KEINGINAN membantu masyarakat menunaikan umrah dan melancong ke luar negara dengan harga berpatutan antara faktor utama Pengarah Urusan Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd (ATT), Ibrahim Mat Sin berkecimpung dalam perniagaan secara serius sejak 12 tahun lalu.
“Alhamdulillah, pengalaman berniaga yang dikutip ketika membantu ibu menjual ubi dan pisang sejak kecil membantu saya berniaga pada hari ini. Sewaktu belajar di universiti pula, saya berniaga kertas ramalan peperiksaan dan nota pelajaran bagi pelajar sekolah menengah,” katanya.
Niatnya hanya untuk membantu masyarakat terutamanya di kampung menunaikan umrah tanpa ditipu.
“Perjuangan saya adalah membantu mereka menunaikan umrah dan memudahkan urusan mereka di sana,” katanya.
Ibrahim berkata, beliau mengguna pakai cara bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed yang menulis dalam sebuah bukunya mengenai modal itu bukanlah duit.
“Kepercayaan penting dalam perniagaan. Modal tidak semestinya duit tetapi adalah ilmu, persahabatan dan pemikiran.
“Dari segi mengembangkan perniagaan, jangan lihat orang lain tetapi melihat kebolehan dan kemampuan sendiri,” katanya.
Modal permulaan RM35,000
“Modal permulaan saya ialah RM35,000 dan menjalankan perniagaan ini bersama Pengerusi ATT, Datuk Md Daud Che Ngah. Kami membeli syarikat ini dengan harga RM215,000 dan kekal menggunakan nama Andalusia.
“Saya terlibat dalam bidang pengurusan syarikat dan Md Daud sebagai pembimbing agama.
“Saya menumpukan sepenuh perhatian kepada perniagaan dan perjuangan kami iaitu membantu masyarakat menunaikan umrah dengan harga mampu.
“Alhamdulillah, sehingga kini, hampir 200,000 jemaah umrah menggunakan khidmat ATT. Kini ATT mempunyai 22 cawangan seluruh negara kecuali Perlis, Sabah dan Sarawak,” katanya.
Ibrahim berkata, ATT juga membuat pembelian tiket kapal terbang dengan pelbagai syarikat penerbangan antaranya AirAsia Bhd.
Katanya, setiap cawangan ada kursus dan kelas pendidikan agama untuk umrah secara percuma kepada semua jemaah, termasuk yang tidak mengambil pakej daripada ATT.
“ATT membelanjakan RM800,000 setahun mengadakan kursus umrah secara percuma.,” katanya.
Fokus kepada umrah
Ibrahim berkata, ATT menawarkan 17 produk pelancongan tahun ini.
“Antara pakej pelancongan yang ditawarkan ialah Pakej Umrah Ziarah Dubai Abu Dhabi, Pakej Umrah Ziarah Amman Baitulmaqdis, Pakej Umrah Ziarah Turki, Ziarah Cairo dan Iskandariah dan Ziarah London dan Paris.
“Pada 2015, kami akan perkenal Pakej Umrah Ziarah Milan, Pakej Umrah Ziarah Switzerland dan Pakej Umrah Sarajevo,” katanya.
Menurutnya, selain menawarkan pakej umrah, ATT juga menawarkan pakej melancong ke Indonesia, Hong Kong, Korea, Sepanyol, India, Eropah, Vietnam dan Uzbekistan.
Katanya, beliau juga menawarkan umrah ekonomi sekitar RM4,790 dan umrah VIP (premium) yang menawarkan harga antara RM10,000 sehingga RM23,000 mengikut permintaan dan rundingan.
Labur RM60 juta pajak hotel
ATT melabur RM60 juta untuk memajak hotel iaitu RM45 juta di Makkah dan RM15 juta di Madinah untuk keselesaan jemaah Umrah.
Menurutnya, ATT memberikan peluang kepada jemaah Umrah untuk memilih tarikh mereka mahu dan setiap tahun syarikat itu menempah 60,000 tempat dalam kapal terbang.
“Pada tahun ini, saya menubuhkan Fa Izin International Travels and Tours Sdn Bhd khusus untuk membawa jemaah umrah premium sahaja. Umrah premium lebih kepada permintaan jemaah dan harga ditetapkan melalui perundingan,” katanya.

0 Komentar untuk " Berjuang permudah ibadah umrah "