Ada apa dengan Liberal? - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Ada apa dengan Liberal?




Selalu timbul persoalan;
“Kenapa kita harus bercakap tentang Liberalisma sebagai ancaman kepada akidah?”
“Bukankah kebebasan itu bagus kerana kuku besi dan kejumudan sentiasa menjadi penghalang kepada kemajuan dan punca penindasan?”
ISMA adalah sebuah gerakan Islam yang mengidamkan tertegaknya kedaulatan Islam di Malaysia. Asas kepada berdaulatnya Islam adalah apabila manusia tunduk kepada kehendak Allah s.w.t tanpa sebarang syarat. ISMA tidak rela melihat umat manusia lebih lebih lagi umat Islam, tunduk kepada sebarang doktrin atau budaya yang menjauhkan mereka dari penghambaan kepada Allah.
Idea kebebasan yang melanda umat Islam hari ini adalah kebebasan yang matlamatnya sama sekali bukan untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Kebebasan yang diseru bahkan berusaha menangggalkan saki baki keterikatan umat Islam daripada aqidah Islam yang mereka anuti. Kebebasan yang diseru mengajak manusia supaya melepaskan diri mereka daripada hukum hukum syara’ yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. Kebebasan yang diseru adalah untuk menafsir sendiri apakah perkara yang baik dan buruk dengan meninggalkan panduan daripada al Quran dan sunnah.
Jika tiada hukum Allah, tiada panduan al Quran dan sunnah, maka apakah panduan yang memandu pendokong kebebasan ini? Yang tinggal hanya nafsu manusia dan bisikan syaitan.
Maka lahirlah golongan yang sudah tidak kenal mana jantan mana betina. Lahirlah golongan yang bercakap apa yang aku suka, engkau tak boleh buat apa. Lahirlah golongan engkau peduli apa, bukan engkau yang tentukan aku ke syurga atau neraka. Lahirlah golongan kita boleh buat apa kita suka, itu hak asasi manusia.
Apa yang berlaku sebenarnya adalah proses memesongkan aqidah umat secara borong. Merosakkan kepercayaan umat kepada Islam yang dianuti. Menghilangkan rasa bangga menjadi hamba Allah yang ikhlas beribadah kepadanya. Bahkan melabel hina kepada mereka yang tunduk kepada ketetapan Islam.
Liberalisma sebenarnya mengeluarkan manusia daripada menghambakan diri kepada Allah kepada menghambakan diri kepada nafsu manusia. Menghambakan diri kepada syaitan dan kuncu kuncunya yang mempunyai capaian media yang luas yang mampu meracuni minda umat. Syaitan yang mentalqinkan berulang ulang kali melalui media tentang kejumudan Islam dan hukumnya, memuliakan kebebasan mutlak dan melonjakkan tokoh tokoh mereka supaya dipandang hebat oleh manusia dan menjadi pemimpin manusia.
Apa yang akan jadi kepada umat Islam di masa hadapan andaikata mereka berkuasa? Apa akan jadi kepada anak anak kita? Cucu cucu kita? Apakah kita akan bertemu mereka di syurga yang menjadi tempat hamba hamba Allah yang beriman? Atau sebaliknya kerana Allah tidak akan menerima mereka yang tidak mahu tunduk kepadanya di Syurga.
Apakah kita beranggapan Liberalisma masih bukan ancaman?
Kerana itulah ISMA tetap bergalang ganti keringat dan darah untuk memelihara aqidah umat dari bahaya Liberal.
ydp-melaka
Amru Iskandar Burhan
YDP ISMA Melaka
www.ismamelaka.com
http://www.ismaweb.net/2014/07/ada-apa-dengan-liberal/
0 Komentar untuk " Ada apa dengan Liberal? "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ