DALAM kalangan negara-negara Islam, Malaysia adalah antara yang paling tenang, selamat dan meriah untuk umat Islam menunaikan ibadah puasa.
Suasana aman, amalan kebajikan dan kemudahan untuk beribadat adalah anugerah ALLAH yang mempermudahkan orang Islam negara ini melaksanakan tanggungjawab mereka.
Malah, orang bukan Islam dan pelancong asing pun dapat berasa nikmat dan keriangan Ramadan.
Mereka tertarik dengan keamanan, perpaduan dan budaya umat Islam negara ini dalam melaksanakan ibadah puasa. Di beberapa tempat di Kuala Lumpur dan bandar lain, majlis iftar diadakan di tempat awam dan terbuka, orang bukan Islam dan pelawat juga dijemput menikmati juadah tempatan.
Lain keadaannya di negara-negara Islam lain. Di Palestin, perang telah diisytiharkan pada 10 Ramadan. Rejim Israel membedil lebih 400 lokasi dari arah udara dan laut yang membunuh lebih 40 orang Islam dan mencederakan 350 yang lain, termasuk kanak-kanak dan wanita. Israel menyerang menggunakan jet pejuang, peluru berpandu dan 40,000 askar.
Ketika kedatangan Ramadan tahun lalu, 1.7 penduduk Islam Palestin terutama di Gaza, mengalami kesusahan dan tekanan sosioekonomi apabila pemerintah Mesir menutup pintu masuk di Rafah. Ini berlaku selepas kejatuhan Presiden Mohamad Morsi.
Penutupan pintu masuk ini, dan juga terowong, menyebabkan penduduk Islam di Gaza tidak memperoleh bekalan makanan, minyak dan bahan mentah mencukupi. Malah, bekalan elektrik juga dipotong.
Orang Islam di Timur tengah terus dirundung malang. Di Mesir, reformasi politik yang diharapkan berlaku bertukar menjadi mimpi ngeri. Setelah 3-4 tahun dan tiga kali berlaku perubahan kerajaan, Mesir tetap tidak aman.
Di Iraq, keamanan yang dijanjikan Tentera Bersekutu pimpinan Amerika Syarikat selepas kejatuhan Saddam Hussein tidak berlaku. Walaupun sudah 10 tahun, negara itu masih berkonflik kerana pertempuran puak Sunni dan Syiah.
Peperangan yang satu ketika merebak ke Yaman, Libya, Tunisia dan kini di Syria sudah mengambil wajah baharu apabila wujudnya Kumpulan Negara Islam Iraq dan Jajahannya (ISIL).
Imam Abu Bakar al-Baghdadi diisytihar Khalifah baharu bagi seluruh umat Islam tetapi ulama terkenal Dr Yusuf al-Qaradawi menganggap ini bercanggah dengan syariah.
Di Asia Selatan, lebih 800,000 penduduk Islam di pergunungan Waziristan, Pakistan melarikan diri daripada serangan besar-besaran oleh tentera pihak berkuasa terhadap tentera Taliban.
Daripada jumlah ini, 360,000 adalah kanak-kanak dan 250,000 adalah wanita. Sejak beberapa tahun lalu, orang Islam di wilayah ini tidak boleh menjalankan ibadah puasa secara tenang kerana peperangan yang membabitkan pesawat pejuang dan kereta kebal antara kedua-dua pihak tetap berlarutan.
Pada 15 Jun lalu, satu serangan dramatik di lapangan terbang Karachi telah membunuh berpuluh orang, lalu mengakhiri proses rundingan damai antara pemerintah dan puak militan Islam, termasuk Al-Qaeda dan pejuang asing seperti Uzbek dan Uighur.
Di Afghanistan, pertempuran juga berlaku ekoran pilihan raya umum di negara itu selepas 50,000 tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) berundur bagi menamatkan misi tempur pada Disember lalu selepas 13 tahun berperang dengan puak Taliban.
Keputusan pilihan raya pada 14 Jun dipertikai lalu mencetuskan konflik politik dan pertempuran babitkan korban nyawa dalam kalangan awam, termasuk wanita dan kanak-kanak.
Di Nigeria pula, banyak keluarga menyambut Ramadan dalam keadaan sedih kerana anak-anak gadis mereka berada dalam culikan kumpulan militan.
Keganasan kumpulan Jama’atu Ahli Sunna Lidda’awati al-Jihad atau lebih dikenali sebagai Boko Haram (dalam bahasa Hausa, bermakna “pendidikan Barat adalah haram”) dikatakan telah menyebabkan 10,000 – 12,000 kematian dan 8,000 kehilangan anggota badan.
Kumpulan jihad salafi ini menolak demokrasi. Mereka juga berpegang bahawa kepercayaan bumi berbentuk sfera dan bola sepak adalah haram dalam Islam!
Di Myanmar, penderitaan orang Islam Rohingya masih berterusan. Mereka menjadi mangsa diskriminasi dasar pemerintah, dianiayai, diseksa dan dihalau dari kampung halaman.
Rumah dibakar dan mereka diserang pengganas Buddhist, malah ramai Rohingya yang diperdagangkan di perbatasan Thailand. Di Xinjiang, pihak berkuasa China melarang orang Islam berpuasa. Pendek kata, di seluruh pelosok dunia, orang Islam sering jadi mangsa keadaan, pergolakan politik, diskriminasi dan penganiayaan.
Eloklah kita umat Islam di Malaysia bermuhasabah diri. Fikir sejenak tentang pelbagai rezeki dan kemudahan yang kita dapat. Anugerah ALLAH kepada bumi dan rakyat tidak ternilai, justeru sebaiknya kita bersyukur, berdoa serta melaksanakan kebaikan dan kebajikan. Selamat berpuasa.

0 Komentar untuk " Cabaran berpuasa di dunia Islam "