular ia akan menyelesaikan permasalahan gelandangan ini secara total?," katanya.
Tahun lepas, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengangkut 965 gelandangan, dengan 125 daripada mereka adalah pendatang asing dan bagi lima bulan pertama tahun ini, 117 gelandangan termasuk 21 pendatang asing diangkut menerusi operasi bersepadu yang dijalankan.
SIFAR GELANDANGAN 2020
Dengan baki enam tahun lagi menuju ke arah negara maju, mampukah kerajaan mncapai hasratnya untuk memastikan negara sifar gelandangan menjelang 2020?
Samsul Adabi berkata beliau percaya kerajaan mampu melaksanakan bersandarkan kepada keupayaan dan kesungguhan kerajaan membasmi kemiskinan bandar daripada 3.7 peratus kepada 1.0 peratus dan luar bandar daripada 15.3 peratus kepada 3.4 peratus pada tahun lepas.
"Bersandarkan hal ini, saya yakin dan percaya kerajaan mampu merealisasikan hasrat itu dengan kerjasama padu agensi-agensi yang dipertangjawabkan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pusat Zakat dan Majlis Agama Islam Negeri-Negeri," katanya.
Ahmad Fazrin berkata matlamat kerajaan untuk memastikan negara sifar gelandangan pada 2020 merupakan usaha yang baik dan wajar disokong sepenuhnya.
"Bukan sahaja Malaysia, bahkan di mana-mana negara mempunyai gelandangan termasuk di negara maju. Cumanya sekarang ialah persepsi apabila negara maju, maka tidak akan ada gelandangan. Sudah menjadi fitrah manusia ada yang kaya dan ada yang miskin.
"Kalau dapat sifar gelandangan, Alhamdulilah dan apakah akan jadi jika pada tahun 2020 masih ada gelandangan? Ia tidak bermaksud kerajaan gagal.. dapat mengurangkan jumlah gelandangan sudah cukup baik.
"Sifar ini KPI (Petunjuk Prestasi Utama) kementerian. Jadi semuanya atas izin Allah. Sama ada gelandangan masih wujud atau tidak ketika tahun itu, ia tidak penting. Apa yang penting ialah bagaimana kerajaan menguruskan perihal gelandangan itu," katanya. - Bernama

0 Komentar untuk " Hilangkah nilai kemanusiaan kita? "